Qaseh tekun melipat kain sambil menonton TV. Drama Dalam Hati Ada Taman lakonan Randy Pangalila dan Elfira Loy menjadi tontonan Qaseh. Tersengih-sengih dia menonton adegan romantik Randy dan Elfira.
Rizqy yang melihat dari jauh hanya mampu menggelengkan kepala. Teragak-agak kakinya melangkah menghampiri Qaseh. Ada sesuatu yang Rizqy mahu luahkan pada isterinya. 'Mudah-mudahan Qaseh mengerti,' doa Rizqy dalam hati.
"Hai, bukan main lagi sengih sampai ke telinga tengok cerita tu," tegur Rizqy. Kadang-kadang dia sendiri pun tak faham dengan tingkah wanita. Mudah terikut dengan cerita dalam TV. Kalau dalam cerita tu tengah mood sedih, mereka pasti menangis. Kalau tengok babak romantik, mereka boleh tersengih seorang diri.
"Mestila. Sweet gila dia orang ni," ujar Qaseh sambil tersengih macam kerang busuk.
"Ala, kita lagi sweet la," balas Rizqy sambil merebahkan kepalanya di atas paha Qaseh. Terbantut Qaseh nak melipat kain.
"Kita? Sweet? Awak mimpi ke apa? Kita baru kahwin beberapa hari tau.Sweet tang mana nya?"
"Tak apa lah sayang. Nanti-nanti mesti kita dapat kumpul banyak kenangan manis untuk dikongsi bila kita dah tua nanti. Kenangan manis dari hubungan yang halal itu kan lebih indah."
"Meme la..." ucap Qaseh meniru gaya percakapan Ady Putra dalam filem KL Gangster.
"Awak, nak dengar satu cerita tak?" tanya Rizqy masih teragak-agak.
"Tentang apa?"
"Adalah. Nak dengar tak?"
"Emm, boleh. Ceritalah..." wajah suaminya Qaseh kerling sekilas. TV ditutup. Mahu memberikan sepenuh tumpuan pada cerita yang Rizqy mahu sampaikan.
"Dengar ya sayang..." kata Rizqy lantas mencuit manja hidung Qaseh. Qaseh tersenyum sambil mengangguk.
"Ada satu pasangan ni, pasangan yang sangat baik dan pentingkan agama. Si suami ni tak pernah tinggal solat Jemaah di masjid. Pasangan ini ada sepasang anak, lelaki dan perempuan. Anak lelaki tu comel sangat masa kecil-kecil dulu. Sekarang dah besar dia dah handsome macam saya," Sempat lagi Rizqy memuji diir sendiri.
"Anak perempuan tu pulak..." Rizqy tak dapat menyambung bicara. Hatinya bergetar hebat, cuba melawan sebak yang tiba-tiba bertandang. Wajah Qaseh ditenung seketika.
"Kenapa berhenti? Sambungla. Jangan risau, saya tak tidur," usik Qaseh. Rambut Rizqy dielus lembut, penuh kasih sayang. Suka betul dia memanjakan Rizqy, seperti dia memanjakan Izlan dan Ilham ketika mereka masih kecil.
"Dulu, mama..." Sedar akan keterlanjurannya Rizqy cepat-cepat menyambung bicara. Takut Qaseh akan mengesan kesilapannya.
"Err.. Dulu pasangan ni selalu hantar anak-anak mereka ke kelas agama, kelas mengaji. Anak lelaki mereka pun memang pandai. Cepat je tangkap apa yang ustazah ajar. Waktu umur tujuh tahun, dia dah pandai baca Al-Quran tau. Walaupun dia dah pandai baca Al-Quran tapi dia tetap nak pergi kelas mengaji tu, supaya bacaan dia jadi lebih lancar."
"Bagusnya budak lelaki tu, Budak perempuan tu pulak macam mana?" tanya Qaseh. Sejujurnya, dia masih belum mengerti apa yang Rizqy masih sampaikan. Sedar Rizqy asyik menumpukan penceritaannya pada budak lelaki tersebut, Qaseh tergerak hati untuk bertanya tentang anak perempuan pasangan tersebut.
Soalan Qaseh dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Cerita diteruskan. "Sampai la satu hari, kedua-dua beradik ni nak balik dari kelas mengaji. Si kakak nampak ada orang tengah jual aiskrim kat seberang jalan. Si kakak cakap kat adik dia, adik tunggu sini tau. Kakak nak beli aiskrim. Waktu tu umur si adik baru sebelas tahun, kakak pula tiga belas tahun. Muda lagi kan Qaseh?"
YOU ARE READING
Encik Gula
RomancePertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-hab...