BAB 6

322 10 0
                                        

      Mawar membuka matanya perlahan.Matanya melilau sekeliling."Aku kat mana ni?"bisik Mawar.Dia memegang kepalanya yang pening.

"Mawar!kamu dah sedar.Alhamdulillah syukur.Risau cikgu dibuatnya tadi." kata cikgu Mia.

"Cikgu,Fasha mana?" tanya Mawar.Matanya mencari-cari sekeliling tetapi tidak kelihatan.

"Ouh Fasha,dia pergi tandas kejap katanya.Nanti dia datang lah tu.Kamu masih pening ke sekarang?"

Mawar mengangguk."Petang ni kamu tak payah datang untuk latihan sukan.Cikgu akan bagitahu cikgu Bad yang kamu kurang sihat."

Mawar tersenyum nipis.Tapi,dalam hati dah bersorak gembira sebab dah dapat greenlight.

"Mawar,cikgu kena pergi sekarang.Ada kelas." kata cikgu Mia sambil melirik jam di tangannya.Dia melemparkan senyuman manis kepada Mawar.Cikgu Mia sungguh baik terhadap Mawar.Dia amat prihatin akan Mawar termasuk semua anak muridnya.

"Baiklah cikgu." Mawar membalas senyuman cikgu Mia.

******

"Adam!" panggil Fasha dengan suara yang lantang.Dia sudah syak sesuatu pada Adam.Siapa lagi kalau bukan Adam.

Adam memaling tubuh ke arah Fasha."Kau dah kenapa terpekik panggil aku.Aku tak pekak lagi lah." marah Adam.

"Bagus lah kalau tak pekak.Ni kau dengar sini baik-baik.Kau kan yang masukkan katak tu dalam beg Mawar." tebak Fasha.

Muka Adam sudah berubah ketakutan."macam mana minah ni boleh tahu pulak.Matilah aku kalau dia bagitahu cikgu Mia."gumam hati Adam.

"Kau ja jangan n nak tuduh a aku pulak.Err..kau ada bukti ke?" tergagap-gagap Adam bersuara.

"Haa..tu dia buktinya.Kenapa tiba-tiba kau nak gagap pulak.Aku dah agak dah ni semua mesti kerja kau."

Adam membisu."Kau tengok lah nasib kau lepas ni.Aku akan report kat cikgu Mia bahawa kau yang buat."tegas Fasha berkata.

Adam tidak dapat menghalang Fasha kerana dia berjalan terlampau pantas meninggalkan si Adam terkulat-kulat di situ.

"Hishh.Bodoh betul la kau Adam.See,sekarang dah kantoi dengan minah tomboi tu." Adam bermonolog.

******

Fasha berlari terkocoh-kocoh ke arah cikgu Mia.Cikgu Mia memaling.Hairan dia dengan si Fasha berlari macam tak cukup tanah.Cikgu nenjongketkan sebelah keningnya.

"Ada apa ni Fasha.Tercungap-cungap macam baru lari 100 meter jer cikgu tengok.Tahu la semangat nak latihan petang ni?" gurau cikgu Mia.

Fasha menarik oksigen masuk ke hidungnya.Baru hutang oksigen kenalah bayar balik.Kan.Apabila dah cukup nafas dia memberitahu perkara sebenar kepada cikgu Mia.

"Cikgu..sebenarnya Adam yang buat Mawar pengsan.Dia masukkan katak ke dalam beg Mawar."

"Mana kamu tahu semua ni?"

"Saya ta.." belum sempat Fasha menghabiskan kata-kata,Hafiz sudah pun memintas.Entah dari mana datangnya.Macam halilintar tup tup depan mata.

"Sebenarnya Adam dan saya yang buat cikgu.Dia yang suruh saya jaga line dekat pintu kelas sementara dia masukkan isi dalam bungkusan plastik ni.Saya tak tahu pulak isinya katak" Hafiz berkata jujur seraya menunjukkan bungkusan plastik kepada cikgu Mia.

"Kalau cikgu nak hukum saya,cikgu hukum lah.Saya tahu saya salah." rayu Hafiz.

Baiklah.Sekarang ikut cikgu pergi jumpa Adam.Mereka berjalan menuju ke kelas 4 Anggerik.Fasha pula menuju ke bilik rawatan untuk menjenguk kawan baiknya.

"Mawar!awak dah bangun?pening lagi ke?nak makan apa-apa tak?boleh saya tolong belikan." tanya Fasha prihatin.

