11

10.6K 451 2
                                    

"Adoi, letihnya berjalan seharian hari ni. Ni semua kak long punya pasal lah!" bebel Ilham.

"Alah, baru teman kak long, belum teman bakal bini lagi. Kak long bukan apa, nak bagi Am biasakan la benda-benda macam ni. Nanti bila dah ada calon senang. Am tahu apa nak kena buat. Lagi-lagi kalau dapat calon yang cerewet mengalahkan kak long ni, lagi la seksa Am oi!" bidas Qaseh.

"Ish tak nak lah Am. Am akan tapis betul-betul siapa yang nak jadi calon isteri Am tu. Kalau cerewet macam kak long memang Am reject awal-awal. Penat nak melayan!"

"Suka hati kamu lah Am. Janji kamu bahagia. Malas kak long nak bertekak dengan kamu, tidur lagi bagus," ujar Qaseh sambil membaringkan tubuhnya di atas sofa. Ilham pula sudah berkira-kira mahu melangkah ke bilik.

"Ha, dah balik pun anak-anak ibu. Mana cincin nya? Nak juga ibu tengok pilihan kamu Qaseh."

"Tak ada hasil pun bu. Anak ibu tu cerewet sangat. Buat penat je Am dengan Lan teman. Satu pun anak ibu tu tak berkenan," laung Ilham dari jauh sambil mendaki anak tangga menuju ke bilik.

'Eeee, geramnya aku! Mulut pot pet pot per! Tak boleh simpan rahsia langsung!"

"Betul Qaseh macam tu?"

Qaseh hanya mendiamkan diri. Malas dia mahu bersoal jawab dengan si ibu. Penat dibadannya masih terasa. Bercampur dengan rasa kecewa kerana tidak dapat memiliki cincin idaman hati.

Izlan hanya menjongketkan bahu tanda tidak masuk campur. Kalau boleh dia tidak mahu menambah rasa penat kak longnya itu. Dia sendiri pun agak penat melayan keletah satu-satunya kakak yang dia punya. Namun rasa kasihnya pada Qaseh melebihi rasa penat yang dia rasa sekarang. "Ala bu, kak long kan tak biasa sangat pakai cincin. Itu yang tak tahu nak pilih yang mana tu," bela Izlan.

Qaseh pula sudah tersenyum senang. Adiknya yang bongsu itu memang sentiasa menyenangkan hati. Bukan macam Ilham, asyik nak cari pasal je. Namun secelupar mana pun mulut Ilham, adiknya itu masih Qaseh saying. Sama seperti kasih sayangnya pada Izlan.

"Ibu jangan risau. Bakal menantu ibu yang paling ibu sayang tu dah pilihkan untuk Qaseh. Nanti kita tengok je la eh."

"Maksudnya, Qaseh pun tak tengok lagi la cincin tu?"

"Belum bu. Ala tak apa. Nanti Qaseh tengok la."

Puan Hanna sudah menggelengkan kepala. "Qaseh, ibu nak tanya sikit ni."

"Tanya apa bu? Macam serius je bunyinya," tanya Qaseh sambil membetulkan duduk di sebelah si ibu.

"Qaseh sebenarnya suka ke tak dengan Rizqy tu?" tanya Puan Hanna. Keyakinan dia untuk menjodohkan Rizqy dan Qaseh sudah semakin berkurangan. Anaknya itu langsung tidak menunjukkan perasaan seperti orang yang sedang menanti hari bahagia.

"Hmm, entah la bu..." balas Qaseh sengaja mahu menyakat si ibu.

"Eh kamu ni, jangan main-mainla. Ibu serius ni!"

Qaseh membaringkan kepalanya di atas paha Puan Hanna. Suka betul bermanja dengan ibunya.

"Bu, kalau Qaseh tak suka Qaseh tak ada la Qasej terima lamaran dia."

"Betul ni Qaseh suka?"

"Ye ibuku sayang. Qaseh suka Rizqy!"

"Cinta?" tanya Puan Hanna.

"Cintan-cintun apa pula ni ibu... Alahai..."

"Qaseh cintakan Rizqy tak?"

