Balik

180 7 0
                                    

Nabil merupakan anak sulung daripada hasil perkahwinan Nabihah dan Nazril. Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak. Adik perempuan Nabil, Naziha, masih bersekolah rendah. Tetapi, Nazril meninggal dunia selepas dikatakan dilanggar lari oleh seorang pemandu yang dikatakan mabuk. Dan pembunuhnya masih belum ditemui meskipun sudah dua tahun berlalu. Dan kini, Nabihah bernikah dengan Helmi dan masih belum dikurniakan anak.

*

"Siddiq, aku balik dululah. Takut mak aku marah. Nanti dia ngadu kat bapak tiri aku."

"Okay. Nanti pujuklah mak kau, kata nak study group dengan aku. Cakaplah sekali Ilham dengan Khairul."

Nabil hanya mengangguk sebelum meninggalkan Siddiq yang masih menunggu ayahnya ambil di pondok bas diluar pagar sekolah.

"Mak, Nabil dah balik."

Tiada sahutan. Suasana rumah cuma dibingitkan dengan bunyi engsel pintu yang menjengkelkan. Tangga didaki menuju ke bilik tidurnya. Pintu dikuak.

"Eh... Ayah buat apa ni?!"

"Shh..."

Terdiam Nabil apabila ayahnya berada di dalam biliknya. Mereka berdua duduk di atas katil.

"Ayah tak kerja ke hari ni?"

"Lupalah tu ayah cuti..."

"Ha ahlah. Sorry, ayah."

Mereka berdua ketawa bahagia. Ikatan bapa dan anak begitu kuat.

Tidak lama itu, Naziha masuk ke dalam bilik Nabil selepas mendengar suara Nabil ketawa dan berbual.

"Abang, jom makan. Mak dah masakan kita lunch pagi tadi. Tinggal nak panaskan aje."

"Okay."

Di meja makan, sunyi. Dua beradik itu cuma makan dan menatap telefon bimbit masing-masing.

"Em... Abang. Ziha tanya sikit boleh?"

Naziha memecahkan kesunyian. "Apa?"

"Sejak dua menjak ni, abang macam happy je dalam bilik ada movie baru ke?"

"Eh tak adalah. Mana ada movie baru."

"Kenapa dengar borak-borak tiap kali abang balik dari sekolah?"

"Oh... Ayah Nazril balik. Dia kata dia rindu. Tu dia kat belakang adik." Naziha menoleh.

"Hai adik... Rindu ayah tak?"

...

CERPENWhere stories live. Discover now