BAB 3

361 12 0
                                    

Mawar mengayuh basikal sambil menyanyi girang menuju ke sekolah.

Adam turut mengayuh basikal di belakang Mawar namun tidak disedari sama sekali oleh si Mawar ni.Kalau boleh menyanyi memang tak ingat dunia.Entah-entah dah lepas galaxy agaknya berangan dia tu.Adam mengayuh basikalnya menuju ke sebelah kiri Mawar.Ada la agenda nak dibuatnya tu."Ouhh..bahagia yer kau Mawar..Hahaha.Tunggu kau."kata Adam dalam hati.Bibirnya dah tersenyum senget sambil keningnya diangkat ala-ala artis Ziana Zain gitu.

"Woiii!bahagia nampak." jerit Adam tiba-tiba.

"Opocot mak kau terjatuh." latah Mawar.Anak mak mesti ikut perangai mak.Melatah.Tak semena-mena Mawar terjatuh.Terkejut punya pasal.Hishh mamat ni pun satu la tak boleh tengok aku bahagia sikit ke?potong line betul lah.Mawar dah mengaduh sakit akibat luka di tapak tangannya yang pedih.Dia meniup luka tersebut.Nak dijadikan cerita pulak ada la sorang hamba Allah ni nampak kejadian tu.Dia terus pergi kepada Mawar untuk menolong.

"Woi kau ni dah kenapa tiba-tiba kacau aku.Aku tak ganggu hidup kau pun kan?"jerkah Mawar kepada Adam.Tak boleh tengok orang senang sikit.

" Ops..sorry!Aku blah dulu.Byee."meleret bye si Adam ni.Dia mengayuh ke sekolah kembali tanpa menghiraukan Mawar.Muka tu selamba badak jer.Tak ada rasa bersalah langsung.

"Aku tak habis cakap lagi la bongok."turun naik turun naik dada Mawar selepas melepaskan kata-katanya dengan nada yang teramat marah.Ada ke patut blah macam tu jer mamat ni.

" Awak tak apa-apa ke?"tanya lelaki tadi penuh prihatin.

Mawar memanggung kepala lalu melihat ke wajah lelaki itu."Aduhai,handsomenya.Cair aku dibuatnya.Hidung dia mulut dia.."Haa Mawar mula dah berangan kau tu.

"Awak!awak!" panggil lelaki itu sambil memetik jarinya berkali-kali di hadapan muka Mawar.

Berterabur lamunan Mawar sebentar tadi."Aduh..malunya.Tu la kau Mawar berangan tak bertempat.Padan muka"gerutu hati Mawar.Banyak sangat baca novel cinta sebab tu la kuat berangan.

"Err..err..a awak tannya a apa tadi?tergagap-gagap Mawar bertanya.

" Awak tak apa-apa ke?"berkerut dahi lelaki itu.Pelik la perempuan depan aku ni.Boleh pulak berangan kat tepi jalan ni.

"Ouh tak apa.Luka sikit jer.Mawar terus bangun lantas mengangkat basikalnya yang terjatuh.Baru sahaja nak mengangkat lelaki itu dah mempelawa diri untuk membantu.Dia menarik basikal Mawar ke sisinya lalu menuntun perlahan.

" Tak apa la.Saya tolong tuntun basikal awak ni"kata lelaki itu sambil tersenyum.

Terima kasih.Perkataan itu jer yang mampu keluar dari bibir Mawar.Jantungnya berdegup laju ketika itu.Hanya Allah sahaja yang tahu.Terpaku Mawar dengan senyuman lelaki itu.Pasti semua perempuan yang memandang akan cair melihat senyuman manis itu.

Mereka berjalan seiring menuju ke kawasan sekolah.

"Awak kita belum berkenalan kan?" lelaki itu memulakan bicara selepas beberapa minit mereka mendiamkan diri.

"Nama saya Farid Hakimi.Panggil Farid jer.Saya tingkatan lima,5 Baiduri.Awak pulak?"

"Saya Mawar Arisya.Boleh panggil Mawar.Saya form 4 kelas 4 Anggerik.Saya budak baru kat sekolah ni.Baru seminggu pindah kat sini."

"Ouh..sedap nama awak macam bunga." usik Farid.Dah macam lama kenal pulak.Padahal baru tadi jer kenal.Ramah terlebih si Farid ni.Mawar hanya ketawa geli hati.

******

"Wah Mawar.Untung la kawan baik aku ni."tegur Fasha semasa Mawar sedang melangkah menuju ke library.