"Ibu, Qaseh baru je kenal dengan Rizqy tu. Mana sempat nak ada perasaan cinta tu. Lagipun bu, cinta kan boleh dipupuk. Qaseh nak cintakan dia kerana iman dia. Kalau hilang imannya, hilanglah rasa cinta Qaseh pada dia. Tak gitu bu?"

Terangguk-angguk kepala Puan Hanna tanda mengerti maksud anak sulungya itu.

"Wah, bagusnya kak long Lan ni. Tak sangka kak long pandai berkata-kata ya," puji Izlan. Sedikit sebanyak hatinya mengakui kebenaran kata-kata Qaseh. Letakkan rasa cinta dalam hati kerana Allah, pasti perjalanan untuk membina sebuah keluarga bahagia akan dipermudahkan oleh-Nya.

"Kak long, Lan nak bagi kak long dengar sesuatu ni."

"Apa dia?"

Izlan menekan butang 'PLAY' pada handphone di tangannya. "Qaseh suka Rizqy!" bergema ruang tamu dengan suara yang terbit dari handphone Izlan.

Qaseh apa lagi, dari terbaring terus duduk mendengarkan kata-kata dia sendiri. Meremang bulu romanya memikirkan yang dia mengucapkan kata-kata keramat yang memang tak pernah diucapkan pada sesiapa. "Lan!" jerit Qaseh. Ibu mereka sudah tersenyum.

"Ampun kak long! Kali ni je Lan buat nakal. Lain kali Lan tak buat dah okey!" ujar Izlan sambil berlari-lari anak mendaki tangga ke bilik. Sekali-sekala kenakan kak longnya apa salahnya.

"Tengok la tu bu. Anak lelaki ibu dua-dua nakal. Nasib baik la ada anak perempuan ibu ni yang baik budi kan," bangga Qaseh. Kali ni dia akan lepaskan Izlan. Lagipun dia dah nak kahwin, apa sangat lah ucapan itu jika nak dibandingkan ucapan yang akan dia ucapkan pada suaminya yang sah nanti.

"Yela tu Qaseh. Anak perempuan ibu ni memang baik."

"Ha, tau tak apa bu," kata Qaseh sambil meletakkan kepalanya di bahu si ibu.

"Ibu..."

"Hmm..."

"Bakal menantu ibu tu kerja apa eh?"

"Hai, bakal suami sendiri pun tak tahu kerja apa. Kenapa Qaseh tak tanya sendiri dengan dia?"

"Ala segan la bu."

"Qaseh, kamu tu sepatutnya tahu serba serbi tentang Rizqy. Kan bakal suami tu. Paling tak pun ambil la tahu pekerjaan dia, ahli keluarga dia."

"La, kan parents Riz dah datang untuk merisik hari tu bu. Maknanya Qaseh dah kenal la kan. Riz anak tunggal. Betul tak bu?"

Puan Hanna mengangguk. "Riz tu ahli perniagaan. Tapi tak ada la ahli perniagaan yang ada syarikat besar-besar tu. Tapi pendapatan dia agak lumayan juga la. Dalam sebulan dia boleh dapat berpuluh ribu."

"Pergh, kaya tu bu. Kalau Qaseh tahu awal-awal memang Qaseh dah minta dia belikan cincin yang Qaseh nak tadi."

"Berapa harga cincin tu?"

"Hehe...10k..."

"Ish kamu ni Qaseh. Ibu tak ajar kamu susahkan orang. Ingat tu..."

"Tahu la bu, Qaseh bergurau je. Lagipun semua tu kan harta dunia je. Kalau Qaseh dapat maknanya itu rezeki Qaseh. Tapi kalau Qaseh tak dapat, rasanya Qaseh tak perlu pun kejar harta dunia kan bu..."

Puan Hanna tersenyum. "Macam tu lah anak ibu."

"Ibu rasa Riz boleh bimbing Qaseh tak?"

"Inshaallah, kalau dah ditetapkan dia jodoh Qaseh."

Qaseh tersenyum. 'Ya Allah, hambaMu belum cukup mengenali Rizqy. Namun, andai dia jodoh terbaik yang KAU tetapkan untukku, jadikanlah dia seorang imam yang baik untukku," doa Qaseh dalam hati. Akhirnya dia terlena di sisi ibunya dengan sebuah pengharapan

Encik GulaWhere stories live. Discover now