BAB 15

226 5 0
                                    

"Min,mana anak dara kamu?tak nampak pun dari tadi?"tanya Nek Aisyah.Keterujaan terselit pada wajahnya.Namun,Adam sebaliknya.Dia sudah bosan.

Bila nak balik ni?nak tidur sini terus ke apa?

"Allah,terlupa pula.Akak makan dulu Min pergi panggil dia kejap."Nek Aishah hanya mengangguk.

"Ambil lauk ni kak.Jangan malu-malu.Nasi banyak lagi dekat dapur."pelawa Baba.

"Adam,kenapa diam?"Adam bagaikan hendak tercekik tulang.Tiba-tiba sahaja namanya disebut.Nek Aishah yang duduk bersebelahan Adam menyentuh kaki Adam apabila menyedari persoalan Baba Mawar tidak dijawab.

Alamak nenek dah jegilkan mata!Mahu kiamat dunia kalau tak bagi response.

"Sedap sangat Auntie Min masak.Sebab tu Adam tak terkata."Adam tersengih.

"Chacha,jom turun.Kawan mama nak jumpa Chacha tu."Mawar membelek cermin matanya lalu ditiup dan disarungkan ke muka.Perfect."Iya,kejap ya Umi.Chacha keluar sekarang."

Eh,mana pula jam aku ni?tadi bukan ada dekat sini ke?takkan hilang pula.

"Okey Umi.Jom."Mawar hanya mengenakan tudung selendang berwarna hitam yang dililit dengan simple.Baju pula cukuplah sekadar berlengan panjang dan berseluar tracsuit.Asalkan aurat terjaga.

Bukan nak pergi mana pun.Duduk rumah je.

Mawar seakan terkejut.Mahu sahaja dia melompat setelah mengetahui siapa tetamu istimewanya itu.Namun,masih boleh dikawal perasaannya.

Seronok memang seronok tapi yang dekat sebelah tu.Spoil betul.'Apasal dia datang sekali?'Mawar menjeling Adam.Sikit pun tak ingin nak tengok muka dia.

"Lah,Mawar ke?Kecil betul dunia ni.Tak sangka Mawar ni anak Min."Nek Aishah teruja.Mawar pula bersalam dengan Nek Aishah penuh hormat.

"Eh,dah kenal rupanya."

"Baru juga kenal nenek Umi."Mawar mengambil tempat duduk betul-betul depan Adam.

'So,kau lagi.Mana je tempat aku tak jumpa kau hah?'Adam mengomel.Dalam kebencian dia tidak boleh salahkan nenek kerana berkawan dengan mak Mawar.Sudah takdir.

Mawar Arisya seorang gadis yang dibenci namun bukan benci sangat sampai tahap nak bunuh ke apa.

'Arghh,kau rupanya.Apasal muka kau juga yang selalu ada depan mata aku?Aku benci kau...Adam Haikal.'Mereka bertentang mata.Bagaikan ada api yang.sedang membakar di dalam mata masing-masing.

"Mawar apa khabar?" Soalan dari Nek Aishah mematikan babak renungan maut antara Mawar dan Adam.Terima kasih kepada nenek.Tak kuasa nak hadap muka poyo gangster cabok ni.

"Mawar sihat je Nek..nenek apa khabar?"mata Mawar dialihkan ke arah Nek Aishah.Mawar mempamerkan senyum.Cukup manis untuk membuatkan sesiapa yang memandangnya terpesona.

Adam masih merenung Mawar penuh rasa kebencian.

******

"Kau cari ini ya?"Adam menunjukkan sesuatu di tangannya.

"Mana awak dapat?"Mawar hairan.

"Kalau dah pelupa tu pelupa juga."Adam menyindir.

"Bagi balik dekat saya.Awak tak layak nak pegang barang saya."Mawar sama naik melenting.Namun,dikawal suaranya supaya yang lain tidak mendengarnya.Mereka masih di dapur untuk berkemas.

"Kau nak sangat?jam tangan warna merah jambu."Adam menggeleng.

Apa hina sangat ke jam aku ni hah?okey apa warna merah jambu kan lembut dan sesuai untuk orang perempuan.Lainlah kalau kau yang pakai warna ni.Baru pelik.

"Bagi balik lah."

"Aku pun tak ingin nak pegang jam kau yang murah ni.."Adam memulangkan jam kepada Mawar.

Tak sudi konon.Yang kau pegang tadi tu apa?

"Motif ? Hanya nak hina aku kan?aku dah masak perangai kau Adam.Sikit pun aku tak heran."Mawar membisik.Cukup hanya dia yang dengar.

Tak apa Mawar.Sabar.Ada ubi ada batas,ada hari aku tanam ubi banyak-banyak.Kau tunggu lah.Gadis macam aku pun boleh tunjuk psiko tau.

"Min,terima kasih sebab jemput akak datang.Sedap Min masak."

"Alah akak ni.Biasa-biasa je."Umi yang pantang dipuji terus tersipu malu.Umi pula pelawa Nek Aishah supaya bertandang ke rumahnya lagi.

"Mawar.Nanti ada masa datang rumah nenek lagi.Ajak mak dengan ayah sekali."

"Insya-Allah Nek.."

Adam dengan muka minta penumbuk tu dah jalan jauh keluar.

Tak apa lagi cepat kau balik lagi senang hidup aku.Sombong.Annoying gila tahu?

******

"Chacha..."panggil Umi.Aku dipinta duduk di sebelahnya.

Umi,orang ngantuk ni.Huahuahua.

"Chacha,kenapa Adam tu Umi tengok pelik semacam je.."

Ini kesempatan emas.Kutuk habis-habisan.

"Dia memang macam tu Umi.Kalau dekat sekolah dia lah bapa segala bapa singa.Garang mak nenek.Bila depan kita tahu pula nak jadi diam.Alim-alim kambing berjanggut orang kata.."

"Tak mungkin.Umi tengok baik budaknya."

Semua tu plastik je Umi.

Mawar bagai hendak muntah mendengar tutur bicara Umi.Dia menghambur tawa.

"Berlakon Umi..dah lah Chacha masuk tidur dulu."Mawar mempamit diri.

Namun,sempat dia mencuit pinggang Umi.Apalagi melatah lah.

Suka bebenor menyakat Umi dia.





Update lagi..tapi tak panjang
Tak apa lah..:-)

Cinta Diam-diam?Where stories live. Discover now