7

12.7K 514 1
                                    

Rizqy menilik jam di tangan. Sudah dekat 15 minit kedatangan seseorang namun orang itu masih belum kunjung tiba. "Ish, aku datang awal sangat ke?", gumam Rizqy sendiri. Ada hal penting yang mahu dibincangkan dengan sahabat baiknya. Hanya Qayyum yang dapat membantunya saat ini.

Jus oren dihirup untuk menghilangkan dahaga sementara menanti sahabat baiknya tiba. Tiba-tiba Rizqy terpandangkan sesusuk tubuh yang tegak berdiri di hadapannya sambil tersenyum.

"Ehem...Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam... ", jawab Rizqy. Terpana sebentar dia melihat lelaki di hadapannya. Lain sungguh Qayyum yang dahulu jika nak dibandingkan dengan Qayyum yang sedang terpacak di hadapannya sekarang.

"Err...Qayyum kan?"

Qayyum tersenyum. "Yup! Amboi, kau! Mentang-mentang dah dua tahun kita tak jumpa, kau dah tak kenal aku eh?"

"Bukan tak kenal la Qay. Kau tu ha, bukan main smart lagi sekarang. Wajah pun bukan main berseri-seri lagi.

Apa rahsia? Eh, lupa pula. Duduk lah", jemput Rizqy.

Qayyum menarik kerusi yang berhadapan dengan Rizqy lalu duduk di situ. Belum sempat dia menjawab pertanyaan Rizqy, pelayan datang mengambil pesanan. "Air tembikai satu", ujar Qayyum.

"Makan?"

Qayyum menggelengkan kepala sambil tersenyum, tanda tidak mahu memesan apa-apa makanan.

"Tak ada apa-apa rahsia pun. Kau apa cerita? Tiba-tiba je contact aku ni. Mesti ada apa-apa ni", tanya Qayyum. Seingatnya kali terakhir dia berjumpa dengan Rizqy ketika majlis perkahwinannya dua tahun lepas. Hairan juga dia apabila Rizqy tiba-tiba menghubunginya dan meminta untuk berjumpa.

"Tahu-tahu je kau ni." Rizqy tergelak-gelak, mahu melindungi rasa gusar yang bermukim di hati. Entah apa kata Qayyum jika dia berterus terang hal yang sebenarnya.

"Kau dah kahwin belum ni?", tanya Qayyum seolah-olah tahu niat Rizqy di sebalik pertemuan itu.

"Belum la. Kalau aku kahwin, mesti la aku jemput kau. Nama pun kawan baik. Takkan la aku nak ketepikan kau."

"Mana lah tahu kan. Dapat bini cun melecun, sampai lupa best friend kau seorang ni."

"Tak ada maknanya! Eh, Qay! Sebenarnya aku ada benda nak minta tolong ni", Rizqy mula berterus terang.

"Emm, apa dia? Cakap lah..."

"Aku nak kahwin."

"La, bagus la! Kau nak minta tolong apa? Jadi pengapit? Eh, boleh sangat la Riz!", ujar Qayyum teruja.

Rizqy sudah menggaru kepala. Bukan pertolongan itu yang dimaksudkan oleh Rizqy. "Bukan tu lah..."

"Dah tu?"

"Aku nak minta tolong kau ajar aku solat", ucap Rizqy jujur.

Tercengang Qayyum tatkala mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Rizqy. Qayyum sangat mengerti keadaan hidup Rizqy. Keluarga Rizqy biasa-biasa saja. Nak kata terlalu kaya sehingga hidup mereka terleka pun tidak. Tapi yang peliknya, sejak kecil Rizqy langsung tidak diasuh dengan didikan agama. Itu yang diberitahu oleh Rizqy padanya. Tidak berani pula dia mahu bertanya sebab musababnya. Ibu bapa Rizqy pun hanya solat sekali-sekala. Entah di mana silapnya.

Namun Rizqy tidak seperti orang di luar sana. Walaupun Rizqy tidak didedahkan dengan hal-hal agama, namun pergaulan Rizqy sangat terjaga. Dia langsung tidak mengambil arak ataupun rapat dengan mana-mana perempuan. Itu salah satu sifat Rizqy yang sangat Qayyum kagumi. Semasa mereka belajar sama-sama dulu di Universiti Teknologi Mara, sering juga Rizqy mengikut Qayyum menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid. Cuma sejak dia berjauhan dengan Rizqy, dia sudah tidak tahu perkembangan sahabat baiknya itu. Tak sangka pula Rizqy masih belum dapat menunaikan kewajipan sebagai umat Islam yang satu tu.

Encik GulaWhere stories live. Discover now