Malam ambang tahun baru semakin hangat. Riuh kawasan kota dengan suara teriakan dan sorakan penduduk kota. Begitu teruja mahu menyambut tahun baru. Tahun baru bermakna era baru bermula. Bagaikan menyalin kulit yang baru selepas kulit lama penuh calar dan luka.
Malam tahun baru juga ingin disambut tiga sekawan, Bakar, Samad dan Denan. Cuma mereka tidak berapa gemar untuk menyertai himpunan anak muda yang seakan kera di dataran itu. Cukuplah duduk di satu sudut sekadar meninjau dari jauh. Asal nampak.
"Meriah betulkan malam ni?" Samad membuka bicara.
"Boleh tahanlah. Siap konsert lagi. K-Pop pun dah macam artis wajib datang tiap kali malam tahun baru. Hah. Itu dah start dah nak nyanyi." Denan seakan teruja. Tapi dia sorok dengan sifat macho-nya.
Bakar masih diam. Pada tangannya masih melekap iPhone 7. Matanya masih memerhati tweet-tweet penghuni twitter mengenai tahun baru yang bakal tiba. Sesekali dia sendiri menulis tweet.
"Aku pasti malam ini tahun baru paling istimewa."
"Ah... si Bakar ni. Anti sosial betul. Hoi." Sedikit terperanjat selepas disiku oleh Samad. "Itu... hayatilah hiburan Tok Jib bawa tu."
"Ah... bosanlah. Lagipun kitakan ada misi istimewa malam ni."
"Iya. Tapi enjoy dulu. Bagi feel dulu."
"Korang feel-lah. Aku nak hayati jiwa puitis aku dulu dalam twitter ni."
"Ikut kaulah Bakar. Jangan sampai terkantoi sudah misi kita ni." Denan memberi amaran. Bukan tak biasa sifat si Bakar. Jenis yang cakap lepas. Kadang kala tiada rahsia yang boleh diberi padanya. Pasti akan terlepas cakap.
"Takkan punya. Yakinilah aku." Denan dan Samad cuma mencebik. Sambil menghirup air teh tarik hipsternya, Denan menikmati dendangan lagu daripada artis baru. Entahlah namanya apa. Tapi mujur lagunya sedap.
Setelah nyanyian artis tadi habis, kejauhan kedengaran pengacara majlis sudah memberi isyarat semakin hampir detik 12 malam. Ketika ini mereka bertiga juga sudah bersiap sedia. Tidak mahu terlepas daripada saat indah mereka menyambut malam tahun baru. Yang mungkin kali terakhir buat mereka bertiga.
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
"Weh, Samad. Tahun baru."
"Hah iyalah. Tahun baru jugak, Denan, Bakar."
"Tahun baru jugaklah semua."
***
Kuala Lumpur, satu siri serangan bom pada malam sambutan Tahun Baru telah berlaku di Dataran Merdeka menyebabkan kematian lebih 200 orang yang dipercayai didalangi oleh pihak pemberontak. Bom yang dipercayai diletakkan di sekitar dataran dan pentas utama telah mengakibatkan kerosakan menyeluruh di Dataran Merdeka. Motif serangan masih disiasat oleh pihak polis.
YOU ARE READING
CERPEN
RandomKoleksi cerita-cerita pendek yang tercetus dari benak otak kiri kanan depan belakang atas bawah.