BAB 5

335 11 0
                                    

      "Assalamualaikum dan selamat pagi semua."kata cikgu Badrul.

" Waalaikumsalam dan selamat pagi cikgu"jawab semua murid.

"Ok..semua boleh duduk.Sebelum saya mengajar,saya nak sampaikan suatu perkara bahawa sekolah kita akan mengadakan hari sukan balapan dan padang pada minggu depan.Saya harap kamu semua akan melibatkan diri dalam acara yang dipertanding.Kalau ada sesiapa yang berminat untuk menyertai acara,boleh bagi nama kepada saya di bilik guru selewat-lewatnya esok.Jangan lupa petang ni ada latihan sukan pukul 4.Semua pelajar diwajibkan hadir.Sesiapa yang tidak hadir akan dikenakan tindakan.Faham!" terang cikgu Badrul dengan tegas.

"Faham cikgu." jawab semua murid kecuali Mawar.

Mawar malas nak fikir pasal sukan ni.Dia tak berminat langsung untuk sertai.Kalau ada pertandingan menulis cerpen ke,menyanyi ke boleh la.Bagi Mawar sukan ni mana-mana boleh buat.Kat rumah pun boleh bersukan.Sejak dari sekolah rendah lagi si Mawar ni memang tak hebat dalam kokurikulum.Jadi tukang sorak jer mampu.Hahaha.

"Aduh..ni yang leceh ni.Malas la aku nak masuk." bentak hati Mawar.

Setengah jam kemudian,cikgu Badrul keluar setelah memberi salam.Waktu mengajarnya sudah habis.

"Mawar!kau nak masuk tak?" tanya Fasha.

"Masuk apa?" jawab Mawar dengan menunjukkan muka blurnya itu.

"Masuk acara untuk hari sukan nanti la.Ehh..kalau aku la kan,aku nak masuk.Cuba nasib.Kau tahu tak aku ni dari dulu memang champion kalau bab-bab lari berpagar,lari bermeter-meter tu.Aku pernah menang pingat juara lari 100 meter perempuan bawah 12 tahun tau dulu." kata Fasha bangga.Ceh..masuk bakul angkat sendiri.Sekolah rendah dulu boleh la kau champion.Sekarang?

"Ouh.." kata Mawar tersangat ringkas.

"Wei Mawar!Aku cakap panjang lebar tadi,ouh jer yang kau balas.Sengal punya kawan"bengang Fasha dibuatnya.

" Hehehe..habis aku nak jawab apa?kalau aku jawab tahniah wahai kawanku yang comel sebab berjaya meraih gelaran juara sewaktu di sekolah rendah dahulu.Haa..macam tu.Nanti tak pasal-pasal tersengih macam kerang busuk.Kau kan pantang dipuji."Mawar ketawa berdekah-dekah apabila melihat muka Fasha bertukar menjadi merah padam.

"Hish.Kau ni kan.Huh merajuk la aku" Fasha menarik muncung sambil memeluk tubuh.

Mawar berhenti ketawa.Dia memandang Fasha."Pelik la si Fasha ni tak pernah-pernah merajuk.Haha ini kelakar."kata Mawar dalam hati.

"Alololo..dah tak payah merajuk macam tu.Kau yang kasar macam ni pun tahu merajuk ke?kelakar kau tahu ark." sindir Mawar.

Malas nak layan si Mawar sorang ni."Wei babe..kau datang tak petang ni?"

"Ermm..terpaksalah aku datang walaupun malas."

"Hahahaha.." kini Fasha kembali mentertawakan Mawar.Lawak tengok muka Mawar yang blur tu.

Namun,ada saja mata yang tidak senang melihat Mawar bahagia.Siapa lagi kalau bukan Adam Haikal,gangster sekolah kononnya.Ada lah tu idea jahat yang menerjah fikirannya.

"Wei bro..kau tolong aku boleh tak?" bisik Adam kepada Hafiz,kawan yang sekepala dengan Adam.

"Tolong apa bro?"

"Macam ni,waktu rehat nanti..." Adam membisik idea jahatnya ke telinga Hafiz.Asyik benar Hafiz mendengar.Sekejap tersenyum sekejap ketawa.

"Amacam bro..cun ark idea gua"

"Perh..cenggini bro" Hafiz menunjukkan jari *good*ke arah Adam.

"Hahaha..siap kau Mawar aku kerjakan." Adam mengusap dagunya yang licin tanpa sehelai janggut.

******

Waktu rehat tiba,

"Wei bro..kau berdiri kat pintu.Jaga line.Kalau ada sapa-sapa lalu bagitau aku."

"Rileks la bro.Ini Hafiz la.Semua kerja gerenti perfect." Hafiz mendabik dada tanda bangga.

"Dah.Tak payah nak bangga sangat.Baru buat kerja sikit,nak bangga." sindir Adam.

