"Adam,nak pergi mana?"tegur Nek Aishah yang sedang menyiram pokok bunga di halaman.
"Nak keluar kejap."Basikal jenama 'mountain bike' ditarik keluar dari garaj.Dah lama tak naik sampai bersawang.
"Pergi mana?jangan balik lambat pulak.Hari ni nenek masak makanan kegemaran Adam."
"Tahu.Adam tak pergi mana pun.Bosan lah asyik duduk rumah je."
******
"Aduh,mana ni?Penat aku tunggu."Adam melilau mencari kelibat orang yang sedang dia tunggu.Dia menyandarkan basikalnya di balik sebatang pokok besar.Akibat kepenatan menunggu,dia bercadang untuk duduk berehat sebentar.Berteduh di bawah pokok.Akhirnya,tak semena Adam tertidur.
******
"Fasha,sampai pun kau.Ingat dah tak nak datang."Mawar pura-pura merajuk.
"Maaflah,mak aku tadi suruh aku teman dia pergi pasar beli barang basah.Aku ikut lah.Kalau tak nanti dia bising."kata Fasha.Dia terus duduk berhadapan dengan Mawar lalu mengeluarkan buku latihan untuk belajar.
"Ya lah tu.Okey,aku faham.So,patut lah bau ikan"
Fasha menghidu badannya.Tak mungkin bau."Tipu je kau ni.Mana ada bau.Aku dah mandi sebelum datang sini.Siap sembur perfume lagi."bantah Fasha.
"Haha..aku saja je."
"Huh."Fasha mendengus.Tak pasal kena cepuk jugak si Mawar ni."Dah,jom belajar.Nanti makin aku melayan kau makin jauh bersembang.Apa pun tak jadi."
Mereka belajar dengan sungguh kusyuk.Masing-masing mengajar sesama sendiri.Orang kata,semakin kita berilmu,kita mestilah berkongsi dengan orang lain.Walaupun sedikit tetapi bila berkongsi kita akan memdapat pengetahuan lebih dari yang sedia ada."Pstt..Mawar,kau nampak tak apa yang aku nampak?"
"Nampak.."jawab Mawar.
"Hah..apa kau nampak?"
"Aku nampak kau tengah pening pasal soalan ni.Tapi..bukan kau je,aku pun pening jugak.Dah jangan tanya aku sebab aku tak tahu buat.Kita tanya cikgu nanti.."jawab Mawar kembali.
"Itu lah kau.Aku nampak lain,kau nampak lain--bukanlah."
Mawar menggaru kepala yang tidak gatal."Habis..apa?"
"Kau tengok tu.."Fasha menunjukkan sesuatu dari belakang Mawar.Namun,dia tidak pasti apakah objek itu.
Tiba-tiba Mawar terkejut."Apa tu?alien tak."
Fasha cepat-cepat mengetuk kepala Mawar dengan pensel kayu yang dipegangnya."Jangan merepek.Zaman moden ni tak wujud yang namanya 'alien'.Ada pun kau alien tu sebab..percaya benda mengarut ni."
"Aku teka je."
"Apa kata..kita pergi tengok kejap."
"Tak nak aku ganggu dia.Dia kejar kita pulak nanti.Tak ke naya?"
"Tak nak pergi,biar aku yang pergi."Fasha beranikan diri.Walaupun agak seram.Tapi,siang kan,buat apa nak takut.
"Jangan tinggal aku sorang"Mawar menggagahkan diri mengikut Fasha.Dalam jarak yang hampir dekat dengan objek itu,mereka berjengket."Shh,jangan bising."arah Fasha.Mawar hanya mengikut arahan lalu mengangguk dengan laju.Tiba-tiba,Mawar terjatuh akibat tersadung akar pokok itu sehingga menyebabkan dirinya menghempap Fasha.Sama-sama terjatuh.
"Aww,sakitnya."Fasha mengurut badannya.
"Maaf,aku tak nampak benda tu.."
"Spek punyalah besar pun kau tak nampak?"perli Fasha.Seperti selalu,bila disindir Fasha,hanya sengihan yang menjadi penjawab kepada soalan-soalan Fasha."Hati-hati sikit lain kali."

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Diam-diam?
Teen FictionKisah ini menceritakan tentang Mawar Arisya,seorang gadis nerd yang kaya tetapi tidak sombong.Dia sentiasa diejek dan dibuli dengan si Adam Haikal,gangster sekolah kononnya.Nasib baik ada si Maria Farisha ni iaitu kawan baik Mawar yang selalu backup...