"Alhamdulillah, sedap juga awak masak. Kenyang perut saya, macam tahu-tahu je saya ni tengah kebulur", ujar Qaseh sopan. Dia sudah mula berasa selesa dengan Rizqy.
Rizqy tersenyum. Senang hati Rizqy dapat menolong orang. "Err, kalau awak tak keberatan, boleh saya tahu nama awak?", tanya Rizqy. Sudah dua kali dia bertemu dengan Qaseh, namun belum berkesempatan untuk berkenalan dengan gadis itu. Teringin juga dia mengetahui nama gadis yang sudah dua kali diselamatkannya.
"Aku suka kamu...Bila dia...". Kedengaran ringtone Aku Suka Kamu nyanyian Ainan Tasneem berbunyi dari handphone Qaseh menandakan ada panggilan masuk. Baru saja dia nak menjawab pertanyaan Rizqy sebentar tadi.
"Sekejap ya". Qaseh menggapai handphone di atas meja bersebelahan katilnya. Dia melihat nama pemanggil yang tertera pada handphone.
"Lan... Hmm, risau la tu", gumam Qaseh. Butang hijau ditekan untuk menjawab panggilan.
"Helo...", jawab Qaseh malas.
"Kak Long! Kak Long pergi mana ni? Dah nak dekat lima jam kak long keluar tak balik-balik", bertubi-tubi soalan yang terbit dari mulut Izlan.
"Hmm.. Tak payah la Lan risau sangat dekat kak long. Lan kan nak sangat kak long pergi dari rumah tu". Qaseh masih lagi dengan rajuknya. Padahal bukan main lagi menjerit nama Izlan dan Ilham semasa dia ditimpa kesusahan sebentar tadi
"Apa kak long merepek ni? Mana ada macam tu la"
"Dah tu yang Lan sibuk sangat nak cari calon suami untuk kak long tu kenapa?", bidas Qaseh. Sesekali dia menjeling pada Rizqy yang seperti sedang menahan tawa. Geram juga dia melihat mimik muka Rizqy.
"Kak long, dah la tu. Lan minta maaf okey. Jangan la marah dah. Sekarang cuba kak long beritahu kak long kat mana"
"Hmm...hospital"
"What? Hospital? Kak long buat apa kat hospital tu?"
"Berseronok la buat apa lagi"
Izlan sudah menahan geram di rumah.. Geram betul dengan sikap loya buruk kakaknya yang seorang tu. Kalau dah merajuk segala kata-kata Izlan akan dibuat mainan. "Betul-betul la kak long!", bentak Izlan.
"Orang buat apa lagi Lan kat hospital. Mestila kak long ada dekat hospital ni sebab kak long sakit"
"Ait, tadi Lan tengok kak long okey je time keluar rumah tadi. Takkan tiba-tiba sakit kot", berkerut kening Izlan memikirkan perihal Qaseh. Kalau tak silap Qaseh kelihatan baik-baik saja ketika keluar dari rumah pagi tadi. Berjam-jam dia menunggu kepulangan kak longnya namun Qaseh tidak juga muncul. Terus dia mengambil keputusan untuk menelefon Qaseh. Tup,tup kakaknya ada di hospital pula.
"Lan, boleh tolong kak long tak?"
"Tolong apa?"
"Tolong jangan banyak tanya! Datang je la ambil kak long dekat sini!", ujar Qaseh geram.
"Err, okey. Hospital mana?", tanya Izlan.
Sebaik saja memberitahu kedudukan hospital tersebut, Qaseh terus mematikan panggilan. Terbit keluhan kecil dari mulutnya.
Rizqy yang masih berada di situ hanya memerhatikan gelagat Qaseh. Dia dapat merasakan yang Qaseh berada dalam keadaan tertekan sekarang. Dia dapat mendengar dengan jelas segala butir bicara Qaseh dengan adiknya yang bernama Lan tadi. Bukan dia sengaja mahu memasang telinga, tapi suara Qaseh bercakap tu dah macam volume 5, siapa yang tak dengar. Nurse dekat luar pun boleh dengar suara Qaseh.
"Boleh tahan juga loyar buruk awak tu", ujar Rizqy memecah kesunyian.
Qaseh diam seketika. Tiada mood dia mahu melayan gurauan si Rizqy.
YOU ARE READING
Encik Gula
RomancePertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-hab...