Lagu nada dering iphone filza berbunyi. Alah kacau daun betul. Bisik zikri dalam hati.
" eh sara. Kenapa ? " filza bertanya. Suspen btul sara ni.
" laaa aku menganggu pengantin baru ke ? Maaf la. Aku pergi rumah kau tadi, ibu kau ckp kau dh duduk rumah suami kau. Hihihi. Aku nak jumpa kau weh. Rindu hahaha " padahal bukan rindu sangat. Sengaja.
" weh. Nanti aku cal balik. Ada hal lah " filza melihat muka tegang zikri. Marah ke ?
" haa yelah pengantin. Maaf menganggu. Bye. " sara mematikan telefon.
" erm, maaf la. Kawan saya cal. Awk nak kita apa tadi ? Truskan " filza mengambil tempat di hadapan sofa. Ayunya dia duduk hahaha. Zikri menghirup sedikit oksigen. Dia mahu teruskan ayatnya tadi.
" saya nak kita jalankan kontrak cinta " laju sahaja zikri berkata. Filza ternganga. KONTRAK CINTA ?!
" sa.. Saya .. T .. Ta .. Tak.. Faham. " tergagap gagap filza bertanya. Apa maksud zikri ?
" saya ada sejarah bercinta. Saya taknak ulangi sejarah saya dulu. Saya nakkan kesungguhan kita dalam rumah tangga kita ni. Saya nak buat kontrak cinta dalam rumah tangga kita. Awak jalankan tanggungjawab awak as isteri, saya jalankan tanggungjawab saya as suami. Saya tak kenal sangat awk ni filza. Saya tak ready lagi nak berumah tangga macam ni. Awak buat atur cara awak, saya buat atur cara saya. Start next week, saya nak kita bercinta dalam masa dua bulan. Sebagai suami isteri. Dalam dua bulan, if saya tak dapat cinta awak, saya nak kita ... Cerai. Saya taknak hidup dengan orang yang saya tak cinta. " panjang zikri berkata. Filza cuba memahami kata kata zikri. Zikri berlalu pergi ke biliknya. Meninggalkan filza yang terkulat kulat di ruang tamu. Tanpa sedar air matanya jatuh. Kontrak cinta apakah ini ? Kenapa harus begini ? Dapatkan cinta dia dalam dua bulan ? Dia ingat senang ke nak cintakan seseorang ?! Filza bangun dan berlalu ke dalam biliknya. Dia menunaikan solat isyak. Dipohon kepada Allah supaya diberi kekuatan.
" aku kene kuat. Aku tak boleh mengalah ! Aku akan dapatkan cinta Tengku Iqram Zikri dalam masa dua bulan ! " tegasnya. Dia berazam agar zikri dapat mencintainya.
******
" Ya Allah, betulkah apa yang aku lakukan ? " zikri memohon doa kepada Yang Maha Esa. Dia keliru. Bagaimanakah ayat sebegitu lancar diucapkan olehnya ? Dia kahwin untuk menutup aib kluarganya. Tapi kenapa dia perlu tagih cinta dari filza ? Zikri perlu usaha untuk dpatkan cinta filza. Diingatkan kembali cabaran fikri kepadanya. Aku mesti lebih bahagia dari fikri ! Zikri berazam untuk dapatkan cinta filza. Ya. Aku mampu dapatkan cinta prempuan di luar sana, tpi filza, aku akan usaha. Kata kata mamanya terngiang di mindanya. ' lupakan liyana. 'Liyana hanyalah kisah silam .. Akhirnya zikri tertidur semasa berfikir. Esok dia harus ke pejabat. Dia sudah tidak mahu tangguh lagi.
*****
" awak.. Tak bangun lgi ke ? Bangun la sarapan " filza mengetuk getuk pintu bilik zikri. Aik ? Takkan tak bangun lagi. Nak buka pintu kang marah. Kwasan larangan lah ape lah." haa nak apa ? " terkejut filza. Zikri sudah bersiap. Gayanya macam mahu ke pejabat. Bukan ke dia kerja esok ?
" errr.. Awak nak ke mana ? " tanya filza. Zikri tersenyum.
" saya nk ke pejabat. Malas nak duduk rumah. " balasnya sambil jalan menuruni tangga.
" ohh . makan dulu ? " tanya filza sambil mengikuti zikri di belakangnya. Rasa serba salah juga kerana dia tidak menyiapkan kelengkapan pakaian zikri kerana itu tugasnya sebagai seorang isteri.
" takpelah dah tak sempat. Mybe next time. Awk bekalkan pun tak apa " zikri memandang filza yang laju membekalkan mihun goreng kepadanya.
" nah. Awk .. Saya nak kluar kejap lagi dengan kawan saya. Nak ambik kereta. Susah saya nak kerja minggu depan. " filza meminta kebenaran. Nanti kang derhaka pulak tak mintak izin. Dihulurnya tupperware yang berisi mi kepada zikri.
" okey. Jangan balik lambat sangat. Kunci pintu time kluar " tegas dia berkata. Yelah. Rumah zikri. Tak pasal masuk perompak.
" okey.. Salam ? " filza menghulurkan tangan untuk menyalami suaminya. Zikri menyambut sambil tersenyum. Cepat zikri masuk ke dalam swift kesayangannya. Filza melambai lambai tangan ke arah zikri sehinggalah keretanya hilang dari pandangan filza. Ditutupnya pintu rumah itu. Di kunci. Filza bersiap siap untuk kluar bersama sara. Tak sabar nak jumpa ibu.
******
" mewah eh rumah suami kau " sara mengusik. Filza menjeling." well. Eh semalam kau dengan apa tu nama dia .. Erm .. Haa hafif. Cmne boleh rpat ? Crita lah. " filza menukar topic. Mahunya nanti dia soal pasal anak. Dia juga tertanya, bagaimana sara boleh rapat dgn pengapit suaminya.
" eh kau elok sikit menolak aku. Tengah drive ni. Kang accident tak pasal. Hafif tu kenal masa majlis kau lah. Kitaorang rapat masa tu. Kitaorg kawan jelah puan oi " balas sara. Sedap je filza menolaj nolak dirinya semata nak tahu tentang hafif.
" ohh. Hensem jugak dia tu. Aku boleh nampak yang dia tu suka kau beb. " balas filza. Baru beberapa hari kenal dh ajak tengok wayang bagai.
" ehh takde la. Kawan je hehehe. Kita pergi rumah ibu kau dulu eh ? Ke nak pergi mall dulu ? " filza berfikir sejanak lalu memutuskan untuk berjumpa ibunya dahulu. Rindu akan Datin Syura.
YOU ARE READING
Kontrak Cinta Kita ©
Storie d'amoreDarwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahannya. Walaupun tidak disukai oleh Filza, namun perlu diterima juga. Zikri percaya bahawa cinta yang ke...