"Dah.Baru jer bangun.Tapi tak pening sangat dah.Aku okey sekarang.Tak payah belikan makanan.Aku kenyang." Mawar tersenyum sambil menggosok perutnya.

"Hahaha.Dah jom kita balik kelas."

******

Langkah mereka terhenti semasa hendak memasuki kelas.Mereka terdengar suara cikgu Mia memarahi Adam.Mawar hanya membisu begitu juga dengan Fasha.

"Adam!kenapa kamu buat macam tu pada Mawar.Kamu ada masalah ke dengan Mawar?"

"Mana ada cikgu.Saya bergurau jer" jawab Adam.Dia cuba menegakkan benang yang basah.Padahal sudah terang lagi bersuluh bahawa Adam punya kerja.

"Kamu kata bergurau.Kalau jadi apa-apa dekat anak murid saya tu kamu nak bertanggungjawab?Adam,Mawar pengsan tadi,kamu masih kata ini gurauan."

Adam terdiam."ni mesti kau yang bagitahu kat cikgu Mia.Kan Hafiz.Aku harapkan pagar,pagar makan padi.Tak guna punya kawan."gumam Adam dalam hati.Adam memberi jelingan maut kepada Hafiz.Namun,Hafiz cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.Penakut la tu.Hey bukan penakut okeyy.Cuma tak nak bergaduh jer nyah oi.

"Sekarang cikgu nak kamu Adam!dan kamu..Hafiz,turun ke padang sekarang.Lari sepuluh puaingan.Cikgu menuding jari ke arah mereka berdua silih berganti.Cikgu Mia tegas memberi arahan.Mawar,Fasha,Hafiz dan Adam melopong luas mendengar arahan yang terpacul dari bibir cikgu mereka." What?sepuluh?" kata Adam dan Hafiz serentak.Mahu tercabut tulang kaki mereka berlari di padang sekolah yang luas lagi tidak kecil tu.

"Cikgu tak boleh kurang ke?saya tak lah kejam sangat nak tengok diorang kena hukum sampai macam ni sekali cikgu.Diorang kan kawan saya cikgu.Kesian kat diorang." Mawar bersuara tiba-tiba.

"Baiklah.Disebabkan Mawar berkata macam tu.So,saya akan rimgankan daripada sepuluh menjadi lima." cikgu Mia menunjukkan angka lima melalui tapak tangannya kepada Adam dan Hafiz.

Lega sikit hati Mawar.Walaupun lima,tak apa lah.Asalkan dapat dikurangkan.Dia tersenyum nipis.Apabila dia melihat wajah mereka berdua terutamanya Adam.Perasaan sayu tiba-tiba menerjah hatinya.Kalau diikutkan memang geram dengan sikap Adam.Tapi,Mawar masih berperikemanusiaan.

******

Tercungap-cungap mereka selepas menghabiskan tenaga dengan berlari di padang.Tengah panas pulak tu.Mencurah-curah peluh keluar dari badan mereka.Dah macam orang mandi hujan.

"Dah.Sekarang pergi minta maaf dekat Mawar."suruh cikgu Mia.

Hafiz berjalan lemah longlai ke arah Mawar manakala Adam mengikut dengan wajah yang terpaksa.

" Mawar.Aku minta maaf "kata Hafiz tersenyum nipis.

" Tak apa.Aku maafkan."

"Mawar.Aku pun sama." wajah Mawar sedikit pun tidak dipandang.Mawar tersenyum hambar.

"Kau jangan ingat senang-senang jer aku nak minta maaf dekat kau,budak nerd.Kalau bukan sebab cikgu Mia.Jangan harap perkataan 'maaf ' tu akan keluar dari mulut aku." bisik Adam betul-betul di telinga Mawar.Kemudian,dia beredar dari situ dengan menguntumkan senyuman kelat.

Mawar dan Fasha memandang Adam berlalu pergi.Cikgu Mia turut melangkah pergi.

"Fasha!apa salah aku sampai Adam buat macam tu dekat aku?hodoh sangat ke aku di mata dia?" suara nya berubah serak.Fasha terus menarik Mawar ke dakapannya.

"Sabar babe.Aku faham keadaan kau sekarang.Aku dengar apa yang Adam bisik dekat kau." Fasha cuba menenangkan Mawar.

Tanpa disedari ada air jernih yang melimpah di pipi gebu Mawar.Fasha mengusap kepala Mawar perlahan.

"Apa salah aku dekat kau Adam?kalau aku ada salah aku minta maaf.."ujar Mawar dalam hati.

Cinta Diam-diam?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang