21

10K 455 1
                                    

Rizqy menenyeh mata yang masih menahan kantuk. Penat di badan masih terasa. Mujur lah hari ini hari Ahad, jadi dia tidak perlu bergegas untuk membuka kedai. Lagipun, sejak kejadian semalam, mood untuk berniaga hari ini seolah-olah mati. Permintaan jersi secara online pun tak berapa banyak minggu ini. Jadi dapatlah Rizqy berehat sebentar memikirkan cara untuk dia berdamai semula dengan Qaseh.

Rizqy mengalihkan pandangan di sebelahnya. Kosong. Mungkin Qaseh sedang menyiapkan sarapan. Ditoleh pula jam di dinding. "Pukul 9? Patut la Qaseh tak ada kat sebelah," omel Rizqy. Rizqy menggeliat, menegangkan segala urat badan. Kain tuala dicapai lantas Rizqy memasuki kamar mandi, mahu menyegarkan badan.

Usai mandi Rizqy membuka almari pakaian. Sehelai t-shirt berwarna hijau pucuk pisang pemberian Qaseh diambil lalu disarungkan ke tubuh. "Harap-harap mood Qaseh baik la bila tengok aku pakai baju dia kasi ni," gumam Rizqy.

Tiba-tiba mata Rizqy tertancap pada sekeping nota yang ditampal pada cermin meja solek.

"Saya dah buatkan sarapan untuk awak. Turun lah makan. Saya minta izin nak keluar jogging sekejap-Qaseh"

"Hai macam ni caranya isteri aku merajuk. Comel betul!" Rizqy memegang perutnya yang berbunyi minta diisi. Laju saja langkahnya menuruni tangga ke mahu ke ruang makan. Tak sabar rasanya mahu mengisi perut dengan air tangan Qaseh. Dari semalam dia tiada selera mahu menjamah sebarang makanan penangan gadis 'seksa' itu.

Turun saja dari tangga wajah mencuka Qaseh sudah terpampang di hadapan mata. 'Hmm...merajuk lagi lah tu,' desis hati Rizqy.

Qaseh memandang Rizqy sekilas. Air nescafe yang baru dibancuh dihidangkan atas meja. Tangannya ligat menyediakan sarapan buat suami tersayang seolah-olah tiada kejadian yang berlaku antara mereka.

"Kata nak pergi jogging tadi," ujar Rizqy cuba beramah.

"Dah balik pun."

Rizqy mengangguk. Qaseh duduk sambil menikmati secawan nescafe. Pandangannya dihalakan pada televisyen di ruang tamu. Entah apa yang menarik Qaseh juga tidak tahu. Yang pasti, pandangannya tembus. Masih memikirkan kejadian semalam.

"Tak makan sekali?" tanya Rizqy lembut.

"Tak apa, tak lapar," balas Qaseh, masih lagi merenung tv.

"Qaseh..."

"Ya saya..."

"Makan lah sikit," pujuk Rizqy.

"Tak nak!" suara Qaseh mula mengeras. Pantang betul Qaseh jika dipaksa melakukan sesuatu yang dia tidak mahu. Rizqy diam. Suasana mula sepi antara mereka.

"Kalau awak tak nak makan, saya pun tak nak makan," ujar Rizqy kendur. Sengaja dia mahu memohon simpati dari isterinya.

"Hmm... Suka hati awak lah," balas Qaseh selamba.

"Awak memang tak sayang saya kan?" gumam Rizqy perlahan namun masih sempat didengari Qaseh.

"Siapa tak sayang siapa sekarang ni?" tempelak Qaseh. Tahap kesabarannya mula menipis menghadapi Rizqy yang tak habis-habis mahu bermain kata dengannya. Qaseh menolak kerusi kasar lantas bangun, berkira-kira mahu meninggalkan Rizqy.

Belum sempat Qaseh melangkah, Rizqy sudah bertindak menahan si isteri. "Qaseh we need to talk!"

"Nak bincang apa lagi?" dengus Qaseh kasar.

Rizqy memegang kedua-dua belah bahu isterinya lalu tubuh Qaseh dipusingkan menghadap Rizqy. Mata Qaseh yang redup direnung penuh sayu. "Awak marah?"

Encik GulaWhere stories live. Discover now