1

44.7K 895 16
                                    

Qaseh baringkan kepala di atas paha ibu. Rindunya nak bermanja dengan ibu. Ibu tua yang bersusah payah membesarkan mereka tiga beradik. Qaseh merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Punya dua orang adik lelaki yamg agak kacak. Seorang sedang belajar di Universiti Pertanian Malaysia dan seorang lagi di Universiti Sains Malaysia. Setiap kali ingatan pada dua adiknya bertamu, pasti dia tersenyum sendiri. Adik-adik merangkap bodyguard tak bertauliah. Pergi mana-mana wajib ikut. Nasib baik tak pakai sut aje. Kalau tak, confirm orang ingat Qaseh anak orang kaya. Nak pakai bodyguard bagai.

"Hai anak ibu ni termenung pulak. Teringatkan pakwe eh?" tanya ibu Qaseh. Pening kepala fikir jodoh anak sendiri. Si Qaseh pula boleh rileks aje. Macam tak kisah dapat title andartu pun. Enam tahun lagi, kalau masih tak berlaki, sah jadi andartu! Umur dah pertengahan 20-an. Calon? Haram tak ada seorang pun. Mentang-mentang tubuh kecil. Perasan muda sungguh! Padahal dah layak jadi mak orang.

"Ala ibu ni, Qasehkan muda lagi. Apa pakwe-pakwe ni? Tak suka la," rengek Qaseh manja. Jemari ibunya dibelek satu persatu.

"Muda Qaseh kata? Qaseh sedar tak yang umur Qaseh tu dah layak jadi mak orang? Mentang-mentang la badan dia kecil. Sampai tak sedar diri dah tua ya," bebel ibu Qaseh.

Telinganya digosok perlahan. Huh! Naik panas cuping telinga dengar ibu membebel. Adoi. Tak ada benda lain ke nak sembang? Bosannya. Asyik masuk bab kahwin aje. Bab paling pantang disebut-sebut. Tapi itu juga yang ibu suka sebut. Kahwin, kahwin dan kahwin! Ada yang sentap nanti kalau Qaseh bo layan. Terpaksa tadah telinga juga dengar ibu membebel. Tak pasal-pasal tak bau wangi syurga kalau dia melawan. "Ibu, jodoh belum sampai lagi. Nanti dah sampai Qaseh kahwinlah," selamba Qaseh menjawab.

"Macam mana nak sampai kalau kamu tak mencari."

"Bu..." rengek Qaseh. Haila... Tak suka, tak suka, tak suka! Tak suka sembang hal ni. Bentak Qaseh dalam hati. Hidup sendiri pun rasa tak puas lagi. Buat apa nak kahwin awal-awal. Nanti dah tak boleh enjoy. Tiap masa nak kena berlagak ayu. Huh! Yeke dah kahwin nanti kena jadi ayu? Ah! Bantaikan aje. Habis member aku asyik cover ayu aje depan boyfriend dia orang. Tu baru 'buaya' friend, belum laki lagi. Sibuk nak berlagak sopan bagai. Padahal kat belakang, dapat ketawa aje, sebolehnya mereka bantai gelak. Lalat pun boleh masuk dalam mulut. Qaseh ringankan tubuh. Kakinya mahu melangkah ke bilik, mahu menukar pakaian.

"Merajuk la tu," perli Puan Hanna.

"Taklah bu. Qaseh nak tukar baju. Nak keluar sekejap. Nak ambil angin."

Puan Hanna gelengkan kepala. Mulutnya terkumat-kamit membebel. Asal cakap pasal kahwin aje mulalah alasan setinggi gunung. Ada aje bahan nak menjawab. Dah tak ada modal, merajuk sendiri.
Tak sampai lima minit Qaseh sudah lengkap berpakaian untuk keluar. Dia tunduk menyalami tangan si ibu. Wanita yang sangat dia sanjungi.

"Jangan balik lewat sangat. Dah pukul lima petang ni."

"Ye, ibu."

Langkah dipercepatkan meninggalkan rumah. Nak tenangkan diri. Menenangkan fikiran yang berserabut setiap kali soal perkahwinan disentuh. Kahwin, kahwin, kahwin! Perkara paling bagus untuk buat hati Qaseh rasa gundah gulana. Ibu ingat senang ke nak cari calon? Takkan nak main taram aje cari calon suami. Buatnya dapat yang kaki pukul, panas baran. Huh! Merana dia nanti. Tak sanggup rasa.

"Apa nak jadi... Apa nak jadi... Sampai sekarang tak kahwin lagi..." Nyanyian kecil meniti di bibir.

"Macam mana nak kahwin? Calon pun tak ada," keluh Qaseh sendiri. Macam mana nak ada calon kalau semua calon yang diperkenalkan oleh si ibu Qaseh tolak mentah-mentah. Siapa tak kenal Qaseh. Kalau tak cerewet bukan namanya Qaseh. Macam mana ada nak ada lelaki yang dekat kalau cerewetnya mengalahkan pengundi pilih menteri. Bukannya tak ada yang berkenan dengan Qaseh. Qaseh aje yang bo layan. Hati belum terbuka nak terima cinta. Hidup sendiri lagi seronok. Tak ada komitmen. Kepala pun tak pusing nak fikir masalah.

Encik GulaWhere stories live. Discover now