Qaseh mengambil Al-Quran di atas rak. Al-Quran itu mampu menenangkan hati setiap insan yang gelisah. Itu lah amalan Qaseh setiap hari. Jika ada kesempatan, pasti Al-Quran akan dibacanya usai waktu solat. Tambah lagi, hatinya sedang berkecamuk emmikirkan masalah rumah tangganya yang belum pun sampai setahun usianya.
"Beep...Beep..." Handphone Qaseh bergetar tanda ada mesej masuk. Laju saja tangannya menggapai handphone yang terletak di atas meja solek. Mana lah tahu suaminya yang mesej. Sejak pagi tadi sehinggalah petang begini, Rizqy belum juga pulang. Entah ke mana suaminya itu menghilangkan diri. Tergerak juga hatinya untuk menghubungi Rizqy. Tapi Qaseh takut. Takut kemarahan Rizqy padanya masih bersisa.
Peti mesej Qaseh buka. Namun hampa. Mesej itu datang dari Izlan. Bukan Rizqy. Hati Qaseh makin rawan. Kali ni Rizqy nampaknya betul-betul merajuk dengan Qaseh. Langsung tidak dikhabarkan keberadaan dirinya sekarang. Membuatkan Qaseh bimbang memikirkan keselamatan sang suami.
"Assalamualaikum. Kak long, buka terjemahan Al-Quran. Kak long baca terjemahan Surah Yusuf Ayat 23-28. Ada kisah tentang Nabi Yusuf . Mungkin kak long akan dapat penyelesaiannya dari situ," mesej Izlan Qaseh baca dengan teliti.
'Penyelesaian? Apa maksud Lan?' bisik hati Qaseh. Hatinya berdebar-debar. Apa sebenarnya yang Izlan cuba sampaikan pada dia?
Qaseh menurut kata Izlan. Al-Quran yang memang sudah tersedia dalam pelukannya Qaseh buka penuh tertib. Lembaran Al-Quran diselak lembut, mencari Surah Yusuf. Dengan lafaz bismillah, Qaseh membaca ayat 23 sehingga 28 dari Surah Yusuf. Lancar Qaseh baca menggunakan ilmu tajwid yang telah dipelajari.
Matanya dikalihkan pada terjemahan yang berada ruang bersebalahan ayat suci tersebut.
"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu. Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu) ; sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya, sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya." (Surah Yusuf, ayat 23)
Qaseh berhenti sebentar, cuba mencerna maksud terjemahan ini. Tiba-tiba dia teringatkan kisah Nabi Yusuf difitnah yang pernah Izlan ceritakan padanya. Adiknya itu memang gemar membaca kisah-kisah nabi sehinggakan setiap kisah yang dibaca Izlan akan diceritakan pada Qaseh dan Ilham.
Kisah Nabi Yusuf dan seorang perempuan di mana perempuan itu yang berkehendakkan Nabi Yusuf tetapi Nabi Yusuf bertindak menolak pujukan perempuan tersebut. Nabi Yusuf bertindak menjauhkan diri, mahu keluar dari kamar itu. perempuan itu pula bertindak mengejar Nabi Yusuf sehinggakan baju Nabi Yusuf ditarik dan dikoyakkan dari arah belakang. Dan ketika itu juga, al-Aziz merangkap suami perempuan itu sudah berada di hadapan mereka.
Berlakulah satu pertuduhan di mana perempuan itu bermaksud Nabi Yusuf ingin melakukan sesuatu yang tidak baik pada dirinya. Pada masa yang sama Nabi Yusuf pula membela dirinya dengan mengatakan bahawa perempuan itu yang berkehendakkan dirinya.
Entah kenapa Qaseh boleh mengingati semula kisah yang Izlan ceritakan padanya itu. 'Tapi apa penyelesaiannya ya?' Qaseh tertanya-tanya. Bacaannya disambung semula.
"Yusuf pula berkata : "Dialah yang memujukku berkehendakkan diriku." Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata : "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar." (Surah Yusuf , ayat 26-27)
Subhanallah... Ternyata Al-Quran itu punya jawapan untuk penyelesaian apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Satu-persatu kejadian yang baru berlaku itu menerjah ruang fikiran Qaseh. Air matanya mula menitis membasahi pipi.
YOU ARE READING
Encik Gula
RomancePertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-hab...