Adam lantas mengeluarkan satu bungkusan dari poket seluarnya.Dia membuka bungkusan itu lalu menuang isinya ke dalam beg Mawar.

"Wei cepat bro.Pengawas datang tu!" Hafiz mengadu kepada Adam.

Zip beg Mawar ditarik seperti asal.Adam berlalu dari kelas dengan siulan.Hafiz membontoti Adam dengan tangan yang diseluk ke dalam poket seluarnya.Mereka keluar dengan selamba badak.Takut terbongkar kena lah pandai coverline.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis.Semua pelajar naik ke kelas masing-masing.Mawar dan Fasha berjalan sambil bersembang rancak.Adam dan Hafiz yang sudah lama duduk di kerusi melihat Mawar dengan senyuman sinis.

Mawar sempat menjeling ke arah Adam.Dia tahu sangat dengan senyuman tu."Mesti nak kenakan aku ni"gerutu Mawar dalam hati.Namun dia biarkan sahaja sangkaannya kepada Adam.Lantak lah kau.Aku dah lali lah.

Mawar dan Fasha duduk di tempat masing-masing.Cikgu Mia melangkah masuk dengan senyuman yang manis.Dia meletakkan buku-buku yang dibawa di atas meja guru.

"Bangun!"Ketua kelas mula memberi arahan kepada semua murid kelasnya.

"Selamat pagi semua"kata cikgu Mia.

" Selamat pagi cikgu"sahut semua murid.

"Semua boleh duduk dan keluarkan buku teks sivik."

Tiba-tiba...

"Opocot..Arghhh..mak katak puru katak pisang." jerit Mawar namun masih terselit latahnya.Mawar menggelabah melihat katak yang berada di tangannya.Dia melompat beberapa kali.Dia memang takut apabila melihat katak yang berada dekat di hadapannya.Lainlah kalau jauh tak takut sangat.

Adam dan Hafiz sudah berlaga tapak tangan.Kononnya,berjaya lah tu rancangan jahat diorang.Semua pelajar kecuali Fasha dah pun ketawa terbahak-bahak melihat drama yang dimainkan oleh Mawar.Lagi-lagi Adam dan Hafiz gelak macam nak pecah perut.

Beberapa saat kemudian,ketawa mereka semua terhenti.Semua mata tertumpu pada sekujur tubuh yang terbaring kaku.Mawar pengsan.Memang dari kecil lagi dia pasti akan pengsan kalau dalam ketakutan.

Cikgu Mia menghampiri Mawar.Dia memanggil Mawar berkali-kali tetapi tiada sahutan.Fasha pula menggoncang perlahan tubuh Mawar namun sama,tiada tindakbalas.

Kini,rasa bersalah mula menyelubungi diri Adam.Dia kasihan melihat Mawar yang sudah pengsan.

"Fasha,cepat tolong cikgu papah Mawar pergi bilik rawatan." arah cikgu Mia.Dia risau akan keadaan anak muridnya itu.

Fasha mengangguk setuju.Mereka memapah Mawar ke bilik rawatan.Adam dan Hafiz berlalu keluar dari kelas menuju ke tandas lelaki.

"Adam,aku rasa apa yang kita buat ni salah la.Aku tak sangka pulak sampai macam ni jadinya."kata Hafiz dengan nada yang risau.

"Alamak bro..kau macam lah tak biasa buat kerja jahat ni.Lagipun buat apa kau nak risau.Aku yang empunya idea pun tak risau,ni kau pulak yang melebih.Pehal"

"Kau tu yang pehal." jerkah Hafiz sambil menolak tubuh Adam.

"So,lepas ni aku dah tak nak terlibat dengan kerja macam ni.Kalau terjadi apa-apa dekat budak nerd tu.Aku tak akan tanggung and kau jangan sesekali nak ungkit nama aku.Faham."Hafiz mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum memberi amaran.

" Wei bro,kau dah terlibat pun.So sekarang kau tak nak tanggung.Woww senang kau cakap ya."kini giliran Adam pulak yang menolak Hafiz.Adam pun tak nak mengalah begitu saja.

"Enough Adam enough.You are too much.Bawak bawak bertaubat la Adam.Kau sekarang dah tak macam dulu.Kau dah berubah.Mana Adam yang dulu,yang ceria,baik dan suka bergurau."

"Dah lah Adam,aku dah malas lah nak layan kau.Aku dah tak sanggup.Muak aku dengan perangai kau." luah isi hati Hafiz.Dia melangkah keluar dari tandas dengan tenang.Kata-katanya mampu membuatkan hati Adam tersentuh.Adam tergamam.Dia berfikir sejenak apa yang diluahkan oleh Hafiz.

Cinta Diam-diam?Where stories live. Discover now