Pagi itu,Mawar melangkah penuh longlai ke dapur.Dia terasa sedikit pening.Mungkin terlalu letih sepanjang di sekolah dua tiga hari ni.Ditambah pula dengan cuaca yang panas.
"Aduh,peningnya."Mawar menarik kerusi lalu duduk."Umi dengan baba pulak tak ada dekat rumah.Nasib baik ada makanan.Boleh lah alas perut."
Mawar mengambil cawan untuk membuat air milo panas kesukaannya.Semestinya setiap pagi dia akan memulakan harinya dengan milo.Bersemangat gitu.
"Assalamualaikum.."Mawar berhenti mengacau air.
"Siapa pulak yang datang pagi-pagi ni?spoil betul lah.Baru nak berehat."Biasalah mulut cakap lain kaki tetap melangkah ke pintu.
"Waalaikumussalam.."
"Hai Mawar."
"Laa.Kau Fasha.Ingat siapa tadi.Ada apa datang pagi-pagi ni?"
Fasha melangkah masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa.Ini memang betul buat macam rumah sendiri ni."Aku nak datang pun tak boleh ke?Kalau macam tu,tak apa lah.Aku balik dulu.Bye."Fasha seakan merajuk.
"Eh,janganlah.Aku minta maaf.Aku gurau je.Takkan kau baru datang dah nak balik.Kau kan tetamu mestilah aku kena sambut dengan baik.Kan?"Mawar memaut lengan Fasha supaya tidak pergi.
"Haa,tahu takut.Lain kali jangan cakap macam tu lagi."Fasha ketawa.
"Okey.Aku janji.Kau ni datang awal-awal dah sarapan ke belum?Kalau belum jom makan sekali.Aku belum sarapan ni."Mawar duduk di meja dapur.Dia mempersilakan Fasha untuk duduk bersama.
"Aku dah makan.Kau makan je lah.Aku tunggu.Lepas ni kita keluar jom.Teman aku naik basikal dekat Taman Tasik.Lama dah tak pergi.Nak bakar kalori."Fasha berseloroh.
Mawar menyuap roti sandwich."Kita je ke?"
"Eh,tak lah.Mestilah kau dengan aku.Takkan aku nak ajak satu kawasan perumahan ni pergi sekali.Sesak taman tu nanti."
"Wah,hebatnya jawapan kau.Apasal kau tak masuk je pertandingan debat 'loya buruk' dekat sekolah.Aku rasa kau layak nak jadi juara.Tinggi betul bakat kau."Hei Mawar,kau pun apa kurangnya.Bila dah dekat dengan Fasha,jawabnya sama-sama masuk air.Memang gamat jadinya.
"Itulah masalahnya."sergah Fasha.
Kesian Mawar.Hampir tercekik gara-gara Fasha.Mujur ada air untuk diteguk.Kalau tidak,dah greenlight."Ishh,apa kau ni.Main sergah je."
"Hehe.Masalahnya,sekolah kita tak ada pula buat pertandingan macam tu.Tapi,bagus cadangan kau.Boleh aku bagi usul waktu mesyuarat PIBG nanti.Mana tahu dapat agreement."Fasha menyindir.
"Kalau dapat kau kena practice.Mana tahu boleh tonjol bakat.Tak dapat jadi lawyer,jadi 'loya' pun jadilah.Kan Fasha kan?"Baguslah.Masing-masing sindir kau aku.Sampai bila nak habis.
"Dah lah.Aku naik atas dulu pergi siap-siap.Kau tunggu dekat depan."Mawar membasuh cawan dan pinggan yang diguna.Kenalah berdisiplin.
"Okey,cepat sikit.Diorang dah tunggu tu."kata Fasha dengan selamba.
Mawar yang sudah menapak ke anak tangga ke lima terus berhenti.Dia berpaling ke belakang menghadap Fasha."Hah?Apa?"tanya Mawar inginkan kepastian.
Opss.terlepas cakap pula.Ishh,mulut ni gatal betul."Tak ada apa.Aku minta kau cepat sikit.Nanti 'aku' tertunggu-tunggu pula."
"Ouh,okey."Mujurlah Mawar tidak mengesyaki apa-apa.Selamat
******
"Fasha!kenapa laju sangat?Macam ribut.Tunggulah aku."Mawar menjerit.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Diam-diam?
Fiksi RemajaKisah ini menceritakan tentang Mawar Arisya,seorang gadis nerd yang kaya tetapi tidak sombong.Dia sentiasa diejek dan dibuli dengan si Adam Haikal,gangster sekolah kononnya.Nasib baik ada si Maria Farisha ni iaitu kawan baik Mawar yang selalu backup...