Surya: Gila.

39 2 0
                                    

"Kau pasti ke, Si Surya tu masuk blok ni semalam?"

"Betul, Zaki. Aku nampak sendiri dia berjalan masuk blok ni. Lagipun pagar Blok C ni banyak lubang budak boleh masuk..." Syahmi meyakinkan Zaki yang masih ragu-ragu. Wajah Syahmi masih mengharap Zaki masih percayakannya.

"Tak apalah. Kita hold dulu. Kita sambung besok. Hari pun dah hala ke senja. Baik kita balik dulu."

"Oh.. okay..."

Kisah Surya hilang di Blok C masih diperkatakan meskipun sudah hampir seminggu diperkatakan. Tapi jejak-jejak hilangnya Surya masih tidak kelihatan atau dijumpai.

Blok C sememangnya mencurigakan. Kerana projek pembinaan apartmen di kawasan itu dihentikan atas sebab-sebab kewangan pihak pemaju dan kontraktor. Bahkan pernah diceritakan ada pekerja yang sanggup bunuh diri di tapak pembinaan itu atas sebab yang tak pasti. Dan ianya terus bermasalah daripada segi struktur dan sebagainya, hinggalah pemaju dan kontraktor menghentikan pembinaan blok apartment itu serta merta. Jadi Blok C menjadikan kawasan apartmen itu lebih menyeramkan kerana berada tepat di tengah kawasan taman perumahan itu, dan taman itu terletak berhampiran hutan.

Dua lelaki itu berjalan menuju ke rumah masing-masing. Di apartment bersebelahan Blok C itu.

"Abang... Ke mana abang ni? Sudah senja baru nampak muka. Hari ni kan hari minggu. Cubalah bawa berehat. Hari lain sibuk bekerja. Saya ni sunyi tahu..."

"Apanya awak merepek ni. Saya lepas asar baru saya keluar. Awak ni kalau nak manja-manja pun tunggulah lepas saya solat nanti. Haih." Zaki memberi senyuman nakal. Sofea, isterinya hanya tersenyum manja.

"Alah abang. Saya nak bergurau je."

"Iyalah, Feya. Saya nak mandi. Nanti kita solat sama."

"Okay, abang."

Syahmi hanya menonton televisyen seusai solat Isyak. Mendengar laporan berita untuk hari ini sudah cukup mengisi rasa sunyinya di hati. Surya si isteri sudah seminggu menghilangkan diri. Periuk nasi juga sudah seminggu tidak berasap. Banyaknya makan makanan dari gerai dan warung. Tangannya cuba menjamah sedikit kudapan yang berbaki sejak dibeli petang tadi semasa berjalan bersama Zaki.

"Yaya... Yaya... Kenapalah kau jadi macam ni..."

Mengeluh. Itu sahaja yang termampu. Berdoa sudah cukup pasrah. Hendak redha sepenuhnya, masih terlalu awal. Usaha masih perlu dicurah sepenuhnya. Masih perlu terus mencari.

"Aku minta maaf, Yaya..."

Deringan telefon bimbit berbunyi. Syahmi segera bergegas ke dalam bilik mengambil telefon bimbitnya.

"Hello?"

"..."

"Hello...?"

"...Ab...g..."

"Siapa ni?!"

"Ab.....ng......" Terputus.

Syahmi kebingungan. Memandang sekeliling di dalam bilik. Hatinya rasa sedikit gusar. Suara tadi seakan dikenali. Tapi dia tidak pasti itu benar-benar suara isterinya... Ataupun bukan.

***

Motor diparkir di sisi jalan. Enjin dimatikan dan terus kakinya melangkah ke arah Zaki. Wajahnya serius menyimpan cerita. Zaki hanya sendirian mengenakan secangkir kopi buatan Azman di warungnya.

"Ki!! Zaki!!"

"Ye Syahmi...! Apahal ni? Serius aje aku tengok."

"Semalam, Zaki... Malam semalam. Ada orang call aku. Suara macam bini aku."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CERPENWhere stories live. Discover now