6

14.9K 580 10
                                    

Qaseh ralit menonton ulangan sinetron Nada Cinta di kaca tv sambil mengunyah kacang Cap Tangan. Entah apa yang menarik tentang sinetron itu sehinggakan Qaseh menanti setiap episod sinetron untuk ditonton. Izlan pula sibuk memerhatikan kak long nya dari tadi. Ada sesuatu yang mahu ditanyakan pada si kakak. Cuma dia sedang menantikan masa yang sesuai untuk berbicara dengan Qaseh. Perlahan-lahan Izlan menapak ke arah Qaseh lalu melabuhkan punggung di atas sofa di sebelah kakaknya.
"Kak long...", panggil Izlan lembut.

"Hmm...", jawab Qaseh acuh tak acuh. Pantang betul dia kalau ada orang mengganggu ketika dia menonton sinetron kegemarannya.

"Pasal Superman hari tu kan, kak long tak tertarik ke kat si Superman tu?"

Terus terhenti kunyahan di mulut Qaseh setelah mendengar soalan yang terbit dari mulut Izlan.

"Tertarik, menarik, kau memang da bomb!"

"Kak long!!", jerit Izlan. Geram betul Izlan dengan si kaki loyar buruk yang seorang ni.

"Ish Lan ni, cuba jangan menjerit"

"Mana tak menjerit, kak long tu kerjanya loyar buruk je. Kalau kak long ni adik dah lama Lan sekeh-sekeh"

"Ha, sekeh la kalau berani!", Qaseh mencabar Izlan.

Izlan menjelirkan lidah. Malas dia mahu bertikam lidah dengan si kakak. Yang penting misinya pada hari ini tercapai. Dia sungguh-sungguh mahu mengetahui isi hati Qaseh pada lelaki yang bernama Rizqy itu. "Kak long, cepat la jawab. Dah lima kali kak long terserempak dengan dia, takkan la tak ada perasaan apa-apa."

"Hmm... nak ada perasaan apa pula? Baru lima kali okey! Walaupun dah lima kali dia jadi penyelamat kak long, tapi itu tak menjamin hati kak long ni akan terpaut pada dia. Faham? Dah puas hati belum dengan jawapan kak long?", terang Qaseh sambil menjengilkan mata.

"Tak..."

"Suka hati kamu lah. Malas kak long nak layan."

"Kak long, sampai bila kak long nak single mingle macam ni?"

"Apa pula single. Kak long kan ada Ibu, Lan dengan Am. Yang paling penting, kak long ada Allah tau di sisi kak long. Teman yang paling setia di sisi kak long di saat kak long susah atau senang. Dik, cintakan manusia, manusia kan pergi. Tapi kalau kita cintakan Tuhan, Tuhan itu sentiasa ada untuk kita", Qaseh sudah memulakan hujahnya.

Izlan menggaru-garu kepala. Cuba mencari idea untuk menasihati si kakak. "Memang la kak long. Lan tak nafikan tu. Tapi, kan fitrah manusia itu dijadikan berpasang-pasangan."

"Memangla, so kita tunggu je la jodoh kak long sampai nanti", bidas Qaseh.

'Eee geramnya aku! Rasa nak cekik-cekik je kakak seorang ni', desis Izlan dalam hati. "Hmm... Kak Long kena la belajar bukakan pintu hati kak long untuk seorang lelaki yang bakal bergelar suami. Macam mana jodoh nak datang pada kak long kalau semua lelaki yang datang ke rumah ni untuk merisik kak long, kak long tolak. Kak long tahu ke dalam banyak-banyak tu mana satu jodoh kak long? Kak long, cuba dulu buka ruang hati kak long tu. Kak long pun bukannya muda lagi. Lan dengan Am pun dah nak habis belajar pun. Lepas ni kita orang mesti kerja, lepas tu kahwin. Dah tak boleh nak jadi bodyguard kak long dah.", Izlan berjeda sebentar untuk melihat reaksi si kakak.

"Lan dan Am bukannya tak nak jadi bodyguard kak long dah, tapi kak long kena la faham. Semakin kita meningkat dewasa, perjalanan hidup kita semakin berubah. Semakin ada arah tujunya. Kak long faham kan?", ujar Izlan sayu. Kalau diberi pilihan pastinya dia ingin sentiasa menemani satu-satunya kakak yang dia punya. Namun sebagai seorang manusia, dia juga punya impian untuk bekerja dan berumah tangga.

Encik GulaWhere stories live. Discover now