BAB 4

39 4 0
                                    

"Assalammualaikum!"
Pagi ahad itu aku dikejutkan dengan kehadiran kedua orang tua Muhammad Zunnurain Habasyi. Aku terkejut melihat kehadiran Umi dan Ayahnya.
"Walaikumusalam. Eh? Pakcik dan makcik rupanya. Jemputlah naik. Nanti Ainun panggilkan abah dengan Umi"
Setelah mereka masuk ke rumah aku, aku pun dengan penuh sopan dan santun nya menjemput mereka duduk.
"Jemputlah duduk makcik,pakcik. Ainun nak ke belakang sekejap panggilkan umi dengan abi."
Mereka hanya mengganguk dan tersenyum lantas ku aturkan langkah ku menuju ke belakang untuk memanggil umi dan abi.
"Umi! Abi! Ada orang datang ni!"
Serentak Umi dan Abi menoleh ke arah aku sambil menunjukkan isyarat "okay". Aku pun segera membuat air dan menghidangkan bingka labu buatan umi untuk dihidangkan kepada tetamu yang bertandang ke rumah ku itu.
Tanpa ku sangka dan tanpa ku duga, rupa-rupanya Zunnun juga turut ada di sana. Lantas ku batalkan niat ku untuk ke ruang tamu lalu menuju ke dapur untuk menambah bilangan cawan. Setelah selesai aku pun menuju ke ruang tamu dan menghidangkan mereka air teh panas dan binga labu buatan umi.
"Jemputlah minum Yusuf,Ros dan Zunnun" kata Abi.
"Nanti dulu Lias. Baik kita bincangkan dulu perihal kita pada hari yang lalu"
Perihal? Hatiku mula tidak tenteram. Zunnun tersenyum memandangku dan aku hanya membalas dengan muka yang tidak beriak.
"Ainun,pergi masuk bilik. Ada benda yang kami nak bincangkan"
Tanpa menunggu lama, aku pun terus menuju ke bilikku.
"Ah leganya dapat baring" Gumamku.
Laptopku buka dan mula mencari file english movie ku. Setelah memilih cerita Beautiful Creature,aku terus hanyut di dalam duniaku sendiri.
Namun, mataku tidak dapat fokus pada skrin laptopku. Entah mengapa.
"Perihal hari itu"
Otakku mulai ligat berfikir maksud nya. Tiba-tiba,terlintas sesuatu di fikiran ku.
"Adakah betul apa yang aku fikirkan tadi? Eiii...minta simpang malaikat 44 huh!"
Adakah aku akan dijodohkan dengan Zunnun? Sebagaimana kisah-kisah di dalam novel cinta?
OH TIDAK!
Macam mana jika apa yang aku fikirkan tadi betul-betul terjadi?!
"TAK! FIKIR POSITIF! MUNGKIN MEREKA DATANG UNTUK BINCANG PASAL BENDA LAIN"
aku mula menjadi keruan dan tidak senang duduk apabila memikirkan hal itu.
"Ya Allah, janganlah sampai apa yang aku fikirkan tadi betul-betul terjadi. Aku tak mahu ya Allah. Aku belum bersedia"
Entah mengapa...
Hatiku merasa tidak senang. Seperti akan ada sesuatu yang tidak ku kenan akan berlaku.
Hmmm ya Allah, mengapa perasaan ini hadir menghantui diri? Ada apa-apa yang buruk akan berlakukah?
Aku sudah tidak senang duduk. Ingin mengetahui apa yang dibincangkan oleh mereka. Namun,perasaan tadi datang kembali. Jantungku berdegup laju seolah-olah akan berlaku sesuatu yang tidak ku kenan.
Apakah benar yang ku fikirkan tadi?
No!!! Perhaps not!

Jejak CintaWhere stories live. Discover now