"Alhamdulillah, sampai juga kat rumah ni. Seksa betul la berjalan dalam keadaan lutut sakit ni", keluh Qaseh. Perlahan-lahan Qaseh melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu. Kaki seluarnya diselak, mahu melihat kecederaan di lutut.
"Ughh, patut la pedih semacam. Besar juga luka ni". Qaseh cuba menyentuh permukaan kulit yang luka. "Auch!", sakit gila.
Qaseh terdengar suara orang bergelak ketawa dari arah dapur rumahnya. "Siapa pula yang tengah bergelak ketawa dengan ibu tu. Aku tengah sakit-sakit ni boleh pula diorang bergelak sakan kat dapur tu", bebel Qaseh.
'Erk, macam suara lelaki je? Entah-entah calon suami aku lagi tak? Tapi tak kan la berdua je dengan ibu', detik hati kecil Qaseh.
Semakin lama suara itu semakin menghampiri ruang tamu. Qaseh memejamkan mata. Takut untuk melihat siapakah gerangan si empunya suara yang sedang ketawa sakan bersama ibunya. Tiba-tiba Qaseh merasakan bahunya disentuh orang. Serentak itu matanya, menoleh ke arah insan yang telah menyentuh bahunya sebentar tadi.
"Adik! Kenapa tak cakap nak balik? Kak long ingatkan siapa la tadi. Ingatkan calon menantu ibu lagi. Rancak sangat borak". Qaseh menjerit teruja. Tangan si adik lantas ditarik supaya duduk di sebelahnya. Rindu betul dia pada bodyguard yang seorang ni.
Meledak ketawa Izlan mendengar kata-kata kakak sulungnya itu. Ibu pula sudah mula menarik muncung, merajuk dengan Qaseh. "Takut sangat kak long ni dengan lelaki eh!"
"Bukan takut, rimas je!". Qaseh menjelirkan lidah. Persis seperti anak kecil.
"Dah tu dengan Lan ni kak long tak rimas pula"
"Lan lain la. Lan kan bodyguard kak long", ujar Qaseh sambil mengerdipkan mata. Suka betul bermanja dengan adik bongsunya ini.
Izlan tersenyum. Tiba-tiba matanya tertancap pada luka di lutut Qaseh. "Kak long! Kenapa dengan lutut ni? Hmm, ni mesti kes tak berhati-hati ni. Darah ni kak long. Kak long kena apa sampai jadi macam ni?", Izlan bertanya cemas. Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut dia. Izlan memang begini, pantang kakaknya itu cedera sikit, pasti dia yang akan menggelabah lebih. Izlan membelek-belek lutut Qaseh. Sekejap-sekejap dia meniup lutut si kakak. Kononnya untuk menghilangkan sakit yang ditanggung Qaseh.
Ibu mereka hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik itu. Hatinya bersyukur kerana punya anak-anak yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Puan Hanna menghayun langkah ke dapur, mahu mengambil peti pertolongan cemas dan membuat larutan cecair saline bagi membersihkan luka. Cecair saline itu dihasilkan dengan melarutkan beberapa sudu teh garam ke dalam air panas dan dibiarkan dingin.
Mata Qaseh langsung tidak berganjak dari merenung si adik. Senang hatinya melihat wajah cemas si adik. Qaseh, Qaseh. Orang bukan main risaukan dia, boleh pula dia tersnyum sendiri.
"Kak long, kenapa tengok Lan macam tu?"
Keadaan Qaseh masih begitu. Pandangannya masih melekat pada wajah Izlan. Meneliti seraut wajah yang mendamaikan jiwa.
Izlan melambaikan tangan di hadapan wajah Qaseh. "Kak long! Dengar tak Lan cakap ni?"
"Dengar la dik. Untungnya siapa dapat adik kan. Dah la caring, handsome, baik pula tu", puji Qaseh. Qaseh mengerdipkan mata. Suka betul buat muka comel.
"Hai kak, bunyi ayat tu macam memerlukan seorang pendamping je. Mengaku je lah kak", usik Izlan. Sudah lama dia menanti kakaknya membawa pulang calon suami namun hampa. Hanya si ibu yang bertungkus lumus mencari calon untuk kakak Qasehnya. Qaseh pula langsung tidak menunjukkan sebarang respon.
"Tu la, ibu tolong carikan Qaseh tak mahu. Memilih sangat", tempelak si ibu. Peti pertolongan cemas sudah bertukar tangan Izlan hanya terdiam, tidak berani menyampuk lebih-lebih. Takut pula jika si kakak mengamuk. Bukan dia tak tahu perangai anak ibu yang sulung ni, pantang disebut pasal kahwin, pasti akan melenting.
YOU ARE READING
Encik Gula
RomancePertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-hab...