Segalanya telah tertulis pada takdir atas perkara-perkara yang berlaku. Begitu juga dengan nasib Karim dilahirkan dalam keluarga sederhana dan tidak mampu untuk menjadi manusia yang cukup sempurna di mata masyarakat.
Jailani cuma pekebun kecil-kecilan di kampung. Hanya mampu memperoleh berapa sen saja (ketika itu) untuk menampung keluarganya yang semakin bertambah. Jadi, Karim sebagai anak sulung terpaksa memerah keringat kecilnya untuk membantu keluarga. Kena pula, ketika itu ibunya Kamariah sedang mengandungkan anak yang keempat. Seorang selang dua tahun. Tubuh Kamariah juga semakin lemah. Hari ke hari menanggung beban.
Namun, selepas Kamariah melahirkan anaknya yang keempat, Kamariah meninggal dunia. Dan ianya memberi impak kuat pada Karim. Dia cukup rapat dengan emaknya kalau boleh pada usia 6 tahun itu mahu saja dia berkepit di celah ketiak emaknya.
Karim masih bermuram durja mengenangkan emaknya. Puas Jailani memujuk tapi tidak juga berhasil. Dan akhirnya Karim memilih untuk mendiamkan diri.
Selepas beberapa tahun Jailani menikahi seorang wanita dari kampung sebelah. Satu kejutan buat Karim kerana wanita itu tidak serapat emaknya.
Ketika Jailani ke kebun, adik-adiknya akan dipaksa melaksanakan tugas berat dan Kahar, adik bongsunya ketika itu berusia 5 tahun demam teruk. Apabila diminta beri adiknya rehat, Mahani cuma memandang sinis dan memukul Karim kerana memberi alasan.
"Bapak. Kahar sakit." Jailani mengeluh berat.
"Apa? Aku doktorkah mahu merawat adik kau? Kau tak nampak ke aku penat?!" Karim membuntangkan mata memandang Jailani.
"Ohh, sudah pandai melawan kau ya?" Satu tamparan kuat terkena pada muka Karim. Lebam. Mahani cuma memandang sambil memberikan senyuman. Kemudian, Mahani datang sambil memeluk Jailani.
"Abang, mereka ni jahat dengan saya. Memaksa saya membuat kerja itu ini..." Kucupan ghairah diterima Jailani.
"Bangsat!"
Karim berlari mendapatkan adik-adiknya. Segala pakaian ditinggalkan di rumah. Meninggalkan Jailani yang masih menggila dengan Mahani.
Beberapa hari berada di hutan membuatkan Karim belajar ilmu survival baru. Mempelajari daun-daun ulam hasil didikan emaknya dulu. Itu saja dia mampu untuk kelangsungan hidup adik-adiknya. Tapi tidak buat Kahar.
Kahar meninggal dunia kerana demam teruk. Tubuhnya membiru lebam seperti dipukul teruk. Akhirnya, Kahar disemadikan dipinggir hutan.
*
"Karim, ada rusa!" Sufian adik keduanya memanggil separa jerit. Karim cuma melihat kelibat rusa itu. Manakala adik ketiganya Safiah masih sibuk menyediakan makanan hasil usahanya di sungai memasang bubu bersama Sufian.
"Aku ada lembing." Safiah bangkit dari kerjanya selepas melihat Sufian begitu teruja. Karim mengambil lembing yang dihulur Safiah. "Nah, cuba lontarnya. Manalah tahu kita makan rusa malam ini."
Ya. Rezeki itu datang bila-bila masa. Tak sangka hanya sekali lontar, tepat mengena tubuh rusa itu. Sufian paling gembira. Bukan pernah dia merasa daging rusa. Kerana begitu payah untuk ketemu jika bukan waktu malam.
"Karim..."
Karim membuka mata. Tidurnya terganggu. Terpisat-pisat menggenyeh mata membuang emping.
"Karim..."
"Siapa?" Separa menjerit suara Karim bagi tidak membangunkan adik-adiknya. Dia bangkit melangkah mencari sumber suara. Obor api dihidupkan. Langkahnya perlahan membelah semak.
"Aku di sini, Karim..." Suara itu semakin kuat dan jelas. Langkah kakinya masih teratur.
"Siapa kau?"
YOU ARE READING
CERPEN
RandomKoleksi cerita-cerita pendek yang tercetus dari benak otak kiri kanan depan belakang atas bawah.