Mawar menapak masuk ke dalam rumah dengan muka yang masam.Urghhh..penatnya.Baru hari pertama sekolah dah ada yang annoying pada Mawar.Stres la kalau macam ni selalu.Mawar..Mawar..sabar je la ye.Kau bukan tak pernah kena ejek pun sebelum ni.
Baru sahaja hendak memijak anak tangga untuk ke tingkat atas,tiba-tiba ada suara yang menyapanya dari belakang.
"Ehh..dah balik dah anak umi?" sapa Puan Aminah,umi Mawar.
"Ya..Chacha baru je balik." jawab Mawar selamba sambil salam tangan umi nya.
"Dah..Chacha pergi naik atas mandi nanti turun makan,bushukk dah anak umi"kata Puan Aminah sambil mencuit hidung anak perempuannya itu.
" okay lah umi,Mawar naik dulu"Mawar melemparkan senyuman kepada umi nya.Semasa umi nya ingin berlalu pergi ke dapur,sempat lagi dia mengusik umi nya.
"Umii!cicak jatuh kat kaki umi!" jerit Mawar di sebelah telinga Puan Aminah.
"Opocot cicakman ehhhh ehhh cicak mati,haa mati kau mati kau" latah Puan Aminah sambil membuat gaya memijak sesuatu.
"Mawarr!"
Mawar terus berlari ke tingkat atas dengan kelajuan yang maximum tanpa menghiraukan jeritan umi nya.Bertuah punya anak.Suka sangat sakat umi nya.Dah tau umi nya kuat melatah,seronok je dia mengusik.
******
Usai makan malam,mereka sekeluarga pasti akan meluangkan masa bersama di ruang tamu.
"Chacha!macam mana sekolah hari ni?okey?" tanya Encik Saiful Hisham,baba Mawar.
"Okey je baba tapi ada yang buat Chacha sakit hati.Hurhh(muka menyampah)"
"Alaa..biasa la tu."
Mawar bangun dari duduk dan terus baring di riba uminya.Mawar memang manja dengan uminya dari dulu lagi.Anak mak la katakan.
"Umi!umi tahu tak?Chacha dapat kawan baru.Nama dia Fasha.Dia baik sangat umi."kata Mawar sambil membetulkan cermin mata besar nya itu.
" Oh ye ke.Bagus la kalau macam tu.Nanti boleh la Chacha jemput Fasha datang rumah makan-makan.Boleh umi kenal dengan dia."kata umi tersenyum.
"Okey umi"
"Errr..umi,baba,Chacha naik atas tidur dulu yer.Ngantuk dah ni." kata Mawar sambil menguap dan mengeliatkan badan tanda mengantuk.
"Good night umi,baba.Assalamualaikum" kata Mawar.
Waalaikumsalam.
"Mawar..nak tidur basuh kaki dulu tau." pesan umi.
Mawar hanya mengangguk faham.Dia terus berlalu dari ruangtamu menuju ke bilik tidur.Ngantuk sangat.Esok kan nak sekolah.So,kenalah tidur awal.Tak baik student tidur lewat-lewat.
Mawar menepuk-nepuk bantal sebelum tidur.Berat untuk membiarkan mata terus celik.So,time to sleep.Kepalanya terus mendarat ke bantal yang empuk.Selesa jer rasa.Tangan Mawar terus menggapai suis lampu di sisi katil untuk dipadam.Beberapa saat kemudian,mata Mawar terus terpejam rapat dan mimpi pun menjelma.
Mawar berjalan ke kantin bersama Fasha.Perutnya sudah berbunyi lagu rock.Laparnyaa.Kalau perut dah lapar mesti la kena isi supaya kenyang.Dia membeli semangkuk kuey teow tomyam manakala Fasha hanya membeli dua bungkus sandwic.Diet la tu.Biasa lah perempuan ni control badan.
Semasa dia sedang berjalan sambil memegang makanannya untuk ke tempat duduk yang disediakan,tiba-tiba ada seseorang yang menahan kaki Mawar.Makanan yang dibawanya tumpah ke lantai.Mawar turut jatuh terduduk.Macam nangka buruk daa.Malunya tak terkata sebab ramai yang melihatnya jatuh.
Dia melihat gerangan yang sengaja buat dia jatuh dan buatnya malu semestinya.Terkejut bukan kepalang."What??Adam."
"Opss..sorry.Aku sengaja tadi." ketawa terburai dari bibir Adam.Kejam betul lah si Adam ni.Ada ke patut buat Mawar macam tu.
Airmata yang sudah bertakung di mata Mawar ditahan supaya tidak tumpah.Dia memandang muka Adam penuh kebencian.
"Mawar!kenapa ni" Fasha berlari menghampiri kawan baiknya.Nasib baik kau datang tepat pada masanya Fasha.You are my hero.Opss heroin.
"Mamat ni sengaja sadung kaki aku" kata Mawar dengan nada yang meninggi.Fasha terus bangun menarik Adam dari tempat duduknya.Dia menarik kolar baju sekolah Adam dengan kasar tanpa memikirkan mata yang memandang.Peduli apa aku.Kau dah buat kawan baik aku jatuh kan.
"Kau dah kenapa Adam?Apa masalah kau hah?Mawar ada kacau kau ke.Agak-agak la kalau nak balas dendam sekali pun.Perempuan kot.Kalau dia buat macam ni kat kau..apa kau rasa??tengking Fasha.Bengang dia dengan sikap Adam yang tersangat buruk tu.
" Elehh..salah dia jugak.Jalan pakai kepala lutut.Rabun.Harap cermin mata jer besar."jawab Adam selamba badak.
Airmata yang ditahan tadi segera keluar dari kelopak mata Mawar.Wahai airmata,kenapa lah engkau datang tanpa diundang.
Fasha terus menggenggam penumbuknya.Geram kerana Mawar dihina dengan mamat hati busuk depan mata dia ni.Baru sahaja penumbuk sulong si Fasha ingin hinggap ke muka Adam,tindakan Fasha ditegah oleh Mawar.Nasib baik kau hari ni.Kalau tak memang lebam la mata kau tu.
"Dah la Fasha.Biarkan jer.Tak payah layan orang gila macam dia ni.Nanti kau pun ikut gila sama.Nakk??" pedas kata-kata Mawar.
"Kau boleh biar jer dia hina kau macam ni.Tak ada perasaan ke kau ni?" kata Fasha sambil mengerutkan keningnya.
"Tak apa.Aku dah biasa." Dah la jom pergi library.Tak ada selera aku nak makan."kata Mawar seraya menarik tangan Fasha untuk meninggalkan tempat itu.
Mawar terjaga dek kerana bunyi jam loceng yang menerpa gegendang telinganya."Hurhh..nasib baik mimpi jer tadi.Aku ingat betul-betul."kata Mawar.Dia menghela satu keluhan yang berat.Dia lantas bangun dari katilnya untuk mandi,solat dan bersiap-siap untuk ke sekolah.
YOU ARE READING
Cinta Diam-diam?
Novela JuvenilKisah ini menceritakan tentang Mawar Arisya,seorang gadis nerd yang kaya tetapi tidak sombong.Dia sentiasa diejek dan dibuli dengan si Adam Haikal,gangster sekolah kononnya.Nasib baik ada si Maria Farisha ni iaitu kawan baik Mawar yang selalu backup...