Terjengul-jengul kepala Rizqy cari si Qaseh. Salam tak berjawab. Pintu tak berkunci. Hai si Qaseh ni, betul-betul cari penyakit! Rizqy terus mencari. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekujur tubuh yang terbaring lesu di sofa. Dengan tangan memegang asam yang sedang disuap ke mulut.
Erk! Tengah tidur pun boleh makan asam? Unik dan ajaib betul mak cik seorang ni. Rizqy merapati Qaseh. Dikejutkan isterinya yang sedang lena macam baby . "Qaseh..." Kaki Qaseh disentuh lembut.
Tak ada reaksi. Rizqy geleng kepala. Tidur mati betul! Rizqy berbisik dalam hati. Wajah Qaseh ditilik. Baru Rizqy perasan. Pipi Qaseh dah makin tembam. Rizqy tersenyum... 'Comelnya bini aku!' Tangan Rizqy dah tak boleh duduk diam. Rasa nak cubit-cubit pipi Qaseh. Ibu jari dan jari telunjuknya sudah melekap di pipi Qaseh.
"Auchh..." Qaseh menyeringai kesakitan. "Apa ni kacau Qaseh tidur?" Qaseh dah tunjuk muka seposen. Sudah la dia tak berapa sihat. Rizqy boleh pula kacau dia tidur. Dah tu cubit pipi pulak tu. Ingat tak sakit ke..
"Ops, sorry sayang. Siapa suruh comel sangat..." Selamba Rizqy menjawab. Tangannya menggosok lembut tempat cubitan.
"Nak cubit pun jangan la cubit betul-betul. Cubit manja-manja dah la. Ingat kita baby ke nak cubit-cubit..."
"Haah, baby Rizqy..." Rizqy kenyit mata. Dah mula la nak menggedik tu!
"Euuwww, dah teringin sangat nak anak ke?" Qaseh bangun. Betulkan duduk. Kepala masih terasa pening-pening lalat lagi.
Rizqy buat riak teruja. Mata disepetkan. Senyum pun dah lain macam. "Hmm, boleh juga!" Rizqy mengusik. Terbeliak mata Qaseh dibuatnya. Qaseh baru nak bangun. Tak sempat! Tubuhnya sudah berada dalam dakapan Rizqy. Rizqy dekatkan wajah. Dahinya bersatu dengan dahi Qaseh. Tiba-tiba Rizqy terperasankan sesuatu. Wajahnya dijauhkan. Belakang telapak tangan dilekapkan di dahi Qaseh. Kemudian di leher. Qaseh hanya membiarkan. Kepala semakin berdenyut laju. Mata dipejamkan. Menahan rasa sakit yang mencengkam.
"Qaseh... Badan panas ni... Qaseh demam?" Rizqy dah mula risau.
"Emm... Tak ada lah. Pening sikit je..." Qaseh jawab lemah. Kepalanya sudah selamat mendarat di atas dada Rizqy.
Rizqy usap lembut kepala Qaseh. Rambut Qaseh yang menutupi muka dikuis perlahan. "Kita ke klinik ya..." Rizqy memujuk. Tahu isterinya itu memang pantang ke klinik. Bau ubat je pun dah naik loya.
"Tak payah la. Bukannya teruk pun. Nanti lepas makan panadol okey la ni..."
"Eleh, makan panadol konon! Bab mengelat pandai eh.. Qaseh bukan suka makan ubat pun. Jom abang teman Qaseh siap. Kita ke klinik. Jangan degil..."
Qaseh keraskan tubuh. Malas nak bangun. Sambil otak ligat memikirkan idea untuk menolak ajakan suami. "Eh, bukan abang nak hantar stok jersi ke malam ni?"
Rizqy tepuk dahi. "Haah, abang lupa! Nasib baik Qaseh ingatkan." Rizqy kerling jam di tangan. Dah pukul 9. Dia janji dengan pelanggan 9.45 malam. Rizqy ulang alik depan Qaseh. Fikir, fikir! Nak hantar stok atau bawa Qaseh ke klinik.
Qaseh dah pegang kepala. Makin pening kepala dia tengok Rizqy ulang alik macam ni. Silap haribulan boleh pengsan. Kain pelekat Rizqy ditarik. Tanda minta suaminya berdiri statik dan berhenti ulang alik macam kucing hilang anak. "Stop...!! Qaseh pening la tengok abang macam ni. Cuba duduk diam-diam. Apa yang nak dipeningkan. Pergi je hantar stok tu. Qaseh okey je ni...."
"Mana boleh. Kita mesti pergi klinik juga.. Harus...! Wajib...!"
Haiyaa... Ini orang eh manyak degil oooo... Suami siapa lah hai... Qaseh mendengus dalam hati. Suka hati kata laki degil padahal dia yang degil. "Habis tu, jersi macam mana? Siapa yang nak hantar. Abang ni... Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari..."
