"Ya lah kau tu yang asyik mengelamun.Aku bukannya apa cuma nak tahu apa masalah kau.That's all.Salah ke?"
"Nak kata salah tu memang la tak tapi kau tu teringin nak jadi bomoh ke sampai aku jadi mangsa tak berdosa kau."balas Mawar.
"Hehehe..dulu ada juga terfikir nak jadi bomoh.Macam best saja."Fasha menayang sengih.
"Nevermind la.Now let's straight to the point.Tell me what is your problem?"Mak aii speaking london la pulak.
"Sebenarnya.."Mawar pun menceritakan segalanya kepada sahabatnya tentang apa yang berlaku kepadanya tempoh hari.
"What?habis tu kau tak apa-apa kan?diorang ada cederakan kau tak?parents kau tahu?"bertalu-talu soalan terus ditanya.
"Tak..tak apa aku tak ada cedera apa-apa pun.Adam tolong aku masa tu.Tapi aku tak beritahu parents aku.Aku tak nak diorang risau.Lagipun Aku pasti penyangak tu tak akan ganggu aku lagi."Mawar yang tadinya berdiri terus melabuhkan punggung ke kerusi batu tadi.Fasha yang dari tadi duduk menjadi pendengar setia.
"What?diorang tak tahu.Kau biar betul.Dah tu kau boleh rileks je."Mawar hanya mengangguk tanda betul."Aku tak nak panjangkan hal ni.Yang dah lepas biar lepas."
"Just apa yang aku rasa sekarang ni,Aku patut berterima kasih dengan Adam sebab dia dah selamatkan aku dari penyangak tiga orang tu.Kalau tak ada Dia entah apa saja boleh jadi dekat aku.Aku sangat terhutang budi dengan Adam.Dia penyelamat aku."
"Apa kata esok kau ucap terima kasih pada dia."
"Ya la.Kau teman aku tau.Kita pergi cafe tempat Adam kerja tu."
"For Mawar I will do everything."Fasha merangkul bahu Mawar.
"Terima kasih banyak-banyak ya."
"Tak sangka Adam yang nakal tu baik hati jugak kan?"sempat Fasha melemparkan pujian.
Mawar tersenyum tipis.
"Aku nak tanya sesuatu la.Pasal Adam.Boleh?"
"Haa..kau syok kat dia ya.Aku boleh je nak tackle dia untuk kau."usik Fasha.Jari telunjuk dihala pada Mawar.
"Aku tanya saja bukan aku syok dengan dia.Kau tak payah susah-susah buat macam tu.Tak nak la aku cipta hubungan dengan dia.Tak ada maknanya."Mawar menampar tangan Fasha.Cepat-cepat Fasha menggosok tangannya yang pedih dek tamparan tangan Mawar.Tangan kecil tapi berbisa.
"Aduh.Gurau sikit pun tak boleh.Jangan sensitif sangat.Kau nak tanya apa?"
"Perangai Adam tu memang macam tu ke?"
"Maksud kau?"Fasha menayang wajah selamba.
"Maksud aku Adam tu memang sombong erk?lepas tu selalu sangat aku nampak dia tak suka senyum.Asyik masam saja.Jarang nampak senyuman dia."
"Ouh..sebenarnya dia tak macam tu.Dulu dia ceria tak macam apa yang kau nampak.Tapi mungkin disebabkan kejadian tu Adam berubah."terang Fasha.
"Kejadian tu?"
"Aku lupa nak cerita pada kau.Hafiz ada beritahu aku Adam automatik berubah waktu form 1 mungkin dia masih tak boleh terima parents dia dah tak ada.Waktu kejadian tu enam tahun lepas.Diorang sekeluarga baru balik dari bercuti.Nak dijadikan cerita teksi yang diorang naik bertembung dengan sebuah kereta Mitsubishi Triton.Hanya Adam yang terselamat."
"Kesian Adam.Mesti dia rasa kehilangan sangat."Mawar membuat riak simpati.
"Macam mana Hafiz boleh tahu pasal ni?Aku tengok dia dengan Adam tak rapat sangat pun."
"Hafiz tu sebenarnya kawan baik Adam dari kecil.Dia juga jiran kepada Adam.So tak mustahil dia pun tahu."
"Pasal diorang tak rapat sekarang ni,itu aku tak tahu.Tapi dulu di mana ada Adam di situ ada Hafiz.Macam belangkas."
"Banyaknya kau tahu pasal Adam.Ada apa-apa ke?"
"Aku dengan dia kawan je okay!"Fasha menyangkal kata-kata Mawar.
"Eleh..jangan sensitif sangat."
******
Keesokan harinya.."Fasha!dah lama kita duduk sini tapi batang hidung Adam langsung tak nampak.Dia tak kerja kot hari ni."mata Mawar melilau sambil menyedut minuman yang dipesan.
"Itulah aku pun tak nampak dia.Entah-entah dia tak nak jumpa kita tak."
"Jangan la cakap macam tu."Mawar merengek.
"Habis tu macam mana ni?Dah setengah jam kita duduk sini."Fasha mengangkat gelas air minumannya yang hanya berbaki separuh."Air oren aku ni pun dah nak habis."
"Sabar la kejap lima minit lagi okay."
"Ya lah"Fasha menghela nafas.Tangan kanan ditongkat pada dagu.
"Aku cadang lebih baik kita pergi saja rumah mamat tu daripada kita jadi tunggul dekat sini."
"Ya tak ya juga.Kenapa baru sekarang kau cakap?"
"Kau tak tanya."
"Kau tahu rumah dia?"
"Ni Fasha la semua aku tahu."Fasha mendabik dada.
"Ok cun.Kita pergi sekarang."
"Sekarang?Esok lusa tak boleh ke?Malasnya.Panas kat luar tu.Sini ada aircond."
"Tak payah mengada sangat.Kau ikhlas tak nak tolong aku ni?Lagipun kalau aku tak ucap terima kasih aku rasa tak tenang."
"Of course ikhlas.Okay jom.Tapi,kau bayar tambang teksi.Boleh?duit aku tak cukup.Hehe."
"Okay.Whatever.Jom jalan cepat sikit."
Mereka turun dari tingkat dua pusat beli belah itu menuju keluar melalui pintu automatik.Teksi yang menghampiri mereka ditahan.
"Assalamualaikum pak cik?boleh hantar kami berdua ke alamat ni?"Fasha menunjukkan secebis kertas yang tertulis alamat Adam.
"Waalaikumussalam.Boleh boleh.Mari masuk."
YOU ARE READING
Cinta Diam-diam?
Ficção AdolescenteKisah ini menceritakan tentang Mawar Arisya,seorang gadis nerd yang kaya tetapi tidak sombong.Dia sentiasa diejek dan dibuli dengan si Adam Haikal,gangster sekolah kononnya.Nasib baik ada si Maria Farisha ni iaitu kawan baik Mawar yang selalu backup...