Part 9

87 26 0
                                    


Tiba giliran D.O. diganggu. Kai dan Lay sudah tidur. D.O. masih menonton tv.

Satu panggilan tertera di telefon D.O. Dia menoleh dan menjawab panggilan itu.

Tetapi apabila dia menjawab panggilan itu, tiada sesiapa di talian. Dia pelik.

Ia berbunyi lagi. Apabila D.O. menjawab tiada siapa di talian.

Telefonnya berdering lagi buat kali ketiga. Dia keliru sama ada mahu mengangkat telefon itu atau tidak.

Perlahan lahan tangannya memegang telefon itu. Apabila dia menjawab, suatu suara berkata, 'dendamku belum terbalas.'

D.O. terus mematikan panggilan itu. Dia mencampak phonenya ke katil.

Dia kembali memandang tv. Alangkah terkejutnya dia, satu muka yang mengerikan muncul di kaca tv itu.
......................

"Suho hyung. Sehun ada benda nak cakap sikit ni." Kata Sehun.

"Apa?" Tanya Suho.

"Ni cuba tengok ini."Sehun menghulurkan pita filem itu pada Suho.

Lay tersedar dari tidur.

"D.O. kau kenapa? Macam nampak hantu je?" tanya Lay.

"Takde apalah."
---------------------------------

Suho terkejut melihat pita filem itu. Dia bertanya kepada Sehun dari mana dia mendapatkan pita itu.

Sehun menjumpai pita itu di dalam sebuah bilik yang berada di hujung hotel ini. Suho mensyaki ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik hotel ini yang mereka tidak ketahuinya.

-----------------------------
'Betul ke apa yang aku nampak tadi?' D.O. bermonolog di dalam hati. Berwajah serius dan sedikit binggung.

'Ke aku bermimpi?'Sambung D.O. lagi.

Kebetulan Kai datang dan duduk di hadapannya.

"Emm, Kai. Aku nak tanya sikit ni. Kau ada alami benda pelik pelik tak?" Tanya D.O. sebaik sahaja Kai duduk di kerusi.

"Kenapa?" Tanya Kai pula. Pelik.

"Macam ni. Aku nak cerita kat kau ni. Tapi terserah kaulah nak percaya ke tak." balas D.O..

"Apa dia, hyung?"

"Aku ada alami benda yang pelik kat hotel ni. Hari tu, waktu kau dgn Lay dah tidur, aku tngah tngok tv. Pastu, tiba tiba je ada call. Bila aku angkat, takde pulak yang jawab. Bila aku tngok tv balik, ada satu wajah yang mengerikan."cerita D.O.

"Aku pun ada kena jugak. Tapi entahlah. Betul ke atau khayalan semata mata. Buat tak tahu jelah." Kata Kai pula.

S
K
I
P

"Eh, Hun. Ni bukan ke bilik yang kau kena ikat dengan Tao tu?" Tanya Suho sambil tangan kanannya memulas tombol pintu.

"Haah."balas Sehun.

Apabila mereka berdua masuk ke bilik itu, pintu bilik itu tertutup dengan sendirinya. Membuatkan Suho dan Sehun berpandangan sesama sendiri.

"Kai. Bila kau kena kacau?" Tanya D.O. ingin tahu.

"Hmmm, lebih kurang,... minggu lepas rasanya." balas Kai.

"Kenapa kau tak pernah cerita pun pasal benda ni?" Kata D.O.

"Aku nak bagitau. Tapi korang mesti tak percaya. Dan lagi satu macam tak masuk akal." Balas Kai. Menghirup sedikit air kokonya.

......................

Sehun dan Suho berpandangan sesama sendiri apabila pintu bilik itu tertutup dengan sendiri. Mereka memberanikan diri.

Sehun dan Suho berjalan di dalam bilik itu dan melihat bilik yang usang dan lusuh itu. Sehun ternampak satu frame gambar yang tergantung di penjuru bilik itu.

Dia memanggil Suho. Mereka leka melihat gambar itu. Tiba tiba, sebuah pasu di atas meja berdekatan mereka jatuh.

Sehun dan Suho terkejut. Suho yakin ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik hotel ini dengan bilik misteri itu.

Sehun ternampak Tiffany terbaring betul betul di hadapan almari baju bilik itu. Sehun dan Suho membawa Tiffany ke bilik Suho.

S
K
I
P

"Umin. Tolong belikan Luhan makanan. Boleh tak?" Tanya Luhan.

"Okay." balas Xiumin. Pendek. Terus keluar dari bilik.

Selang beberapa minit kemudian. Xiumin masuk dengan tangan kosong.

"Xiumin. Mana makanan aku. Bukan ke aku suruh beli tadi.?" Tanya Luhan.

"Bila masa pulak kau suruh aku beli?" Tanya Xiumin pula. Pelik.

"Tadi. Baru lepas kau pergi." Balas Luhan.

"Bwo? Baru lepas aku pergi? Aku tak balik bilik pun tadi." Kata Xiumin. Fikir sejenak.

"Biar betul kau ni? Kau dari mana ni?" Tanya Luhan lagi.

"Baru balik joginglah." Balas Xiumin.

"Habis tu kalau ni Xiumin, yang tadi tu sape?" Tanya Luhan pada dirinya sendiri. Terus memandang Xiumin yang muka terkejut.

Bersambung
Pliss vote and comment
Pembaca meningkat tapi vote tak meningkat pon...hahaha bkn nk paksa vote
Suka hati koranglh nak vote ke x eh...tpi klau baik hati votelh

HoTeLWhere stories live. Discover now