BAB 8

297 8 0
                                    

"Chacha!nak pergi sekolah ke?"

"Ha'aa abang.Ada latihan sukan.Kan dua hari lepas Mawar tak pergi.So,hari ni kenalah pergi." jawab Mawar seraya tersenyum.

"Ouh ye ke.Jom lah abang hantarkan.Lagipun abang nak keluar bandar sekali,beli barang sikit lepastu lepak dengan kawan kejap" pelawa Firash.Dia menyinsing lengan baju hingga ke siku.Baru macho.

Ok.Mawar menjerit keriangan.Dapat rasa aircond panas-panas macam ni,tak payah susah payah kayuh basikal.Dapat simpan tenaga untuk latihan nanti.Nampak?pandaikan si Mawar ni.

"Ok,dah sampai." Firash memberhentikan kereta betul-betul di depan bus stop sekolah.

Mawar membuka seatbelt."Balik pukul berapa nanti?"

"Pukul 5"

"Ok.Nanti abang jemput Chacha"Macam driver pulak lagaknya nak jemput bagai.Ye lah dah pandai hantar,pandai-pandai jemput lah.Mawar hanya mengangguk.Tangan abangnya disalam penuh hormat.

Mawar melambai abangnya sehingga kereta Ash hilang dari penglihatannya.

Fasha berdiri di sebelah Mawar.Entah bila sampainya.Tup tup dekat sebelah.

" Siapa tadi tu?boyfriend erk.Ouh pandai kau ya ada boyfriend tak nak bagitahu aku.Sampai hati"

"Hish kau ni ke situ pulak" Mawar menampar perlahan bahu Fasha.

Mawar dan Fasha berjalan beriringan masuk ke kawasan sekolah.

"Tadi tu abang aku.Nama dia Firash.Kau tak pernah nampak sebab dia belajar dekat luar negara.Sekarang pun balik sebab cuti." jelas Mawar.

"Wah,untung kau dapat abang yang handsome pandai pulak tu.Kau pikat la abang kau untuk aku.Mana tahu kami berjodoh." Fasha menggigit bibir.

"Gatal kau ya.Tak kuasa aku nak buat kau jadi kakak ipar aku.Nak tak nak nanti aku kena panggil kau kakak.Umur kita bukan jauh beza pun.Sebaya tahu tak?"

Fasha menarik muncung.Sungguh terkilan rasa hatinya apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut 'bakal adik ipar tak jadi' dia tu.Tak apa usaha tangga kejayaan.Kata orang nak pikat abang pikat adiknya dulu.

"Aduh merajuk la pulak.Dah la aku tak tahu nak pujuk-memujuk ni"Mawar menepuk dahi.Perasaan bersalah mula menyelinap dalam dirinya.Niatnya hanya ingin bergurau tetapi disalahertikan oleh Fasha.Dia tidak menyangka bahawa Fasha akan sensitif begitu.

Mawar terfikir satu idea bagaimana hendak membuat emosi Fasha kembali normal.Funny face.Selepas itu,Mawar cuba membuat pelbagai riak wajah yang kelakar.Mata juling la,mulut itik la dan macam-macam lagi.Namun,gagal.Sebenarnya Fasha geli hati melihat perlakuan Mawar.Ketawa yang ingin terhambur ditahan sahaja kerana dia ingin melihat sejauh mana Mawar akan memujuknya.

Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila melihat muka Fasha tidak memberi sebarang tindakbalas.Dia tidak tahu apa hendak dilakukan lagi untuk memujuk Fasha.Sorry naik lorry la kalau bab memujuk ni jangan serah pada Mawar tetapi serah kepada 'pakar'.Bukan apa Mawar ni kalau bab kartun dia tahu la.Bab macam ni ermm hampeh.

Akhirnya Mawar membuat keputusan.Kedua-dua belah tangannya diangkat paras telinga. "Ok..ok aku minta maaf sebab cakap macam tu dekat kau.Aku tak ada niat pun nak buat kau merajuk.Aku gurau je."

Fasha memandang wajah Mawar.Tangannya disilangkan. "Dan pasal abang aku tu.Nantilah aku pertimbangkan."Mawar berlalu meninggalkan Fasha.Nanti lambat pulak ke padang sekolah.

Fasha tersenyum kembali.Dia melompat-lompat sambil bersorak riang.Lepas tu tersengih-sengih macam kerang busuk.Terasa hatinya bagai ditumbuhi bunga sakura pada musim bunga.Kan masih ada harapan.Lepas ni kenalah jadi perempuan melayu terakhir depan abang Mawar.Mana la tahu 'tersangkut' ke.

Cinta Diam-diam?Where stories live. Discover now