14

10.1K 432 1
                                    

Rizqy menahan matanya menggunakan tangan. Silau matanya dek cahaya yang terlalu terang. Hairan Rizqy entah dar mana cahaya itu datang.

"Riz..." Kedengaran satu suara memanggil Rizqy.

"Siapa?" Rizqy bingung. Dia dengar ada orang memanggil tetapi satu bayang pun tak kelihatan. Rizqy berdiri dari duduknya, cuba mendekati cahaya tersebut. Tiba-tiba dia ternampak bayang seorang perempuan yang anggun berbaju kurung putih bersama tudung yang membaluti kepalanya.

"Adik..." Sekali lagi Rizqy mendengar orang memanggilnya namun kali ini menggunakan panggilan yang berbeza. Rizqy langsung tidak dapat mengecam suara yang memanggilnya itu. Namun memikirkan hanya seorang sahaja yang pernah memanggil Rizqy dengan gelaran itu Rizqy tersentak.

"Kakak..." Tidak semena-mena patah kata itu terbit dari mulut Rizqy.

Rizqy nampak wanita di hadapannya itu tersenyum seraya mengangguk. Maknanya itu betul kakak Rizqy! Rizqy sebak. Kakaknya itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga dengan tiba-tiba. Langsung tidak diduga.

"Dah besar adik kakak sekarang. Dah matang. Dah boleh jadi suami orang," ujar kakaknya tenang. Jarak berpuluh langkah yang telah membezakan kedudukan mereka serba sedikit menghalang Rizqy dari melihat wajah kakaknya dengan jelas.

"Kakak tahu Riz nak kahwin?"

Wanita itu hanya tersenyum. "Dik, boleh kakak minta adik buat sesuatu?"

Cepat-cepat Rizqy mengangguk. Rizqy hanya punya seorang kakak dalam hidupnya. Apa pun yang kakak Rizqy minta pasti dia akan tunaikan.

"Adik tolong kembalikan semula kebahagiaan keluarga kita. Kembalikan semula mama dan papa yang sangat pentingkan agama dalam keluarga kita. Boleh kan dik?" ujar kakak Rizqy dalam nada suara yang sendu. Seolah-olah tahu benar dengan perubahan mama dan papanya.

Rizqy terdiam membatu. Hatinya runsing. Bagaimana dia dapat menunaikan permintaan kakaknya sedangkan dia sendiri baru mahu mendekatkan diri kepada Tuhan. Mama? Papa? Mereka begitu marah setiap kali dia berbicara soal agama. Adakah Rizqy mampu mengembalikan semula apa yang sepatutnya dikembalikan sejak dulu lagi? Rizqy bingung.

"Adik, janji dengan kakak ya?" Suara wanita itu memecah lamunan Rizqy.

Entah kenapa Rizqy bagaikan terpukau dan mengangguk sekaligus mengikat satu perjanjian dengan si kakak.

Kakak Rizqy tersenyum lagi. "Terima kasih dik. Jaga Qaseh elok-elok. Dia akan bantu adik kembalikan semula keharmonian keluarga kita. Selamat tinggal dik, assalamualaikum..."

"Kakak!!!!"

Bedebuk! Tak semena-mena Rizqy jatuh dari katil. "Adoi, sakitnya. Mimpi rupanya aku tadi. Tapi macam mana kakak tahu aku nak kahwin ye?" fikir Rizqy.

Tiba-tiba Rizqy teringatkan sesuatu. "Kahwin. Ya Allah!" Kalut Rizqy menilik jam di handphone.

"What! Dah pukul 9?! Ya Allah habislah aku. Macam mana boleh tertidur lepas subuh tadi..." Rizqy gelabah. Dicampak segala selimut di atas katil lalu tuala dicapai. Tak sampai sepuluh minit Rizqy sudah siap mandi.

"Mana baju melayu aku? Mana? Mana?" Dah macam orang tak betul Rizqy bila bercakap seorang diri. Pandangannya meliar ke serata bilik. Mencari pakaian pengantinnya.

"Mama!" jerit Rizqy.

Tak sampai seminit mamanya sudah muncul depan pintu bilik. "Kenapa ni Riz terjerit-jerit?" tanya Puan Farhana. Bukan main terkejut lagi Puan Farhana melihat anaknya yang masih bertuala dan berbaju pagoda.

Encik GulaWhere stories live. Discover now