Lama

355 10 0
                                    

Tersenyum. Kala tersipu-sipu. Seperti memikirkan sesuatu yang lucu. Entahlah. Bagaikan satu jenaka tiba dibenak hati. Dia tersenyum lagi. Kelihatan lesung pipit dipipinya. Rambut yang masih kusut dilurutkan guna jari. Bagi nampak kemas dan cantik.

Katil bersama tilam separa empuk dijadikan hamparan untuk merebahkan tubuhnya. Senyuman tadi mula pudar. Mula terdengar keluhan perlahan. Tangan meraup wajahnya yang sedikit cengkung. Matanya menatap siling kosong. Cuba merakam sesuatu memori.

Keluhan memberat. Tubuhnya mengiring ke kanan. Jemari mula bermain-main dengan hujung tilam. Seperti kebosanan. Anak matanya memerhati setiap gerak-geri jemarinya yang menguis hujung tilam. Mula mengukir senyuman kembali. Seakan sebuah memori indah kembali bertaut.

Dia bangkit duduk di atas katil. Mengikat rambutnya sanggul tinggi. Mudah. Seluar joggerpant-nya dikemaskan. Begitu juga bajunya.

Bangkit menuju meja solek dipinggir bilik. Membelek mukanya yang putih kemerahan. Mengeluh kembali. Ada jerawat di pinggir kening. Mahu saja memicit, tapi tidak mahu berparut. Terduduk di bangku. Mencari krim jerawat.

Sudah terlalu lama agaknya...

"Woi, Salwa! Lama lagi ke kau?!! Aku nak berak jugak!! "

"Kejap... Kejap... Sakit perut ni weh!"

CERPENWhere stories live. Discover now