"Apa Qaseh melalut ni? Bila masa abang cari bala? Abang tengah cari idea macam mana nak hantar jersi tu..."
Qaseh genggam penumbuk. Geram. Malas nak layan Rizqy. Dia baring semula atas sofa. Pejamkan mata. Tak sampai seminit Rizqy dah tarik tangan Qaseh. Qaseh tarik balik. Dah macam orang main tarik tali. Seminit...Dua minit... Masih lagi begitu. Qaseh mengalah. "Pergi hantar stok jersi dulu. Lepas tu kita ke klinik..." Qaseh buat keputusan. Nak tunggu Encik Gula buat keputusan sampai pagi esok pun belum tentu selesai.
"Tak apa. Kita ke klinik. Jersi tu abang minta tolong orang lain hantarkan"
"Siapa?"
"Izlan? Boleh?" Rizqy minta izin.
"Suka hati abang la..." Qaseh tak nak masuk campur. Perlahan-lahan dia bangun. Menapak ke bilik. Mahu bertukar pakaian. Nasib baik rasa sakit kepala dah reda sikit. Cuma rasa mual masih terasa di tekak. Dah sepaket asam dia makan. Masih tak hilang-hilang rasa mual.
Rizqy tekan laju keypad telefon. Nombor Izlan didail. Tak sampai lima saat, panggilan dijawab. Rizqy tersenyum. Nasib baik ada Izlan yang boleh tolong. Nak batalkan pertemuan dengan pelanggan malam ni rasa tak manis pula. Sudah la seratus helai dipesan pelanggan tersebut.
Baru nak mendaki tangga tiba-tiba bunyi loceng pintu kedengaran. "Izlan ke? Cepat betul sampai... Takkan lah..." Gumam Rizqy. Kakinya diatur menghampiri pintu. Pintu rumah dibuka. Memang Izlan!
"Eh cepatnya sampai. Kau bawa kereta ke berlumba?"
Izlan tersenyum. "Dah memang dekat-dekat area ni. Kak Long kenapa? Tak sihat?"
"Haah. Masuk dulu lah. Kunci kedai kat dalam. Ni tengah tunggu Qaseh bersiap..."
Perlahan-lahan Qaseh turun tangga. Sampai je anak tangga terakhir, kepalanya didongakkan. Izlan! Perkataan pertama yang terlintas di fikiran. Qaseh tergamam. Tak tahu nak buat reaksi apa. Izlan tampak tenang. Sebuah senyuman dihadiahkan buat kakak tersayang.
Oh my... Senyuman itu... Memang sama persis senyuman manis Izzue Islam.. Kalau tak mengenangkan Izlan ni adiknya, dah lama Qaseh cair! Qaseh ketuk kepala. Entah apa yang dia merapu. Tahu dek Rizqy mahu dikerjakan cukup-cukup. Betul la kepala Qaseh ni dah tak betul.
Qaseh masih tegak di situ. Izlan melangkah merapati Qaseh. Tangan Qaseh Izlan capai. Lantas dia tunduk mencium tangan Qaseh. "Lan minta maaf... Lan sayang Kak Long... Maafkan Lan, ya?" Izlan ucap sendu. Memang dia berhajat untuk bertemu Qaseh malam ni. Hatinya tak tenang selagi Qaseh belum memaafkan dia. Sudah dilarang si ibu, katanya esok pun masih boleh jumpa Qaseh. Tapi Izlan tetap berkeras, takut tak sempat katanya. Jadi Puan Hanna izinkan saja.
Air mata mula bergenang di tubir mata. Qaseh biarkan ia menitis. Meleraikan segala kekusutan hatinya. Lama dia terdiam. Qaseh pandang Rizqy. Suaminya hanya mengangguk seraya tersenyum.
Rambut Izlan Qaseh usap. "Maafkan Kak Long juga..." Izlan angkat kepala. Tubir mata dikesat. Sekeras-keras hati lelaki, akan terusik juga bila melibatkan keluarga.
Pegangan tangan Qaseh dilepaskan. Izlan letak belakang telapak tangannya di dahi Qaseh. "Panasnya.. Demam ya?" Tanya Izlan prihatin.
Qaseh senyum. Adiknya memang prihatin. "Em.. pening sikit.. Rasa mual pun ye juga.."
Kening Izlan terangkat sebelah. "Mual? Entah-entah Lan dah nak dapat anak saudara kot. Bestnya.. Harap-harap sempat tengok..."
Tergelak Qaseh dengar tekaan Izlan. "Mengarutlah Lan... Jom, dah lewat ni. Lan pun ada kerja kan..."
Izlan mengangguk. Lega hatinya hubungan dengan Qaseh sudah pulih. Setidaknya kalau tiba-tiba dia dijemput pergi, hatinya sudah terasa tenang... Tenang setenangnya...
YOU ARE READING
Encik Gula
RomancePertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-hab...