BAB 16

227 5 4
                                    

Jam loceng Mawar berbunyi kuat menyebabkan dia terjaga dari lena.Mawar membuka kelopak mata perlahan-lahan dan berkedip beberapa kali sebelum menilik jam.Baru 6 pagi.Tidur dulu.Mawar sambung tidur dalam keadaan separuh mamai.Eh,kejap.Apa?pukul 6 pagi?alamak mampus--aku dah lewat.

Mawar menyegerakan pergerakan untuk bersiap ke sekolah."Aduh,tak jadual buku lagi.Gasak je lah."Mawar mengambil beberapa buah buku yang berada di atas meja belajar lalu memasukkan ke dalam beg sekolah.

"Opss,cermin mata.Ini penting.Tak boleh lupa."Mawar tersenyum sendiri di depan cermin.

Mawar kelam kabut menyarung stoking sambil berjalan ke meja makan."Arghh,sakitnya.."Mawar mengaduh sakit apabila kakinya tersepak kaki meja.Alahai,jalan tak tengok dunia.

"Chacha,kenapa ni?"

"Meja ni umi dia buat Chacha tersadung."Adu Mawar kepada Puan Aminah.

"Lain kali pakai stoking duduk elok-elok.Bukan jalan ikut suka je.Habis okey tak?Umi minta baba tolong hantarkan."Umi membelek kaki aku.Automatik aku melarikan kaki aku akibat sentuhan tangan umi.Aku mengaduh lagi.

"Kaki Chacha bengkak ni.Tak payah pergi sekolah lah.Nanti melarat."

Sanggupkah nak ponteng.Mesti Fasha bebel gila kalau tak pergi sekolah.

"Umi,mana boleh.Chacha kena pergi juga.Kaki ni sakit sikit je.Masih boleh berjalan."

"Betul ke ni?"Umi berasa sangsi.

"Betul..anak umi sado kan?no matter lah umi."

"Sini..umi sapukan minyak.Biar berkurangan sakitnya."Umi memapah aku ke kerusi.Kaki aku diangkat dan dilunjurkan.Umi memang caring.Aku membuka stoking membenarkan umi menyapu minyak urut.

"Chacha pergi sekolah dengan baba.Umi panggilkan baba kejap.Dah pergi masuk kereta."

******

"Chacha,betul ni okey?jangan paksa kalau Chacha sakit."

"Tak apa.Baba jangan risau.Pandailah Chacha jaga diri--Chacha minta diri dulu.Lewat dah ni."Aku bersalam dengan baba seraya menggalas beg turun dari kereta.

'Apa nak buat ni.Selipar yang aku pakai.Jalan terdengkot pulak.Kalau cikgu disiplin nampak macam mana.'

"Mawar.."Namanya diseru dari belakang.Dah panggil dah..sah nak denda aku ni.Langgar peraturan sekolah.

Aku berpaling menghadap sang pemanggil.Cikgu Halim.Cikgu paling garang di sekolah Mawar."Kenapa pakai selipar?ingat ini sekolah bapak kamu?sesuka hati langgar peraturan sekolah."ujar cikgu Halim tegas.Mak aihh..takutnya.Mawar terus menunduk."Saya..saya sakit kaki cikgu.."Jawapan jujur lagi benar dari anak muridmu.

"Peraturan sekolah tetap kena patuh.Setiap hari perlu berpakaian lengkap ke sekolah.Bukan macam ni cara pakainya.Kamu ingat nak pergi market beli ikan ke?"tengking cikgu Halim.Mawar apa lagi.Kecut perut dibuatnya.Nak sahaja dia tengking cikgu balik tapi pelajar kena hormat.Dilarang tengking cikgu.Ilmu tak berkat.

"Maaf..cikg.."Aku melihat ada beberapa pelajar junior memerhati aku dimarahi dengan cikgu disiplin.Malu siot.Jatuh imej akak.Tak pernah kena macam ni.

"Sudah..turun 20 kali."

Mawar blur."Turun apa cikgu.."Namun masih berani bertanya.Persoalan Mawar menimbulkan kelucuan.Ketawa timbul daripada setiap pelajar yang berada di situ tetapi masih dikawal.

"Ketuk ketampi.."jerit cikgu Halim.

