BAB 4

318 10 0
                                    

Hujung minggu macam ni biasanya Mawar akan menghabiskan masa lapangnya dengan melepak di bilik.Antara perkara yang dibuat adalah membaca novel,bermain gitar,melukis,menyanyi dan banyak lagi.

Tapi lain pulak sekarang,dah bosan nak melepak kat bilik katanya.Memang lah kalau asyik berkurung jer kat bilik tu boleh buntu pemikiran.Apa salahnya kalau pergi berjalan kat luar hirup udara segar kan bagus.Bak kata pepatah melayu 'jauh berjalan luas pemandangan'.

Oncall

"Fasha jom teman aku pergi jalan-jalan kat mall.Aku bosan la asyik terperuk jer kat rumah hujung minggu macam ni."

"Ok lah.Aku pun ada barang nak kena beli.Sekali sekala keluar boleh shopping gila-gila.Tak gitu cik Mawar." Fasha tertawa.Seronok boleh perli Mawar.

"Haa..ni yang aku tak suka ni.Perli la tu.Mentang-mentang lah aku ni tak suka shopping."

"Tapi kau jangan salah anggap pulak.Aku ajak kau keluar bukan sebab apa cuma aku bosan duduk rumah.Kalau ada kau boleh jugak buat peneman." tambah Mawar lagi.

"Alaa sorry la jangan terasa pulak.Wei kita nak pergi naik apa?"

"Ishh kau ni macam la tak biasa kat KL ni.Teksi dengan bas banyak,pilih jer nak naik apa.Pasal duit jangan risau aku belanja sebab aku yang ajak kau keluar kan?"

"Ok lah kalau macam tu aku siap-siap dulu nanti aku naik basikal pergi rumah kau."

"Ok.Cepat sikit tau."kata Mawar sambil mengangkat jari telunjuk seakan memberi arahan.

"Ya lah cik Mawar ku sayang.Huhuhu."

Talian telefon terus dimatikan.Mawar segera membuka almari pakaian untuk memilih baju yang sesuai.Dia mencapai seluar jeans hitam dan sehelai baju kemeja berwarna putih bercorak hati warna merah.Dia mengenakan tudung bawal crepe berwarna hitam.Mawar suka berpakaian sebegitu kerana selesa dan yang paling penting simple.

"Fasha,jom tengok wayang nak tak?"-Mawar

" Kau nak tengok cerita apa?"-Fasha

"Ermm..cerita Girlfriend Kontrak!macam mana?"-Mawar

" Apa-apa je lah.Aku follow jer."-Fasha.Dia jawab acuh tak acuh jer memandangkan dia memang tak suka cerita romantik dan cinta-cinta ni.Maklumlah berjiwa kasar.Fasha ni nampak jer dalaman lembut tapi luaran boleh tahan kasar tau.Fasha ni lebih suka cerita lawan-lawan macam kungfu.Haa jangan main-main,ingat lelaki jer suka cerita lawan-lawan.Ni Fasha la,perempuan pun suka tau.

Selepas selesai tengok wayang dan shopping bagai nak rak,mereka singgah ke kafe berdekatan untuk membasahkan tekak.Letih berjalan satu mall.Mawar memesan jus tembikai kegemarannya manakala Fasha pula memesan jus oren.Mereka tidak memesan makanan cukup lah sekadar air.Diet la katakan.Hahaha diet la sangat.Kat rumah masing-masing melantak sampai dua pinggan nasi.

Sementara menunggu pesanan,Mawar leka bermain telefon.Fasha pula melihat orang sekeliling yang lalu lalang.Beberapa minit kemudian,datang pelayan lelaki menghantar minuman mereka.

Mawar memanggung kepalanya apabila menyedari seseorang menghampari mereka.

"Terima kasih." kata Mawar dan Fasha serentak.Mawar terus menyedut minumannya dengan rakus.Dahaga sangat.

"Ehh..kejap-kejap.Aku macam kenal jer dengan kau." kata Fasha kepada pelayan itu.Fasha meneliti wajah yang terlindung di sebalik topi itu.

