BAB 14

233 6 1
                                    

"Wah,comelnya!Terima kasih Baba sebab tunaikan permintaan Chacha yang entah apa-apa ni.Terima kasih sebab memahami kerenah Chacha.Sayang Baba."

"Aik.Sayang Baba je?Umi tak nak sayang dah?Umi yang pilihkan tau."Sampuk Umi sedang menghidangkan makanan.Ermm..bau memang sedap.Ini belum rasa lagi.Special betul masakan Umi malam ni.Macam nak makan lima ke enam orang.

"Siapa cakap Chacha tak sayang.Chacha sayang lah pengarang jantung Chacha ni.Terima kasih Umi,Chacha suka sangat." Mawar mencium kedua-dua belah pipi Umi nya itu.Mawar sungguh gembira dengan apa yang dia ada kini.Dia terlalu bersyukur.Hari ini memang hari yang sangat bermakna buatnya.Hari paling indah dalam sejarah hidupnya.Tak apa lah walaupun abang Ash tak dapat balik.Maklumlah tak dapat cuti.Lagipun jauh.Cuma media sosial yang menjadi penghubung antara mereka.

"Eh,Umi banyak sangat lauk yang Umi masak.Nak harapkan kita bertiga yang makan memang tak habis."ujar Mawar.Dia menolong Umi apa yang patut dibuat.Baba Mawar pula sudah berlalu ke ruang tamu.Nak layan drama favourite dia katanya.Drama cinta tu.Boleh tahan juga. citarasa Baba Mawar ni kan.Mengalahkan orang mabuk berdrama.Kau hado?

"Kawan Umi nak datang.Umi saja jemput dia,nak sembang lama-lama.Hari tu terserempak dia tak sempat nak berbual panjang.Setakat tanya khabar je."

"Siapa kawan Umi tu?"Mawar ingin tahu.Sibuk je kan Mawar ni.Dah macam wartawan yang nak interview artis.

"Tunggu lah nanti.Chacha akan tahu juga.Kalau Umi cakap sekarang pun,mungkin Chacha tak kenal.Dia ni kakak angkat Umi masa sekolah dulu.Kira kawan rapat Umi juga lah.Dia satu-satunya kawan yang Umi ada.Dia selalu tolong Umi bila Umi ditimpa masalah.Dia memang baik.Prihatin orangnya.Tapi,sejak dia pindah dulu,kami terpisah."Umi cerita tanpa dipinta.Sambil cerita,sambil teringat zaman kegemilangan dulu.Memang seronok masa tu.

"Habis Umi tak cuba contact dia?"Kerusi ditarik lalu diduduk oleh Mawar.Best pula cerita Umi ni.

"Umi ada juga cuba contact dia tapi,entahlah.Dia dah tukar nombor.Bila Umi pergi ke rumah mak ayah dia,jiran dia cakap diorang dah pindah.Umi tak tahu ke mana."

"Jadi,ini dikira pertemuan semula dua sahabat yang terpisah lah ni.Patutlah Umi masak special sangat."Mawar mengusik.

"Sesekali Umi masak macam ni apa salahnya.Kebetulan hari ni hari lahir anak Umi yang manja ni.Jadi,sekali gus lah buat.Meriah rumah ni nanti."

"Chacha,tengok jam kejap sayang.Dah pukul berapa ni.Diorang cakap dalam perjalanan.Takkan tak sampai lagi."Mawar melangkah ke ruang tamu melihat jam yang tergantung kemas di dinding."Dah 8.30 Umi."

"Eh,abang diorang tak sampai lagi ke?"jerit Umi dari ruang makan.

"Tak ada pun abang dengar bunyi enjin kereta.Belum sampai la tu.Ada masalah kot.Jangan risau lah.Cepat atau lambat sampai juga nanti.Kita tunggu je.Nanti muncul lah diorang dekat rumah kita ni."

******

"Kenapa ni Samad?"Masa ni lah nak buat hal.Gelabah dibuatnya.

"Tak tahu lah puan,tiba-tiba je enjin ni tak hidup.Padahal,minggu lepas saya baru hantar bengkel kereta ni."Pak Samad menggaru kepalanya.

Setakat nak tengok kereta ni Pak Samad tahu juga sikit-sikit.Tapi,tak sehebat mekanik.Apatah lagi sekarang ni malam.Biasa lah,mata orang berumur ni kurang jelas bila gelap.

"Cuba hidupkan.Mana tahu boleh."