Tak payah pekik kuat-kuat cikgu.Gegendang telinga saya masih berfungsi.

"Baik cikgu.."

"Sudah..Masuk kelas sekarang."

Lepas satu,satu bala yang datang.Kaki tersadung.Kena denda dengan cikgu disiplin.Tak apa baru dua.'Malam tadi punya pasal aku dah lupa preparation untuk sekolah hari ni.'Baru semalam hari bahagia tup tup hari ni terbalik.

"Kenapa monyok?tikus peliharaan kau mati ke?"Apa punya lawak Fasha ni.Bila pula aku bela tikus.Nak pegang pun geli inikan pula bela.

"Apa kau ni?sebab lain lah.."Pensel dibelek dan ditilik.

"Apasal?"

"Aku kena denda dengan cikgu Halim.Aku bukan bunuh orang ke apa sampai dia nak marah macam tu.."protes Mawar.Belakang je berani.Depan?faham-fahamlah.

"Kau buat apa?"

"Sebenarnya,kaki aku tersadung.Entah macam mana boleh pulak dia bengkak.Aku apalagi benda ni aku sarung.Takut kaki bentan."

"Patutlah dia marah.Tapi kesian kau.Tak patut tak patut."Fasha menggeleng beberapa kali."kan?Aku tak faham betul.Langsung tak prihatin pada aku."

"Kau patut bersyukur dia tak jemur kau tengah padang.Kira nak bagi warning je tu."Macam dah pernah kena denda Fasha ni.Professional sangat nasihat orang bagai."Alhamdulillah.."

"Eh,apa cerita semalam call aku tak angkat?"

"Tak sengaja..ada tetamu datang rumah."

"Hantar rombongan meminang?"tebak Fasha.

"Kau rasa rehat nanti nak makan nasi ke nak makan tapak kasut aku.Dia haus tau.Kau nak?"Banyak merepek dia ni.

"Sorry..sorry..gurau sikit tak boleh."

Gurau tak kena time."Siapa?"

"Kalau aku cakap nanti kau kecoh."

"Tak..tak ada..aku tak kecoh.Janji."

"Sini.."Mawar mula berbisik."Betul ke?"Satu kelas tertoleh melihat mereka."Shhh,kan aku cakap jangan kecoh."

"Aku tak sengaja.Terkeluar..habis dia macam mana?"

"Macam mana apa..aku buat bodoh je dengan dia.Kau nak tahu?sempat pula dia perlekeh jam aku ni.Dia cakap jam murah.Kau rasa patut ke?"

"Tak patut tak patut..mengikut kajian aku si Adam ni dah hampir sewel.Terlalu taksub buli orang.Stress sangat kot."

"Penyelidik tak bertamadun kau ni.Apa punya teori kau keluarkan entah.Sabor je lah."

"Masih logik kan..tapi cakap pasal Adam mana dia pergi?tak pula aku nampak dia.Tak datang kot."

Mawar tertoleh mencari Adam."Tandas agaknya.."

"Sah sewel mamat ni.Meroyan dalam tandas lah tu.Tak dapat makan biskut yaya.."

"Kau demam ke?merepek kuat sangat.Dah nanti cikgu masuk baca buku tu.Malas layan kau."Mawar membuka helaian buku yang baru belajar pada sesi pembelajaran lepas.

******

Adam terlebih dahulu masuk ke dalam kelas sebelum cikgu Sue"Assalamualaikum..selamat pagi."kata cikgu Sue,cikgu yang mengajar subjek biologi.Guru yang sentiasa tegas tetapi kekadang supporting juga.

Semua murid menjawab salam."Keluarkan buku teks.Siapa tak bawa berdiri luar kelas."ujar cikgu Sue tegas.

'Jangan buat hal.Bala..bala.'

"Mawar,mana buku kamu?"

"Tak bawa cikgu.."

"Bagus..keluar"jerit cikgu Sue.

Kenapa cikgu-cikgu hari ni?tertelan mikrofon ke atau memang hobi test suara nak jadi 'hulk'.

"Siapa lagi tak bawa?"

"Saya.."salah seorang pelajar mengangkat tangan.

Idea tak ada..so..semakin merapu.Tengah boring sebab tu type cerita ni.Vote/comment dialu-alukan.

Cinta Diam-diam?Where stories live. Discover now