Hari ini
Dalam heningnya malam, sepasang kaki melintasi laluan bersemak. Wajahnya terlihat pucat mempamerkan ketakutan. Tangannya menggigil. Setiba di tengah jalan dia terduduk merintih kesedihan.
"Tolong... tolong..."
Orang yang melalui tidak mengendahkan dia. Bagaikan tidak nampak. Mak cik Gayah yang biasanya membantu orang susah juga tidak mengendahkan dia. Mira bagaikan satu entiti di alam lain kini.
"Tolong saya..." teresak suaranya. Tangannya terkapai tiada bersambut. Rintihannya juga tidak diendah. Dia terduduk di tengah jalan itu pun bagai tiada apa makna.
Beberapa bulan lalu
"Tolong saya. Tolong..." Mira berlari-lari di tengah kampung. Pakaiannya koyak, wajahnya kusut.
"Ya Allah kenapa ni, Mira?" Mak Cik Gayah menghampiri Mira. Bakul sayur yang terisi dicampakkan saja di tepi.
"Tolong saya, Mak Gayah. Ada orang nak rogol saya!" Merintih gadis itu di kaki Mak Cik Gayah. Orang kampung yang ada disekelilingnya juga bagaikan menahan marah.
"Kau biar betul ni Mira. Tak pernah ada kes rogol di kampung ni." Pak Roslan masih tidak percaya. Salman hanya mengangguk setuju dengan ayat penyata Pak Roslan.
"Betul, Pak Lan. Tolong..."
"Ahh kalau begitu di mana? Tunjukkan!"
Berbondong-bondong warga kampung menuju ke pondok durian di kebun. Seperti yang tertunjuk oleh Mira. Sudah bagai mahu pergi meminang si dara cuma kali ini dibawa cangkul dan senjata yang lain. Termasuk sepucuk pistol 22mm caliber dan senapang patah Imam Koboi.
Pak Roslan mengetuai rombongan itu menerjah ke pintu pondok. Manakala angkatan lain meninjau kawasan sekitar kebun durian.
"Tak ada Pak Lan. Tak ada kesan manusia pun." Salman menjerit dari sudut kebun.
"Itulah. Dalam pondok pun takda kesan pergelutan. Bersih je..."
"Dah jom balik."
Semua mengikut arahan Pak Roslan menuju ke rumah Mak Cik Gayah. Semua dalam keadaan kebingungan memikirkan perihal Mira. Barangkali semua kena tipu dengan budak hingusan itu.
"Assalamualaikum. Kak Gayah. Meh sini kejap."
"Waalaikumussalam. Hah, kenapa Lan?"
"Cuba akak tanya si budak Mira tu. Betul ke dia kena rogol ni?"
"Eh. Dah kenapa?"
Tiba-tiba kedengaran Mira tertawa terbahak sambil guling-guling di atas katil. Suka benar dia. Dah kenapa budak ni... kesampukan ke apa? Minda Pak Roslan keanehan.
"Kahkahkah! Kelakarlah orang kampung. Senang benar kena tipu. Kahkahkah!"
"Eh... kamu biar benar ni Mira. Betul-betul ke bohong?"
"Adudu... kelakar. Orang kampung kena prank je dengan saya. Alahai kelakar."
Mendengar kata-kata itu, Imam Koboi di halaman rumah sudah bersedia untuk menembak kepala Mira yang jaraknya cuma 5 kaki dari lokasinya. Berang orang kampung mendengar kata-kata Mira.
"Dah jom balik. Usah dilayan budak tak betul ni. Buat penat aku saja." Orang kampung mula bengang.
Hari ini
Satu malam yang sepertinya malam keliwon, Mira sedang enak tidur selepas menghabiskan makan malamnya. Sendirian di rumah kerana ibu bapanya ke Makkah mengerjakan umrah. Dia merelakan untuk sendirian di rumah daripada tinggal di rumah abangnya di pekan.
"Ehem... apa khabar sayang..."
Terbeliak mata Mira apabila seorang lelaki sedang menindihnya. Dia yang tidur terlentang tidak menyangka akan ditindan sebegitu. Meronta-ronta tubuh genit itu meminta dilepaskan.
"Tolong!!"
"Jeritlah sayang. Biar satu kampung tahu. Jeritlah."
"Lepaskan aku, bodoh! Tolong!"
Masih tiada yang membantu. Meskipun si perogol merelakan Mira menjerit, tapi masih tiada siapa yang menbantu.
Selepas sejam dipaksa melayan kepuasan si perogol, Mira tersadai bagai kain buruk di ruang tamu rumah. Pada benaknya bagai mahu memarahi orang kampung kerana tak membantunya. Oh lupa. Mira juga dibunuh. Beberapa organ dalamannya dikorek termasuk organ peranakannya.
Tamat.
**pesanan kat budak baru nak up... benda macam ni takleh buat main. Nanti kena kat badan sendiri, baru tau bumi langit mana lagi tinggi. Dah kena jangan nak menyesal tak sudah. Bodoh macam pembaris.*
YOU ARE READING
CERPEN
RandomKoleksi cerita-cerita pendek yang tercetus dari benak otak kiri kanan depan belakang atas bawah.