BAB 1

748 17 0
                                    

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi Mawar di sekolah barunya yang terletak di ibu kota.Dia berpindah ke sana kerana kenaikan pangkat papanya di sebuah kilang elektronik terkemuka di Malaysia sebagai seorang manager.Sebenarnya Mawar amat lah berat hati untuk meninggalkan sekolah lama nya di Johor.

Mawar terpaksa meninggalkan satu satunya kawan baik yang dia sayang.Semua masalah pasti dikongsi bersama,pasal kena ejek lah,kena marah dengan cikgu lah sebab tak siapkan kerja sekolah.

Kalau korang nak tahu Mawar tu budak nerd dekat sekolah lama dia sebab tu banyak masalah dan tak ramai yang nak berkawan dengan dia.Tapi hakikatnya Mawar ni bukan lah nerd sangat pun cuma masalahnya sekarang cermin mata dia yang besar tu lah yang membuatkan diri dia diberi title 'nerd' dan aksesori sekolahnya pula berkonsepkan pink colour.Aduhai Mawar..mawar..patut lah orang kata kau macam tu.

Namun dia berazam bahawa dia akan mengubah sikapnya menjadi pelajar yang lebih berdisiplin di sekolah baru dan tidak akan memakan sebarang ejekan yang akan diterima nanti.

Loceng sekolah berbunyi tepat jam 7.45 pagi menandakan bermulanya sesi persekolahan.Mawar diletakkan dalam kelas 4 Anggerik kerana mendapat keputusan yang baik semasa PT3.

Sewaktu Mawar melangkah ke tapak perhimpunan,banyak mata yang tertumpu ke arahnya.Ada yang tersenyum dan ada jugak seakan mengata.

"Ishhh..diorang ni jakun ke?tak pernah nampak orang?geram pulak aku dengan diorang ni asyik tengok-tengok.Korek jugak biji mata kang" bisik Mawar.

Tiba-tiba Mawar dikerumun sekumpulan pelajar lelaki."Hai cik adik,cantik cermin mata.Beli dekat mana?" sindir salah seorang pelajar lelaki itu.Ermm mengejek la apa lagi."Btw..cantik lagi cermin mata harry potter tu kalau nak dibandingkan dengan kau,budak nerd."sambung seorang lagi pelajar lelaki,Adam.Dia menolak Mawar sehingga terjatuh selepas mengejeknya.Ketawa mereka bersatu apabila melihat Mawar sudah jatuh terduduk ke tanah.

Mawar menahan airmata yang hampir mengalir.Dia cuba kuatkan semangat.Dia tahu dia tidak boleh menunjukkan kelemahannya di hadapan semua orang.

"Suka hati aku la nak pakai apa pun,ada aku kacau hidup korang?"marah Mawar.Naik turun dadanya menahan amarah.Siapa yang tak sakit hati kalau dimalukan macam tu.Dah la pelajar-pelajar dekat sekeliling dah ketawakan si Mawar.

" Awak jangan layan diorang ni.Nanti tak pasal-pasal awak pun jadi sewel macam diorang."kata seorang pelajar perempuan dibelakangnya.Dia terus menarik tangan Mawar ke tapak perhimpunan untuk berbaris."Awak thanks tau sebab tolong selamatkan saya daripada diorang."kata Mawar.

"Tak de hal lah.Small problem je." kata pelajar perempuan itu sambil memetik jari.Haa riak la tu.Maklumlah baru lepas jadi heroin sekejap.

"Awak student baru ke?tak pernah nampak pun sebelum ni."

"Ha'aa..saya student baru.Saya baru pindah sebab ikut keluarga.Baba saya naik pangkat." jawab Mawar selamba.

Selesai sahaja perhimpunan,mereka berjalan seiringan ke blok tingkatan 4.

"Ehh..lupa pulak nak perkenalkan diri.Nama saya Maria Farisha.Boleh panggil saya Fasha.Nama awak?" kata Fasha sambil menghulurkan tangan.

"Ouh..nama saya Mawar Arisya.Boleh panggil saya Mawar." huluran tangan Fasha disambut dengan senyuman manis.

"Wahh..nama kita macam kembar jer kan?"

"Hahaha..ye la kan.Maria Farisha and Mawar Arisya."

"Awak kelas apa ye?" tanya Fasha lagi.

"Kalau tak silap saya,saya kelas 4 Anggerik."

"Wahh..kebetulan sangat.Kita sama kelas.Nampak gayanya, boleh la kita jadi kawan baik." kata Fasha sambil merangkul bahu Mawar.Tindakan Fasha dibalas dengan senyuman.

******

Mawar dan Fasha melangkah masuk ke dalam kelas dengan bersemangat.Tak sabar rasanya nak belajar.Semua mata yang melihatnya kini dibiarkan sahaja.Lantak la korang nak tengok aku sampai terkeluar biji mata sekalipun,ada aku kesah.Aku tahu lah aku ni tak secantik korang.Mawar dan Fasha mengambil tempat di tempat duduk belakang.

Beberapa minit kemudian,seorang cikgu perempuan masuk ke dalam kelas.Semua murid bangun sebagai tanda penghormatan.

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua" kata cikgu Sarah.

"Waalaikummussalam dan selamat pagi cikgu." sahut semua murid.

"Nama saya cikgu Sarah.Saya cikgu baru yang akan mengajar subjek fizik.Semua boleh duduk."

Terima kasih cikgu

Beberapa saat kemudian...

"Assalamualaikum cikgu,maaf saya lambat,saya ada hal dekat bilik guru tadi cikgu." kata pelajar lelaki itu sambil tercungap-cungap di depan pintu kelas.

"Waalaikumussalam..baiklah kali ni saya maafkan kamu,memandangkan hari ini hari pertama sekolah.Dah kamu boleh duduk."

"Terima kasih cikgu"

Mawar mengelopong melihat lelaki itu."What??mamat annoying tu sekelas dengan aku.arghhhh..tidak"jerit Mawar dalam hati.Kenapa lah selalu malang nasib aku.Mawar memusingkan badan nya ke arah Fasha lalu memegang bahu Fasha untuk memandangnya.

"Awak,dia sekelas dengan kita ke?kenapa mesti kelas ni?Dah tu macam mana saya nanti?mesti dia buli saya puas-puas." bertalu-talu soalan yang terpacul dari bibir Mawar.Dia berkata sambil memegang kedua-dua belah pipinya.

"Alaa..rileks lah,selagi ada saya si Adam tu takkan berani punya buli atau ejek awak." kata Fasha sambil menuding jari ke arah Adam.

Mawar menghadap kembali ke arah depan untuk memberi fokus kepada cikgu Sarah yang sedang mengajar.Mawar melihat Adam sepintas lalu.

"Ouh..nama kau adam rupanya.Sedap nama tu.Btw boleh tahan handsome jugak ye kau tu." bisik kata hatinya.Mawar tersenyum sorang-sorang sambil membetulkan kedudukan cermin matanya yang senget.Kau ni kuat berangan la Mawar.Kau ingat dia nak kat kau ke?.

Ehh..Mawar wakeup.Orang macam tu kau cakap handsome.Ehh beruk atuk kau kat kampung tu lagi handsome daripada dia okey!Mawar menampar-nampar pipinya.

Fasha hanya tersenyum sambil menggeleng kepala melihat telatah Mawar."Ada-ada je kau ni Mawar.Berangan la tu."kata Fasha dalam hati.

Cinta Diam-diam?Where stories live. Discover now