BAB 17

230 5 4
                                    

"Sibuk je nak tiru aku..tak apa asal ada geng nak berdiri luar kelas."

"Apa senyum-senyum?gila.."Mawar panas hati.Belum pernah orang cakap dia begitu.Berani betul mamat ni.Sabar je.

"Kau tu yang gila.Aku tak bawa buku kau ikut tak bawa apasal?"Eh dah tukar panggilan.Selalu awak saya je.'Berani dia..'

"Kebetulan aku tak bawa.Nak buat macam mana.Ingat aku nak sangat berdiri luar ni..dengan budak nerd macam kau pula tu."Adam menjeling Mawar.Dia ternampak balutan di kaki Mawar.Adam tersentak.Namun,dia buat tak perasan."Eiyyy..aku pun tak ingin la."Mawar naik geram.

Tiba-tiba cikgu Sue tercegat depan pintu sambil bercekak pinggang.Muka bukan main merah tahan geram."Kamu berdua..nak bising pergi pasar.Cikgu nak mengajar bukan nak buat karnival !"sindir cikgu Sue.Mereka berdua bagaikan singa sarkas gamaknya bila satu kelas ketawakan.Mawar menunduk.

"Kau punya pasal lah.."Adam berbisik tanpa pergerakan mulut.

"Aku pula..kau mula dulu"Mawar turut membalas setelah memastikan cikgu Sue tidak lagi berada di pintu kelas.

"Kau mula dulu."

"Mana ada..kau dulu.Aku tak kira..kau yang salah.Suka cari pasal dengan aku.Tak suka la."marah Mawar.

Hampir setengah jam juga diorang berdiri.Sekejap-sekejap Adam menarik tudung Mawar.Saja membuli.Mentang tinggi Mawar tak boleh tarik rambut dia balik.Kalau boleh dah botak Adam agaknya.Sesekali Mawar memijak kasut Adam.Nak juga tunjuk protes.Asyik diam je tak best so time to play a game.Tengok siapa menang siapa kalah.Tindakan Adam membuat Mawar tak selesa.Lama lagi ke nak berdiri ni?

Ting..ting..

Loceng waktu kedua sudah berbunyi.Ini bermakna jauh dari gangguan tak bermoral mamat gangster ni.Aman sekejap.

"Amacam berdiri..best?"kata Fasha.

"Best apanya.Menyampah ada lah.Geram betul aku.."Mawar menggenggam penumbuk.Fasha ketawa."Gelak..gelak"

"Dah..jom pergi makan.Aku lapar."

"Selalu diet hari ni dah ubah selera."

"Entah..tiba-tiba teringin nak makan pulak hari ni."

"Okey.Faham."

"Aku nak makan buat tambah tenaga nak belajar lepas ni.Tak ada lah aku nak mengantuk pulak nanti."

"Wow,pelajar pandai lah katakan."

"Mana ada.Kau lagi pandai dari aku.Ya lah.Asyik kau dapat markah tinggi.So,aku pun nak juga."Fasha merendahkan dirinya yang agak tinggi.Huhu.

"Boleh ke?"tanya Mawar menjongketkan kening.

"Tunggu ujian 2 ni mesti aku dapat pintas kau punya."

"We'll see.Dah jom turun.Nanti datangnya pengawas,padan muka kita."

Mereka melangkah menuruni tangga bangunan tingkatan empat.Disebabkan ramai yang berpusu-pusu turun tak semena Mawar dilanggar seseorang.

Bukkk..dia terjatuh.'Eh tak sakit pun.'

"Awak tak apa-apa?"suara macam kenal.Mawar mendongak.Farid?Aduh malu berganda.Cepat-cepat Mawar bangun.Fasha turut membantu.

"Tak..tak apa terima kasih."

"Sama-sama.."

"Mawar..kejap.Kenapa kaki tu?"Farid mendekatkan diri dengan Mawar.Dup dap pula.Caring sangat abang ni.

"Accident sikit tadi..tapi tak teruk."Mawar menyembunyikan wajahnya yang sudah merah dengan menunduk.

"Jom saya temankan makan.Tak apa saya belanja."

"Tak payah.Saya tak nak susahkan awak.Lagipun awak nak naik atas kan?"

"Ya tak ya.Nak pinjam buku dekat library.Lain kali saya temankan.Fasha?can you take care her?"Farid bertanya.

"Sure lah bro.Aku okey je.."jawab Fasha.

"Okey..bye.Jumpa nanti."

Selepas membeli makanan,mereka singgah ke taman sekolah di tepi kolam.Kantin penuh jadi mereka beredar mengambil udara segar sambil cuci mata tengok para ikan berenang bebas dalam kolam.

