2 jam filza berada di dalam bilik pembedahan. Zikri ke hulu ke hilir. Keadaan filza kritikal. Dia tidak mahu kehilangan isteri dan anaknya itu.
" duduk la bro. Retak lantai hospital kau jalan cmtu. " fikri menarik abangnya duduk. Dari tadi zikri melihat cermin kecil di hadapan bilik pembedahan. Bukan nampak apa pun.
Zikri mengingati kenangannya bersama filza..
" abang, nama baby kita ni nak kasi apa eh ? Abang nak baby boy or girl ? " tanya filza sambil mengusap perutnya.
" abang tak kisah. Tapi abang nak boy. Abang nak namakan .. Erm apa eh " zikri mengusap dagunya.
" haaa Tengku Dariq Filzi ! " jerit zikri. Filza mengecilkan matanya. Aik. Pelik je nama.
" tak boleh. Pelik. " jawab filza. Zikri membuat muka.
" alahh tadi tanya sangat. " jawab zikri tidak puas hati.
" filza nak namakan dia Fiqri Irsyah " jawab filza.
" perlu eh ada macam fikri ? kalau camtu abang nak anak prempuan lah. " zikri mendengus.
" olololo mana ada .. Nama ? Waaa cepatla keluar baby. Mummy tak sabar ni. " filza kelihatan keriangan. Zikri mencuit hidung filza.
" aduhhh. Sakit lah ! " filza mencebik. Zikri ketawa.
" zikri ? Ok tak ni ? " tnya tengku aminah.
" err okay ma " tengku mengangguk lalu dihulurnya air kepada zikri. Mereka sekeluarga menunggu filza.
" doa banyak banyak beb " hafif menepuk nepuk bahu kawan rapatnya itu. Zikri mngangguk.
Zikri melayan perasaannya lagi.
" baju ni lah. Comel filza tengok. " filza membelek belek baju bayi di tangannya. Mempunyai telinga disney.
" ehh tu baju prempuan. Tak payah lah. Ambik yang ni haaa ! Superb. " zikri menayangkan baju berwarna biru di tangannya. Filza menggeleng.
YOU ARE READING
Kontrak Cinta Kita ©
RomanceDarwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahannya. Walaupun tidak disukai oleh Filza, namun perlu diterima juga. Zikri percaya bahawa cinta yang ke...