"Ah... kau belum tentu lagi manusia mulia!"
Itu yang terngiang di telinga Azri selepas bertengkar dengan Suhail dan konco-konconya. Wajahnya sugul menunduk memandang tanah yang ditupi dengan rumput-rumput halus. Matanya bergenang cecair jernih sambil kepalanya memikirkan apa yang telah terjadi.
Suhail. Dahulunya rakan seperjuangan. Rakan bertepuk-tampar dan bercanda , bersusah senang bersama. Azri termenung sendirian di pinggiran katil memikirkan apa salah dirinya terhadap Suhail. Sesekali dibelek gambar-gambar lama momen mereka di Instagram dan album phone. Terasa ingin meradang tapi menjadi sendu di hati.
"Azri... kau okay ke?"
"Ah... Soki. Aku okay je." Soki duduk di atas katil berhampiran Azri. Melihat wajah Azri yang seperti menahan tangis membuatkan Soki terasa sayu.
"Aku dengar kau gaduh dengan Suhail. Kenapa?" Azri cuma mengangkat bahu. Sesekali dengar dia mengeluh seperti terlalu berat ujian ini yang dihadapi. Soki pula hanya duduk dan memandang Azri. Tidak tahu untuk buat apa. Bagaikan kosong juga fikirannya.
"Aku rasa adalah tu... silap kau dekat dia. Tapi. Suhail tu bukan betul sangat pun." Soki mula mengatur kata bagi memecah sunyi.
"Kenapa pulak kau cakap macam tu?"
"Iyalah. Kau tak ingat ke masa kau kena marah sebab model presentation kau hancur hari tu. Dia rileks je macam tak salah apa."
"Ish itu kisah lama, Soki. Tak payah kenang."
"Hm... masa kau tengah stress sebab kalah game bola lawan divisyen dulu pun, dia gelak je, bro. Bukannya nak support pun."
"Ahh... biarlah dia! Masa tu kan dia busy. Kau dah kenapa?!"
"Aku cakap je bro. Dekat twitter, wechat pun ada dia unmention pasal kau masa kau meradang dalam kelas sebelum-sebelum ni. Ada je dia kutuk kau. Alah... lupa. Kau bukan selalu bukak twitter. Kau ushar la twitter dia. Aku taknaklah kawan aku kena khianat member macam gitu." Soki beransur meninggalkan Azri sendirian.
Setelah seketika, spontan jemari Azri buka apps Twitter dan mula mencari akaun Suhail. Jumpa.
"Kerja kau... kerja kaulah. Aku dah setel kerja aku."
"Bangsat ah... nak meradang pegi mamposlah."
"Member apa tah. Tikam belakang, sial."
"Macam bodoh. Main tak reti ada hati nak naik divisyen. Striker kayu. Pfft..."
*
"Apa masalah kau, Suhail?!" Suasana bilik Suhail sunyi selepas Azri menerjah masuk.
"Tak puas lagi ke, bodoh?! Kau tu palsu. Bangsat punya member. Mengata aku dalm wechat. Babi betul perangai kau. Eh babi lagi mulialah sial!"
"Ohh... kau mengata aku dalam twitter boleh pulak?!"
Azri mulakan langkah dengan menumbuk Suhail pada rahang. Terjelepuk Suhail terjatuh. Amir dan Siddiq yang tadi cuba menghalang kini kaku di sisi mereka berdua yang sedang bertumbuk di tengah bilik. "Sudah lah weh... weh..." Sehingga di hadapan bilik mereka dikerumuni manusia yang seperti jakun melihat pergaduhan mereka, kelihatan Soki yang bagaikan gembira melihat dua figura itu bergocoh.
**
"Suhail. Nak tahu sesuatu tak?"
"Apa dia, Soki?"
"Ni... aku jumpa ni..." Soki menunjukan Moment WeChat Azri yang bertulis...
"Apa masalah entah, mamat ni. Lepas makan bukan nak basuh. Pinjan barang orang bukan nak pulang awal. Nak kena aku jugak yang mintak. Barang aku kot! Bila susah tahu pulak terkedek datang mintak tolong. Bila senang, blah macam tu je. Kerja grup lagi naharam. Kerja dia siap bukan nak tolong org. Bodohlah kau!"
Soki hanya tersenyum melihat Suhail yang menahan amarah.
Tamat
YOU ARE READING
CERPEN
RandomKoleksi cerita-cerita pendek yang tercetus dari benak otak kiri kanan depan belakang atas bawah.