"La..kau rupanya Adam.Kau kerja sini ke?" tanya Fasha setelah membuka topi Adam.

Mawar terkejut melihat si Adam.Perasaan pelik mula menyelubungi dirinya kini."Kenapa mamat annoying ni ada kat sini?kerja?"gumam hati Mawar.Dia memandang Adam dengan hairan.

"Ya aku kerja sini.Buat part time tak macam kau kerja habiskan duit mak bapak.Cuba contohi aku cari duit sendiri tak menyusahkan nenek dengan datuk aku." pedas kata-kata Adam menikam telinga Fasha. Namun,masih terselit pujian atas diri sendiri.

Adam memakai topinya semula dan berlalu pergi ke kaunter meninggalkan Mawar dan Fasha.Malu nak hadap muka diorang lama-lama.

"What?nenek?datuk?"perkataan itu berlegar-legar di fikiran Mawar.Dia hairan kenapa mamat annoying tu cakap macam tu.Dia sedar tak banyak benda yang dia tahu pasal Adam.Tapi,dia nak jugak tahu pasal apa dan kenapa Adam cakap macam tu.

******

" Fasha!kenapa dengan si Adam tu?masam mencuka jer muka dia tu.Tak macam selalu riuh-rendah kelas dibuatnya kalau dia dah buka mulut."bisik Mawar.

"Entahlah aku pun tak tahu.Kau tanya lah dia sendiri.Habis cerita."jawab Fasha selamba.

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat.Semua pelajar kelas 4 Anggerik telah keluar kecuali Mawar.Fasha dah keluar ke kantin membeli makanan.Mawar tidak pergi ke kantin bersama Fasha kerana hari ni dia puasa sunat.

Mawar bergegas ke perpustakaan sebelum ditangkap oleh pengawas sekolah kerana masih berada di dalam kelas.Semua pelajar memang tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kerana dikuatiri akan berlaku kes-kes yang tidak diingini seperti kecurian.

Perpustakaan menjadi tempat untuk Mawar melepak.Dia memilih sebuah buku rujukan sejarah.Tiba-tiba dia ternampak Adam di kerusi sedang bersendirian.

Mawar cuba menghampiri Adam kerana ingin bertanya seauatu.Dia melabuhkan punggung di kerusi kosong yang terletak di hadapan Adam.

" Adam!sorang jer ke?"tanya Mawar memulakan perbualan.

"Ermm.." jawab Adam ringkas.

"Wei aku nak tanya kau sesuatu ni..Boleh?"tanya Mawar takut-takut.

"Tanya je lah.Nak takut buat apa.Aku tak makan orang la.Aku pun makan nasi macam kau jugak.Ada apa?"kata Adam.Matanya masih tertumpu pada buku yang dibaca.

" Apa maksud kau semalam?kenapa kau cakap yang kau tak menyusahkan nenek dengan datuk kau?"

Pertanyaan Mawar membuatkan mata Adam tertumpu pada anak mata Mawar."Menakutkan lah cara dia tengok aku."kata Mawar dalam hati.

"Kenapa kau tanya macam tu" serius jer muka Adam.

"Saja tanya.Wei kau tinggal dengan siapa sebenarnya?" tanya Mawar ingin tahu.

"Aku tinggal dengan datuk dan nenek aku.Kalau kau nak tahu jugak aku dah tak ada mak bapak.Diorang dah meninggal sebab kemalangan sejak aku umur 10 tahun.Puas hati?"

Adam terus berlalu keluar memandangkan waktu rehat sudah habis.Tanpa disedari,airmata jantannya mengalir.Dia teringat memori bersama arwah ibu bapanya.

Adam menangis tetapi tiada sebarang esakan kedengaran.Malu lah kalau ada perempuan yang melihat si Adam gangster sekolah menangis."Ibu,ayah.Adam rindu sangat dekat ibu dan ayah."rintih hati Adam.Namun,dia tabah dan kuat dalam mengharungi kerinduan ini selama 6 tahun.Dia percaya ada hikmah disebalik pemergian ibu dan ayahnya.

Cinta Diam-diam?Where stories live. Discover now