Sehari sebelum perkahwinan Hafif dan Sara, zikri dan filza diminta menjadi pengapit bagi pasangan itu. Terbalik. Haritu hafif sara pengapit. Sekarang, zikri dan filza pula. Malam ini, acara akad nikah dijalankan.
" sara .. Jangan gugup tau. Chill babe chill. " filza memberi semangat kepada sara.
" ofkoslah chill. Aku tak sabar ni " ujar sara yang gembira.
" ehhh engkau. Hahaha " mereka bergelak ketawa.
" wey, kau ingat eh, jadi isteri orang nak tak senang. Kau kene tahu tanggungjawab kau. Nanti atikah tu biar aku kawinkan skali. Dia datang esok kan ? " sara mengganguk.
" ye ye aku tahu. Thanks " sara menepuk tangan filza di bahunya.
" jumlah turun. Pengantin dah sampai " ajak filza. Sara mengambil nafas lalu dihembuskan.
" lawa lah kau babe. Hahahaha. Kau lepasni jangan lupa aku tau. Kerja jadi doktor ibu mengandung, jadi kau kene cepat kasi aku anak sedara " gelak filza. Dalam masa yang sama filza mengalirkan air mata kegembiraan untuk sara.
" hahahaha kau lah kasi aku anak sedara dulu. Kau kawin dah lama. " sara melihat temannya yang menangis itu. Haih dia ni.
Sara turun diiringi oleh filza. Zikri yang berada di sebelah hafif tercengang melihat isterinya yang ayu mengenakan baju kurung bunga kecil berwarna lavender.
" weh, aku nervous lah " ucap hafif. Zikri tidak mendengar. Dia terlalu ralit memandang isterinya.
" weyy. Kau dengar tak ni ? " hafif mencubit pinggang kawannya itu. Zikri mengaduh.
" kau ni jangan la cmni. Haa ye ape dia ? " tanya zikri.
" aku nervous " ucap hafif.
" alah kau sikit je tu. Baik kau buat skali lafaz je, kalau tak nanti aku yang ganti kau. " gurau zikri.
" eh engkau. Sanggup kau madukan filza. " marah hafif.
" siapa cakap dengan bini kau ? Dengan bini aku lah. Melting aku tengok dia malam ni. " zikri ketawa.
" saudara alif hafif, sudah sedia ? " tanya tok kadi. Bermulalah akad nikkahnya..
Selepas acara akad nikah ..
" sayang nmpak cantik malam ni " puji zikri tersipu sipu.
" ohh selama ni saya tak cantik la ? " tanya filza.
" takla .. Malam ni kalah penggantin tau " zikri mula tergelak.
" ada ada je awak ni. " hafif sudah memanggil zikri. Filza berpaling.
" puan filza, saya terpaksa kidnap suami awak malam ni. Esok dia nak jadi pengapit saya. " hafif meminta izin. Filza gelak dengan lawaknya.
" hahahaha pencuri apa mintak izin nak kidnap cmni " filza berkata sambil tawanya yang masih bersisa.
" byeee sayang. Jumpa esok. Love you " zikri membuat flying kiss.
" byee abang. Love youu too " balas filza sambil membuat aksi menangkap flying kiss itu.
" dahla tu. Aku ni tunggul ke melayan korang berdua ni ? Aku ni penggantin jugak takde la macam korang. " majuk hafif yang berada di antara mereka berdua. Jadi cctv je.
" dahla kau tak penting. Jumla balik hotel ! " ajak zikri. Hafif melambai lambai filza.
*****
Filza sedang menghempaskan tubuhnya di atas katil sara. Penatnyaa. Membelek belek iphone 6nya. Dia menerima whatsapp dari suaminya.
Hubby zikri : assalamualaikum sayang
Filza : waalaikumsalam abangg
Hubby zikri : sayang buat apa tu ?
Filza : tak buat apa. Baring baring je
Hubby zikri : abang rinduuuu laaaaa
Filza : samalahhh
Hubby zikri : bila boleh jumpa ni ? Abang sakit..
Filza : hah ? Sakit apa ?
Hubby zikri : sakit menahan rindu kat sayang lahh
Filza : hesyh buat lawak pulak. Dahla filza ngntuk. Nak tidur. Bye abang.. Assalamualaikum.. Jumpa esok
Hubby zikri : waalaikumsalam salam sayang .. Jangan lupa mimpi abang tau
Filza menutup telefonnya. Hatinya berbunga bunga. Sara baru sahaja siap membasahkan dirinya.
" yang kau duk tersengih sengih ni asal ? " tanya sara. Dah macam orang gila filza ni aku tengok.
" takde apa apa pengantin baru. Congrats sbb dah jadi bini orang. Yang kesiannya kau tak leh buat first night hahahahaha " barai filza gelak. Sara mengambil bantal di atas katilnya lalu dibaling ke arah filza yang sedang ketawa.
" sakitlah woi. Aku ngadu kat suami aku kang. Kau tidur jelah lagi dengan aku as single night kau " gelak filza lagi.
" eleh ngadu kat suami je kau tahu " sara melabuhkan badannya di sebelah filza. Lama mereka merenung siling kayu milik rumah orang tua sara.
" semoga kau bahagia beb. Aku selalu doakan yang terbaik untuk kau. " filza bersuara. Sara menggengam tangan filza.
" thanks babe. Aku sayang kau. Dah lah jum tidur. Esok kita nak jumpa suami suami kita. " filza tergelak.
" yelah esok jumpa suami. Sayang kau jugak " sara mencuit perut filza. Ada ada je filza ni.
" kau jangan duk gelak gelak sangat. Pokai otak tu nanti " filza entah kenapa kena sawan gelak. Sbb tak jumpa suami kot. Mereka melelapkan mata bersama.
******
" akhirnya bro. Aku jadi suami orang. " ucap hafif.
" aku suami orang jugak doo " hafif membaling tuala ke arah zikri. Melawak tak bertempat.
" kau tak yah nak loyar buruk sangat. " hafif berkata menghiraukan kawannya sorang itu.
" esok aku dapat gaji tak jadi pengapit kau ni ? " zikri bertanya.
" dapat. Dalam mimpi. Haa lepastu kau jangan lupa tolong basuh pinggan kat rumah sara sekali. " arah hafif. Zikri menjeling.
" eleh kau. Sampai hati kau buat kawan kau camni " bunyi zikri seakan akan merajuk.
" err kau ni. Dahla. Tidur jum. Esok lagi penat. " hafif mula baring di atas katil hotel.
" aku rindu isteri aku wey " zikri bersuara.
" err aku lagi rindu. Ehh kau tak payah nak acah over sangat. Kalah pengantin baru lah " tempelak hafif. Gaya zikri dah mengalahkan orang baru kawin.
" yelah kau. Suka hati akulah. Oklah aku ngantuk. Byee. Goodnight hafif. Jangan lupa esok bersanding. " zikri bersuara. Mereka pun melelapkan mata. Menanti hari esok. Kedua dua pengantin lelaki baru dan lama menanggung rindu kepada isteri mereka.
YOU ARE READING
Kontrak Cinta Kita ©
RomanceDarwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahannya. Walaupun tidak disukai oleh Filza, namun perlu diterima juga. Zikri percaya bahawa cinta yang ke...