Syahir Si Penglipur Lara

33 2 0
                                    

"Kau ingat, aku ada mood ke nak hadap semua masalah kau? Tiap-tiap hari ada saja masalah kau dan kau bagi aku alasan satu persatu. Jadi hari ni, apa alasan kau sebab tak siapkan kerja kau?"

"Er... Macam ni Ramly. Aku bukan sengaja tau. Tapi hari ni aku masih tak dapat siapkan kerja aku, sebab aku betul-betul ada masalah..." Syahir mula mati akal bagaimana hendak menyusun kata.

Ramly cuma menjungkit kening dan menghela nafas panjang. Posisinya seperti bersedia untuk mendengar apa sahaja cerita Syahir untuk hari ini pula.

Syahir menarik nafas dan menghela perlahan. "Malam tadi... Aku dah buka komputer aku untuk mulakan kerja. Bila aku dah mula siapkan separuh, tiba-tiba, aku dengar ada suara datang dari ruang tamu. Aku mula risau, kalau-kalau ada orang yang tak diundang masuk kerumah aku. Hendak pula, kawan serumah aku semua syif malam malam tadi..."

Ramly perlahan-lahan menarik kerusi dan duduk bersandar seperti seorang bapa menunggu anak kecilnya habis bercerita meskipum Syahir bukanlah darah dagingnya. Dia tidak memandang wajah Syahir sebaliknya memejamkan mata, bagi memghayati cerita Syahir kali ini.

"... Jadi, aku takut kalau-kalau orang tu serang aku tiba-tiba. Aku duduk diam saja dalam bilik aku tanpa buat bunyi. Termasuk bunyi jari kat atas papan kekunci. Aku sekadar berhati-hati." Syahir menggaru sedikit kepalanya yang tidak gatal. Matanya memandang beberapa sudut ruang, bagaikan memikirkan sesuatu.

Ramly masih membatukan diri. Menghayati.

"So, bila dah macam lima minit macam tu, aku baru beranikan diri aku sebab macam dah lama kan. Aku beranikan diri aku untuk jenguk keluar bilik. Aku intai saja itu pintu yang aku buka sedikit. Aku buat macam tu nak elak dia nampak aku aje." Syahir menyambung. "Aku keluar, capai penyapu. Itu aje yang aku nampak depan mata aku masa tu."

Ramly mengangguk perlahan.

"Lepas tu aku berjalan perlahan-lahan sekeliling ruang tamu tu. Malap aje sebab lampu kalimantang aku memang tak hidupkan. Setakat lampu jalan aje. Masa tu aku memang takut kalau aku kena sergah dari belakang. Masa aku jalan tu..." Syahir mengubah mood ceritanya dengan menambah suasana suspen. "...tiba-tiba, aku dengar ada orang berjalan kat belakang aku. Aku betul-betul takut. Jantung aku masa tu, betul-betul laju. Dah macam aku baru habis lari marathon. Takut sangat. Aku terdiam aje. Nak terkencing pun ada juga. Kau faham kan rasa aku?"

Ramly hanya anggukan kepala beberapa kali. Perlahan.

"Aku kalih kebelakang. Aku perhati satu-satu ruang cahaya yang ada kalau ada kelibat. Tak ada apa-apa. Alamak... Aku dah takut ni. Dalam 1 minit macam tu, aku gagahkan diri juga ke dapur dan tempat lain. Termasuk bilik kawan-kawan aku. Aku takut kalau ada orang serang aku dan dia menyorok dalam bilik-bilik tu." Syahir mengubah posisinya kepada duduk di sebelah Ramly.

"Tiba-tiba je..." Syahir mula mengubah nada kepada lebih suspen.

"SURPRISE!!!"

Ramly membuka mata selepas mendengar Syahir menjerit kecil.

"Kawan aku kejutkan aku dengan birthday party untuk aku. Aku terharu... Jadi aku... Hee hee..."

"Dah habis dah cerita kau?" Ramly bertanya sambil memandang Syahir yang masih tersipu-sipu malu bagaikan anak gadis. "Kalau dah habis, kau siapkan kerja di dalam masa 30 minit. Tengah hari ni kena bawa masuk meeting."

"Alaa... Tapi..."

"Kau nak aku wish birthday kau ke? Selagi tak siap kerja kau, jangan harap kau ingat aku nak wish kau. Nak celebrate pun tidak. Dah pergi kerja, sana!"

CERPENWhere stories live. Discover now