" Err..kenapa pulak untung?"tanya Mawar.Pelik dengan kata-kata Fasha.

"Ya la untung sebab dapat jalan dengan jejaka pujaan gadis-gadis kat sekolah ni.Kau tahu tak dia atlet sukan kat sekolah kita.Famous kot.Handsome pulak tu.Siapa tak nak kalau dapat jalan tepi dia.Lagi satu,dia tu tak layan mana-mana perempuan yang menggatal dengan dia sebab dia frust menonggeng dengan ex dia Lina tahun lepas.Kesian aku tengok dia.Kalau aku jadi Lina,aku takkan tinggalkan si Farid yang handsome lagi sado tu.Giler la kalau tak nak.Kau kira untung la sebab dapat layanan istimewa daripada dia." terang Fasha panjang lebar.

"La ya ke?Aku tak tahu pun." Mawar buat muka toya.Dia terus berjalan ke library meninggalkan Fasha di belakang.

"What?Bukan main panjang lagi aku cakap.Boleh buat karangan kau tau ark?itu jer kau balas.Buat habis air liur aku jer." bebel Mawar.

Mawar..Mawar.Kau dengar tak aku cakap ni.Fasha mencari kelibat Mawar."Ouh..kau tinggal aku ye."

"Wei..tunggu lah aku." Fasha mengejar Mawar dari belakang.

"Mawar kau tinggal aku kenapa?dah macam orang tak siuman dah aku kat situ cakap sorang-sorang."

"Saja,malas nak layan mulut murai kau yang mengalahkan atok aku bila bercakap..pot pet pot pet.Kau kalau sehari tak membebel tak boleh ke?Dah macam radio buruk aku tengok.Hahaha." terburai keluar ketawa si Mawar dari mulutnya.Seronok dapat menyakat Fasha.

"Hishh..kau ni.Merajuk la kalau macam ni" Fasha dah menarik muncung.

"Dah.Tak payah nak merajuk sangat.Dah macam itik aku tengok mulut kau tu.Jom pergi library.Karang habis waktu rehat kempunan aku sebab tak dapat baca buku." sakat Mawar lagi.

******

Mawar dan Fasha berjalan seiringan ke pagar sekolah.Dah tamat waktu persekolahan untuk sesi pagi hari ni.

"Err..Mawar!" panggil Farid dari belakang."Dah nak balik ke?"

"Ya.Kami dah nak balik.Awak tak balik lagi?"

Saya tunggu awak.Bagai terbang di langit biru lagaknya si Mawar ni.Tiba-tiba jer cakap macam tu.Terkejut la apa lagi kan.Tak malu ke Farid ni nak jalan tepi aku.Aku sedar siapa aku.Aku kan nerd memang tak layak jalan sebelah orang handsome ni.

"Err..Farid?kenalkan ni Fasha.Kawan baik saya." cepat-cepat Mawar tukar topik.Nak sembunyi gelabah.

Farid tersenyum ke arah Fasha.Kini,tiba giliran Fasha pulak terbang ke langit biru."Korang..aku balik dulu la.Daddy aku dah tunggu kat luar tu."Fasha memberi ruang kepada mereka untuk berbicara.Saja tak nak kacau.

"Fashaa!jangan tinggal aku.'rintih hati Mawar.Fasha saja nak kenakan dia.Dah la dia berdebar-debar kalau jalan sebelah abang handsome ni.

" Okey bye"sahut Mawar dan Farid seiring.Perhh..cakap pun sama-sama.Mereka saling berpandangan.

Fasha dah ketawa terbahak-bahak melihat muka mereka.Haha so funny muka kau Mawar.

"Jom la balik.Tadi kata nak balik sekali kan." Mawar menampar mulutnya berkali-kali."Aduhh kenapa terlepas pulak.Kalau boleh aku nak elak daripada dia tapi dah terlambat.Tu la becok sangat mulut kau."kata-kata itu hanya bergema di hati Mawar.

Farid gembira mendengar Mawar berkata begitu.Mereka berjalan bersama sebelum berpisah di simpang empat di hadapan Taman Sentosa di mana rumah Farid terletak.Taman Farid tak jauh pun dari sekolah.Kira-kira 10 minit berjalan dah sampai.Patutlah Farid jalan kaki ke sekolah.Rupanya dekat je dengan sekolah.

Cinta Diam-diam?Where stories live. Discover now