" morning papa mama, eh, siti pun ada skali. meh sini filza tolong " awal filza bangun arini. Selepas solat subuh bersama suaminya, dia hairan, kenapa dia boleh berada dia atas katil sedangkan dia tidur di atas sofa. Digesa suaminya untuk tidur di atas katil semula. Filza membersihkan diri lalu turun ke bawah.
" mana zikri ? " tanya Tengku Aminah.
" ada dalam bilik. Tido kot " filza senyum ke arah mak mentuanya itu.
" siti, pergi panggil fikri masuk, makan sini. Filza, pergi kejut zikri tu sekali. " arah Tengku Hilsyam. Dengan pantas filza melangkah ke biliknya.
" awak. Bangun lah papa ajak makan " kejut filza. Zikri masih tidur mati.
" awak !!!! Bangun la ! " dugaan betul kejut mamat ni.
" ishh apa awak ni bising pagi pagi ? " keluh zikri. Dia mengeliat, mengambil tuala dan berlangkah ke tandas.
" cepat sikit. Kita sarapan. Mama papa tunggu " aku kejutkan engkau mujur. Hesh filza. Suami kau tu. Tak baikk. Cepat filza mengucap.
*****
" bila zikri start kerja ?" Tanya tengku hilsyam. Mereka sedang bersarapan." lusa lah. Malas nak tinggal meeting bnyak bnyak " acuh tak acuh sahaja zikri menjawab. Dilihat fikri bermesraan dihadapannya. Ingat kau sorang je ke bhagia ? Zikri terasa tercabar bila melihat adik kembarnya itu.
" fikri ? Bila start kerja ? " tanya tengku hilsyam kepada fikri.
" erm next week kan kak filza ? Sbb kitaorg ambik tarikh cuti yang sama " tanya fikri untuk mendapatkan kepastian.
" ha ah. Next week pa. " jawab filza. Dilihat suaminya di sebelah. Asal dia ni asyik tenung aku je ? Aishh
" ma, pa.. Zikri nak bawak filza pindah rumah zikri tengahari ni " kata zikri lagi. Buat apa duduk lama lama dekat rumah ni. Sakit hati tengok adiknya di rumah. Memang tak boleh sebumbung !
" ehh awalnya .. Bru je nak rapat rapat dengan filza " kata tengku aminah. Dia ingin rapatkan hubungan bersama filza. Yelah. Menantu dia sekrang.
" In Shaa Allah ma, filza dgn abang zikri akan balik setiap hujung minggu melawat mama papa " filza cuba memujuk. ' aik ? Snang dia buat keputusan ? Amboi dia ni ' bisik hati zikri.
" betul ni ? Janji ? Zikri ? " tanya mamanya. Teruja.
" hmmm " zikri menjawab sambil mengunyah makanan.
" papa suka tengok kamu berdua ni, fikri, zikri. bahagia dengan pasangan kamu. Papa tak adalah susah hati bila tengok kamu ni single tak tentu hala. Nak sorang je yang kawin, dapat pulak dua menantu. Papa doakan semoga rumah tangga kamu bahagia ye, berikan papa cucu .. Papa dah tak lama kat dunia ni. Papa nak sangat meresa pegang bayi anak kamu berdua " sayu tengku hilsyam berkata. Zikri sudah naik tidak duduk diam. Yelah. Ungkit pasal cucu pulak. Filza tergamam. Waduhh. Cucu ? Ermmm.
" In Shaa Allah " kata fikri, zikri serentak. Sebuah senyuman terbit di wajah tua tengku hilsyam dan tengku aminah. Bahagianya ..
*******
" abang, jaga filza tu elok elok. Fikri tahu abang tak cintakan dia. Tapi abang cuba ya ? Filza tu bagus orangnya. " fikri cuba merapatkan kembali hubungan mereka bersama zikri." aku tahu lah. Kau layan lah isteri kau sendiri " marah zikri. Tak payah kisah sangat la hal aku.
" fikri bukan apa abang, fikri nak kita bersaing. " dengan muka mencabarnya dia mencabar abangnya.
" bersaing ? Untuk apa ? Hurh " dia mengerutkan mukanya. Ade je bnde budak ni nak cabar aku.
" abang tahu kan skrang, mama papa nak cucu. Well, fikri nak kita bersaing. Siapa dapat kasi mama papa cucu, fikri akui salah seorang antara kita memang hebat. How ? " di angkat keningnya.
Cucu ? Anak ? Aku tak cintakan dia ..
" okey. Deal. Aku trima. " dengan laju zikri membuat keputusan." aku chau dulu lah. Mama dah datang nak jumpa kau " sinis senyuman fikri lalu pergi ke arah isterinya yang rancak berbual bersama filza.
" zikri .. Mama nak cakap sikit " tengku aminah menepuk bahu anaknya.
" apa dia ma ? " tanyanya. Dia melihat awan di beranda ruang atas milik papanya.
" mama tahu kamu dengan filza berlakon ceria depan mama papa. Mama faham kamu zikri. Kamu cubalah trima filza dalam hati kamu zikri. Lupakan liyana. Dia tu masa silam kamu je. Liyana dah tak ada kat dunia ni. Filza dengan liyana berbeza zikri. " ucap tengku aminah.
" susah ma. Zikri takut. Zikri akan kehilangan dia satu masa nanti macam zikri kehilangan liyana. " zikri memandang mamanya. Inginkan kekuatan.
" In Shaa Allah, filza tu jodoh kamu kekal hingga ke tua. Mama nak kamu cuba berikan filza cinta. " tengku amimah faham, bukan senang untuk mencintai seseorang. Diperlukan juga usaha dalam mencintai seseorang.
" tengok la mama. Zikri akan cuba. " balas zikri. Dia sudah bangkit dari tempat duduknya. Dia berazam untuk melupakan cinta lama. " zikri masuk dulu ma " tengku aminah mengganguk. Zikri memanggil filza untuk solat zohor. Mereka berkemas, lalu bergerak ke rumah baharu mereka.
YOU ARE READING
Kontrak Cinta Kita ©
RomanceDarwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahannya. Walaupun tidak disukai oleh Filza, namun perlu diterima juga. Zikri percaya bahawa cinta yang ke...