"Saya dah cuba banyak kali Puan tapi tak boleh.Tak apa lah Puan tunggu sini.Biar saya keluar pergi tengok apa yang rosak."Pak Samad pantas keluar dari perut kereta.Dia sempat mengambil lampu suluh yang tersimpan di dalam dashboard.Berguna juga bila ada kecemasan.

Nak cakap minyak tak ada,penuh je dekat meter minyak tadi aku tengok.Nak cakap air enjin tak ada.Elok saja dalam ni.Adam sudah tersenyum geli hati."Adam,pergi tolong Pak Samad tu.Kesian pula nenek tengok.Buat peneman."

"Tak nak lah.Dekat luar tu gelap.Sejuk pula tu.Lebih baik duduk dalam main game ni.Lagi best.Sebenarnya,Adam ni malas nak ikut neneknya.Tapi,bila dah kena piat telinga,terpaksa ikut.Walaupun,hati tak rela.

"Am,siapa ajar Am jadi macam ni?Nenek minta tolong kan keluar sekejap teman Pak Samad.Itu pun susah?"Nek Aisyah mula tegas.Suaranya dinaikkan.

"Tak apa lah Puan.Saya okey.Cuma kalau Puan dah lambat,saya telefon teksi minta ambilkan Puan dengan 'Tuan' Adam.Nak tunggu makenik sampai lambat lagi ni.Nanti Puan lambat nak ke sana."

"Tu Pak Samad tak complain macam nenek pun."Adam tak hiraukan dua insan yang ada di situ.Asyik sangat dengan dunia game dia yang entah apa-apa tu.

"Ya lah.Ni duit.Kalau nak balik terus,ini kuncinya."Nek Aishah menghulurkan anak kunci rumah banglonya kepada Pak Samad.Adam tetap dengan muka kurang berminat.'Pergi rumah orang yang aku tak kenal.What?Not my type lah.Bosan tahu tak?'

******

Tok..tok..tok

"Assalamulaikum.."

"Eh,abang diorang dah sampai kot.Saya pergi buka pintu ya."Menyedari pintu utama dikuak,Mawar terus berlari ke atas untuk mendapatkan tudung.

"Waalaikumussalam..eh,kak dah sampai.Susah tak nak cari alamat rumah Min?"Nek Kiah dan Adam dipelawa masuk.Duduk lama-lama dekat luar nanti sejuk pula.

"Tak ada susahnya.Akak datang pun guna teksi.Tinggal bagi alamat pandai-pandai lah dia cari.Maaf ya akak datang lambat sikit.Bukan apa kereta buat hal.Rosak tepi jalan."

'Besar juga rumah ni tapi besar lagi rumah aku.Hahahahaha.'gerutu hati Adam.

"Tak apa benda nak jadi tak disangka."sampuk Baba Chacha.

"Akak dah datang pun kira bersyukur dah.Seronok kami."kata Umi.

"Amboi,panjang jodoh korang berdua.Dulu akak jumpa korang masing-masing malu kucing.Tak sangka sampai ke jinjang pelamin."

"Jodoh kuat kak.Dah ada anak pun.Dua orang.Abangnya belajar lagi.Dekat UK.Adiknya masih sekolah."Umi tersenyum.Baba pula menunduk ketawa.

"Ni siapa?Muda betul.Rasanya sebaya dengan anak Min."

"Ni cucu Akak.Adam"

Umi dan Baba melopong.Terkejut.Boleh kata muda lagi tapi dah dapat title nenek."Wah,nenek masih ranggi.Cucu dah besar.Anak dara Min tu SPM pun tak lepas lagi."

"La.Adam ni pun sama.SPM tahun depan."

"Ni masih tingkatan empat lah ya."

"Ya pakcik."jawab Adam penuh lemah-lembut.Nampak tak lakonan dia kat situ?

Selepas sesi sembang tak ingat dunia,mereka dipelawa ke meja makan.Nanti dibiar lama sejuk pula lauk tu.

"Ishh macam kenal jam tangan tu.Siapa punya..?pink pula tu."Teringat pula Adam akan Mawar yang serba-serbi barang dia wajib warna pink.Walaupun warna lain lebih banyak yang menarik tapi pink juga yang dia pilih."Tak faham betul aku dengan perempuan ni."

So,kepada umat Islam,selamat hari raya AidilAdha.Sis harap hari-hari readers semua happy.Sambil makan ketupat tu sambil lah vote and comment cerita sis ni.Ok lah.Bye..😉

Cinta Diam-diam?Where stories live. Discover now