"Hey perempuan.Bukan main mesra kau tadi."Seorang perempuan menarik kasar baju Mawar untuk menghadapnya.Hampir luruh jantung Mawar.Siapa pula ni?Macam senior.Sejak pindah sini tak sempat pula nak kenal orang macam ni.Ramai sangat yang nampak gedik.Ter'confuse' jadinya.

"Kenapa?apa saya buat."

"Tak payah berlakon sangatlah perempuan.Aku nampak kau dengan Farid bukan main berpeluk tepi tangga.Sakit pula hati aku."ujarnya dengan angkuh.

Fasha faham dengan perangai sorang ni.Fasha sehabis baik cuba melindungi Mawar dari disentuh oleh perempuan gedik ni.

"Hey girls..look budak nerd nak tagih cinta famous boy sekolah."rakan-rakannya mula sokong perempuan tu.

"Siapa dia Fasha?Berani tuduh aku macam tu."Mawar membisik ke telinga Fasha."Ini dia ex tak guna Farid tu,Lina.Dua budak gedik belakang tu Isya dengan Rara.

Memang patut diorang geng bertiga.Perangai semua sama.Gedik nak mampus.Tiga serangkai.Perhh pedih.Lina ni anak orang kaya sebab tu perangai ala-ala Miss World.Semua nak pakai barang branded.Pergi sekolah pun bergaya.

"Hey Lina.Kau kenapa?dia tak ganggu hidup kau kan?kenapa kau sibuk datang serang dia pula?"Fasha membalas kembali.

"Aku kenapa?Korang yang kenapa.Terutamanya perempuan ni.Memang dia tak ganggu hidup aku tapi dia merosakkan pandangan aku dengan berasmara dengan Farid."Lina menolak kasar bahu Mawar menyebabkan dia hilang keseimbangan.Mawar terjelepok ke tanah."Berani kau Lina.Dia tak salah.Kau yang salah faham."suara Fasha mula naik satu oktaf.

"Aku nampak dengan mata kepala aku tau.Berasmaradana kat sana.Ingat dia ni cantik sangat?betul tak girls?"Lina menunjukkan gaya gediknya itu.

"Tepat sekali..Lina"sahut Isya dan Rara lalu ketawa mengilai.Macam pontianak harum sundal siang.Kan kat sekolah ni.So,siang lah kan?

Fasha meraih tangan Mawar.Dia menarik sahabatnya supaya bangun.Mawar hampir menangis namun Fasha menegah daripada berbuat demikian.Tak perlu tunjuk kelemahan kita bila di depan musuh.Lagi kita lemah,lagi mudah diorang jatuhkan kita.Tak semua masalah perlu dilalui dengan air mata.

"Kau jangan ingat kau bagus bila boleh buat semua ni.Jangan anggap kau sorang je berkuasa.Bapak kau je kaya..berjawatan.Kau tak."

"Kurang ajar..Hey Fasha,kau siapa nak tengking aku?Kau tak layak dan perempuan ni satu hal..benci betul aku.."Lina menghentakkan kakinya.Tangannya mula dinaikkan untuk dihayunkan ke pipi Mawar.Namun,tak sempat.

"You?Ayed."Tangan Lina digenggam kuat.

"Kenapa?terkejut?sebab I tiba-tiba ada depan you?"

Lina terdiam seribu bahasa.Wajah Mawar dipandang penuh kebencian.Mawar terpana."Mawar..awak tak apa-apa?jangan ambil hati ya dengan dia ni.Dia memang Macam ni.Tak boleh tengok orang senang langsung."Farid sudah muak dengan Lina.Kini,tada lagi secebis kasih untuk Lina.Hanya selautan 'kerimasan' bila dengannya."Tak..saya okey."Mawar mengibas bajunya yang terkena sedikit kotoran.

"Huh,panasnya dekat sini.Girls..jom kita pergi tempat lain.Sakit mata I"Lina mengipas dirinya menggunakan kipas yang dirampas dari tangan Isya.

"Bagus.Pergi sana.Lagi satu dia ni Mawar bukannya tak ada nama."Usir Fasha.Tidak betah lagi untuk memandang muka Lina.

"Thanks ya."ucap Mawar.

"No matter la.Saya terdengar kecoh-kecoh tadi.So,saya datang lah.Rupanya si Lina cari gaduh dengan awak."

"Nasib baik kau cepat Farid..kalau tak?entah lah."kata Fasha.

"Lina memang dah melampau.Semakin hari semakin menjadi perangai gedik dia tu."

"Aku rasa dia masih syok kat kau lah bro.Bukan main marah lagi dia tadi tapi bila kau datang..diam tak terkata.Satu patah tak balas cakap kau."

"Entah.Malas nak fikir.Benda dah lepas."

'Diorang ni.Aku tengah sakit hati boleh pula bersembang pasal masa lalu.'gumam Mawar dalam hati.Farid menggeleng.

Cinta Diam-diam?Where stories live. Discover now