25

10.6K 423 4
                                    

Sepanjang perjalanan ke rumah ibunya Qaseh hanya mendiamkan diri. Tak senang duduk Qaseh dibuatnya. Macam ada rama-rama dalm perut bak kata orang putih tu. Padahal nak balik rumah ibu je pun. Rizqy mengerling sekilas ke arah isterinya sedang resah gelisah itu. Dah macam gaya orang nak pergi temuduga je. Sekejap berpeluk tubuh, sekejap bermain-main dengan jemari sendiri. Berkerut-kerut kening Rizqy melihat telatah si isteri.

"Qaseh kenapa?" tanya Riz prihatin.

"Kenapa awak tanya saya?" balas Qaseh sedikit meninggi. Tengah emosi tak stabil ni la si Rizqy nak tanya soalan yang boleh menaikkan suhu kemarahan Qaseh. Dah sah-sah Rizqy patut tahu kenapa Qaseh gelisah macam cacing kepanasan sekarang ni.

"Ait tanya pon tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh. Masalahnya awak ni ikhlas nak tanya ke buat-buat tanya? Tak kan lah awak tak tahu kenapa saya rasa kecut macam ni!" bidas Qaseh.

"Kenapa?" tanya Rizqy sekali lagi. Qaseh apa lagi, makin menyirap la darah dia mendengarkan pertanyaan sang suami. Rizqy pula sudah menahan tawa, sengaja sebenarnya mahu mengusik isteri tercinta.

Qaseh menjengilkan mata. Satu jelingan maut dihadiahkan buat suaminya yang tak cukup umur itu.

Akhirnya ketawa Rizqy terlepas juga melihatkan wajah cemberut Qaseh. Sedar keterlanjurannya, sebelah tangannya menggenggam jemari Qaseh menyalurkan sedikit kekuatan. Sememangnya dia tahu apa yang tersirat di hati Qaseh. Bukan Qaseh je yang kecut perut, dia lagi la kecut perut setiap kali teringatkan mata Izlan yang mencerlung marah ke arahnya. Tetapi apa yang mampu dia buat saat ini hanyalah berdoa supaya hati Izlan lembut untuk memaafkan mereka berdua. Rizqy jatuh kasihan pada isterinya. Gara-gara mahu mempertahankan dia, hubungan mereka adik beradik sedikit tercalar. Sungguh Rizqy rasa terkilan dengan sikapnya sendiri. Kalau lah dia tidak terlalu ego pasti hubungannya dan Qaseh awal-awal lagi sudah jernih.

Segaris senyuman terukir di bibir Qaseh. Sejuk sikit hatinya apabila tangannya berada dalam genggaman suami tersayang.

"Inshaallah Lan akan maafkan Qaseh. Qaseh kan satu-satunya kakak yang dia ada dan yang paling dia sayang. Macam mana Qaseh rasa sedih bila berselisih faham dengan dia, macam tu lah yang Izlan rasa. Jangan risau ya," pujuk Rizqy. Tangan Qaseh ditepuk perlahan. Rizqy kembali menumpukan pemanduannya.

"Harap-harap macam tu la," gumam Qaseh perlahan. Semakin kereta mereka menghampiri kawasan perumahan semakin berdetak laju jantung Qaseh. Macam nak terkeluar je rasanya.

"Hey sayang, jom lah keluar. Termenung apa lagi tu?" ujar Rizqy sambil menepuk lembut bahu isterinya. Dah lima minit mereka sampai. Hairan juga dia bila melihat keadaan Qaseh yang langsung tak berganjak dari tempat duduk. Si Rizqy ni bukan main romantik lagi tolong bukakan pintu untuk isterinya tapi Qaseh masih juga begitu, termenung sendiri.

Tersentak Qaseh tatkala bahunya disentuh sang suami. "Er, dah sampai? Cepatnya..." keluh Qaseh.

Rizqy hanya mampu tersenyum. Sedangkan kegelisahan dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu.

"Jom sayang..." ajak Rizqy. Tangan Qaseh ditarik supaya keluar daripada perut kereta.

Qaseh hanya mengikut gerak langkah Rizqy. Otaknya betul-betul tak dapat berfungsi dengan baik saat ini. Serabut! Hanya itu yang Qaseh rasakan sekarang.

Belum sempat Qaseh memberi salam wajah ibunya sudah terpacul di hadapan rumah. Macam tahu-tahu je ada tetamu. "La anak kesayangan ibu ni, dah lama sampai? Kenapa tak masuk dari tadi?" tanya Puan Hanna.

Qaseh memberikan segaris senyuman buat si ibu. Tangan yang telah banyak berjasa untuk dirinya itu Qaseh capai lalu tunduk menciumnya seikhlas hati. Kedua-dua pipi ibunya dicium penuh kasih.

Encik GulaWhere stories live. Discover now