Mawar tiba di rumah dengan wajah yang masam mencuka.Wajahnya tidak ceria seperti selalu kerana masih tergamam dengan peristiwa yang menimpa dirinya.Dia tidak menyangka bahawa perkara tersebut berlaku padanya.Siapa sangka "malang tidak berbau".
Salam tidak diberi semasa dia melangkah masuk ke dalam rumah.Umi dan baba yang berada di halaman dipandang sepi tanpa teguran.Dia mengatur lemah langkahnya ke bilik tidur.
"Abang kenapa dengan anak kita tu ya?Biasanya tak macam tu.Paling tidak pun mesti beri salam pada kita.Ini tidak monyok je muka.Risau la saya bang"kerja Puan Aminah yang sedang menanam pokok bunga terus tergendala.Begitu juga dengan Encik Saiful.Chacha dilihat oleh mereka.
"Letih dengan sukan dia lah tu.Nanti rehat lepastu makan ok lah.Tak payah risau sangat lah.Chacha dah besar panjang.Ada masalah mesti dia boleh selesaikan sendiri.
"Abang ni cuba ambil berat sikit dengan anak.Chacha tu satu-satunya anak perempuan kita.Jadi,kita kena jaga dia dengan sepenuh kasih sayang.Kalau dia ada masalah kita tanya apa masalah dia.Macam tu"
Sememangnya naluri seorang ibu ni kuat.Mereka tahu bila anak-anak itu sedih ditimpa masalah ataupun sedang gembira.Namun,mereka tidak meluahkannya kepada itu.Jadi,dengan risau lah ia dapat menggambarkan apa yang terbuku dalam hati mereka.
"Nanti awak pergi tanya dengan Chacha sendiri" suruh Encik Saiful lalu meneguk secawan kopi.
"Baiklah.Nanti malam saya tanya"
******
Puan Aminah mengetuk pintu bilik Mawar berkali-kali namun tiada sebarang sahutan.Semakin risau dibuatnya."Chacha!Jom turun makan nak.Umi ada masak makanan kegemaran Chacha.Sedap tau.Buka lah pintu ni.Senyap je anak umi dari tadi.Kenapa?Chacha ada masalah ke.Cerita lah dengan umi.Jangan diam je."malangnya seperti tadi tiada sebarang sahutan.
"Abang!Abang!sini kejap"laung Puan Aminah dari tingkat atas.
"Ada apa terpekik panggil abang ni?"
"Chacha ni abang.Dari tadi lagi Min panggil tak menyahut pun.Risau saya dibuatnya."
"Kalau macam tu awak pergi ambil kunci pendua cepat." mereka berdua hairan dengan Mawar.Selalunya,tingkah laku anak mereka tidak seperti itu.Mereka menganggap ada sesuatu terjadi kepada Mawar.
Selepas pintu dikuak,alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Mawar terkulai kaku di sebelah katil.Wajahnya ketika itu sangat pucat.
"Abang panasnya badan Chacha.Demam panas ni."
"Dah awak pergi cepat ambil apa yang patut.Kita pergi hospital sekarang."Tanpa melengahkan masa,Encik Saiful mencempung Chacha lalu dibawa ke kereta.Mereka bertiga pergi ke hospital dengan kadar segera.
******
"Umi!Baba!macam mana keadaan Chacha sekarang?"tanya Ash yang baru sahaja tiba selepas dihubungi oleh Babanya."Dia okay.Cuma kena banyakkan berehat lepastu makan antibiotik sampai habis."
"Alhamdulillah"
"Kamu pergi mana Ash?Sekarang baru nampak batang hidung.Lagi satu kenapa kamu biar adik kamu tu balik jalan kaki sorang-sorang ke rumah?"soal umi.
"Ash minta maaf umi..baba.Tadi Ash ada hal penting dengan Sham."muka bersalah dipamerkan.
"Kenapa?kawan lebih penting dibandingkan dengan adik kamu?Sampai dia sakit macam tu sekarang baru kamu muncul."marah baba.Sungguh emosinya ketika itu tidak stabil.Beginilah jadinya jika emosi menguasai diri.Asyik nak marah je.
"Bukan macam tu baba.Ash.."
"Apa alasan yang kamu nak bagi baba dengar?"
"Dah la tu abang.Ini hospital.Malu lah kalau dilihat dek orang.Nanti diorang cakap kita tak hormat peraturan hospital."
"Ya Allah,Astagfirullahalazim."
Encik Saiful meraup muka.Ash terdiam.Dia mengakui kesilapannya yang cuai.Namun,apa yang sudah berlaku tidak boleh kembali lagi.Hanya boleh dibaiki.
"Chacha!anak umi dah sedar"Puan Aminah tersenyum tipis begitu juga dengan Ash dan babanya.
"Chacha dekat ma..mana ni?"Suara serak basah Mawar kedengaran.Kepalanya berasa sangat pening.
"Chacha dekat hospital.Tadi chacha pengsan.Sebab tu kami bawa Chacha ke sini?"
"Chacha!abang minta maaf sebab tak jemput Chacha tadi."Ash pula bersuara.
"Tak apa.Chacha faham."Bibirnya mengukir senyuman.
"Chacha.."belum sempat Puan Aminah menghabiskan kata-kata,suaminya menegah lalu memberi isyarat supaya menangguhkan niat isterinya untuk bertanyakan masalah Mawar.
"Ada apa umi?"
"Err..err..lepas ni kamu dah boleh balik.Doktor cakap berehat dekat rumah.Minum air banyak-banyak,antibiotik habiskan baru demam cepat kebah."
"Ok"
******
Aduh cuaca tengah panas ni tak ada pulak mood nak typing story ni panjang-panjang.Sebenarnya,idea nak buat part menarik tak ada tu yang buat cerita melalut.Tak kisah la.Apa-apa pun saya harap rakan-rakan di luar sana sihat belaka.Jaga diri baik-baik dengan cuaca panas macam ni.Ingat,minum air banyak-banyak tapi jangan sampai kembung perut sudah lah.Haha:)

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Diam-diam?
Fiksi RemajaKisah ini menceritakan tentang Mawar Arisya,seorang gadis nerd yang kaya tetapi tidak sombong.Dia sentiasa diejek dan dibuli dengan si Adam Haikal,gangster sekolah kononnya.Nasib baik ada si Maria Farisha ni iaitu kawan baik Mawar yang selalu backup...