Part 8

86 24 0
                                    


Mereka cuba mencari jalan keluar tetapi hotel itu seakan akan tiada jalan keluar. Tiba tiba hantu Sakura muncul. Terbang di udara.

" Korang takkan dapat keluar dari hotel ini! Sesiapa yang menjejakkan kaki di hotel ini pasti takkan dapat keluar dengan selamat!" Kata Sakura.

Tiffany juga ada bersama Exo. Cuma Sehun yang takde.

" Apa kau nak dari kitaorang? "Kris mula bersuara.

" Aku cuma ingin membalas dendam. Aku telah bersumpah sesiapa yang menjejakkan kaki di hotel ini akan menemui mati. Begitu juga dengan korang semua.!" Ujar hantu itu.

S
K
I
P

Sehun cuba membuka pintu itu namun pintu itu berkunci. Dia menolak dan menendang pintu itu. Akhirnya berjaya.

Bilik itu seperti lama tidak digunakan. Sangat usang. Sehun berjalan jalan dan berhenti seketika.

Dia melihat sekeping gambar di atas kabinet. Seperti muka Sakura. Dia yakin bilik itu ada kena mengena dengan hantu yang bernama Sakura.

Di belakang gambar itu tertulis satu nota. 'Antara dendam, cinta dan pergorbanan. Dendam yang tak pernah padam dalam ingatan - Sakura Miyuki.'

Sehun membuka laci satu persatu. Dia menjumpai sebuah diari milik Sakura. Dia membaca diari itu.

Barulah Sehun tahu latar belakang dan cerita sebenar hidup Sakura. Cuma dia belum tahu Sakura dibunuh atau membunuh diri di hotel itu.

S
K
I
P

" Korang semua tak patut datang ke sini. Tapi takdir korang sampai disini kerana sebentar lagi ajal akan menemui korang.!" Ketawa Sakura. Membesarkan matanya.

" Apa yang kami dah buat pada kau? Kau nak suruh kitaorang buat apa?" Tanya D.O. Sedikit kasar.

" Tiada apa yang korang boleh buat," balas Sakura.

Sehun membawa gambar dan diari itu bersama. Dia masuk ke dalam sebuah bilik lagi. Dia menutup hidungnya. Bau busuk yang datang dari bilik itu menusuk ke hidung Sehun.

Dia berjalan lagi. Tidak menghiraukan bau busuk itu. Dia nampak sebuah pita filem. Dia simpannya. Dia yakin pasti mayat Sakura di tanam di hotel ini.

S
K
I
P

Tiba tiba Sakura hilang. Exo lega. Mereka perlu mencari Sehun secepat mungkin.

Sehun pergi ke biliknya. Dia ingin melihat apakah isi yang ada dalam pita filem itu.

"Kau kata kau cintakan aku. Tapi kenapa kau dengan dia? Dengan Hibari tu?" Jerit Sakura pada seorang namja.

"Memang aku cintakan kau. Tapi tu dulu. Sekarang cinta aku pada Hibari." Kata namja itu.

Setiap hari mereka bertengkar. Ini membuatkan namja itu tertekan. Sakura tidak tahu sebenarnya namja itu sakit jiwa.

Ketika di dapur , mereka bergaduh lagi. Kali ini keadaan namja itu sudah nazak. Sakura menjerit jerit padanya hingga membuatkan namja itu mengambil pisau.

"Lebih baik kau diam. Kalau tak, aku akan bunuh kau." Mengacukan pisau itu pada Sakura.

S
K
I
P

Namja itu menikam perut Sakura. Sakura sempat bersumpah yang sesiapa yang duduk di hotel ini tidak akan tenteram dan tidak akan menemui jalan keluar.

Sehun terkejut sebaik sahaja melihat video itu.

.................................................

Lay selesai mandi dan berjalan menuju ke almarinya. Sebaik sahaja membuka almarinya, Lay menjerit kerana hantu itu berada di dalam almarinya. Dia menutup almarinya kembali. Dia duduk di atas katil.

Tiba tiba kakinya ditarik seseorang di bawah katil. Dia menjerit lagi dan meronta ronta untuk menyelamatkan dirinya.

Dia menoleh ke bawah katil dan kelihatan seorang yeoja dengan muka yang menyeramkan.

D.O. masuk ke dalam bilik dan mendengar Lay menjerit di bawah katil.

"Lay, kau kenapa ni?" Tanya D.O.. Pelik. Menarik Lay keluar dari bawah katil.

"Tadi ada orang tarik kaki akulah." balas Lay.

"Jangan merepeklah." kata D.O.

S
K
I
P

Suho dan Baekhyun berjalan di koridor yang sunyi. Di koridor itu, hanya beberapa orang sahaja yang lalu di kawasan itu.

Tiba tiba satu kelibat melintas di belakang mereka. Baekhyun menoleh.

"Kenapa?" Tanya Suho. Turut menoleh ke belakang.

"Takde apalah," balas Baekhyun.

Suho dan Baekhyun berjalan lagi. Satu buaian yang ada di situ terbuai. Baekhyun dan Suho memandang sesama sendiri.

Apabila mereka kembali memandang buaian itu, tiba tiba kelihatan satu lembaga yang duduk di atas buaian itu. Lembaga itu perlahan lahan memandang ke arah mereka berdua.

Suho dan Baekhyun berlari selaju lajunya menuju ke bilik masing masing.

"Eh, korang kenapa ni? Lari macam nampak hantu je." Suho dan Baekhyun bertembung dengan Kris dan Chanyeol.

"Eh, mana ade. Saja je main lari lari dengan Baekkie tadi, kan?" Tanya Suho pada Baekhyun.

"Yup. Hehehe," Balas Baekhyun.

S
K
I
P

"Hyung. Tadi tu betul ke apa kita nampak?" Tanya Baekhyun. Duduk di kerusi.

"Entah. Hyung pun tak pasti. Biarlah janganlah pikir lagi pasal benda tu." balas Suho.

"Tapikan hyung. Baekhyun dah dua kali kena ."

"Jinjja? Kau jangan main main."

"Betullah. Takkan Baekhyun nak tipu pulak."

S
K
I
P

Sehun terkejut selepas melihat video itu. Dia perlu memberitahu Exo tentang perkara ini secepat mungkin.

Bersambung

Vote and comment pliss
Tunggu part seterusnya

HoTeLTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang