BAB 7

319 9 0
                                    

To my lovely daughter,

Chacha,umi dengan baba pergi rumah kawan kejap.Maybe pukul 10 malam baru balik.Chacha makan je lah apa yang ada.Ok.

Muah<3

__________________________________
   
  "Aduh,bosan nya aku duduk kat rumah sorang-sorang.Baba pergi rumah kawan dia .Umi pulak ikut.Kalau tak,boleh aku sakat umi.Aduh,dah la diorang balik lewat.Pukul 10 malam baru balik.Entah apa yang dibuat dekat sana lama-lama." Puan Aminah meninggalkan pesan melalui nota kecil yang ditampal di peti sejuk sebelum keluar rumah tadi.

Mawar terlihat sewaktu dia membuka peti sejuk sebab nak minum.Nasib baik dia nampak,kalau tak risau la dia sorang-sorang sebab baba dan umi nya tak ada dekat rumah.

Mawar baring di sofa sambil menonton tv.Remote ditekan berkali-kali mencari rancangan yang menarik.Dia menekan channel 611.Cerita kartun yang disiarkan jadi pilihannya."Yes,hagemaru la.my favourite ni."sorak Mawar gembira.Mawar,mawar kartun yang kau tengok.Macam budak-budak la.Memang sesuai la dengan diri dia yang manja mengalahkan budak-budak tu.

Dia melangkah ke dapur sekejap mengambil secawan maggi tomyam kegemarannya.Perut kalau dah menyanyi kenalah layan kan.Kalau tak merajuk pulak.Tak pasal-pasal kena ulang-alik masuk tandas.

Dia memasukkan air panas dan perencah ke dalam cawan maggi sekaligus.Kemudian,dia berjalan ke ruangtamu.Nak sambung balik tontonan yang tergendala tadi.

Sedang asyik dia menikmati makanannya.Tiba-tiba..

Tok..tok..tok

Pintu rumah diketuk berkali-kali.Namun,tiada salam yang diberi.Perasaan takut mula menyelubungi diri Mawar.Dia ragu-ragu nak buka pintu."Entah-entah pencuri err penculik.Tak pun..hahh..perogol bersiri."Mawar memegang kedua pipinya.Mulutnya melopong tanda terkejut.Apa yang difikirkan sekarang hanya perkara yang negatif.Maklumlah banyak kes jenayah yang berlaku sekarang terutamanya melibatkan remaja perempuan.

Mawar mencapai sebatang penyapu di sebelah pintu sebagai tanda berjaga-jaga.Dia mengintai keluar tetapi wajah orang itu tidak kelihatan."Aduh,siapa pulak ni".Dengan keberanian yang ada,Mawar membuka pintu perlahan.Dia bersembunyi di sebalik pintu dengan penyapu yang dah diangkat ke atas.Tunggu masa jer nak mendarat.

Orang tadi masuk ke dalam rumah perlahan dan...

Dush..dush

"Haa ambek kau pencuri,penyangak,penculik.Rasakan tetakan penyapu kat badan kau ni." Mawar memukul badan orang itu dengan sekuat hati.Macam-macam perkataan yang keluar dari mulut Mawar ketika ini.

"Woi Chacha..sakit lah." rintih orang itu.

"Ehh kejap.Macam pernah dengar jer suara ni"teka Mawar.Setahunya,ahli keluarganya sahaja yang memanggilnya 'Chacha'.Penyapu yang dihayunkan itu terhenti daripada terus melompat-lompat di badan lelaki itu.Mawar mengamati sebentuk wajah di hadapannya.

" Ehh.Abang Firash"kata Mawar separuh menjerit.

"Haa..baru kenal abang kau.Tadi bukan main kata abang macam-macam pencuri lah penyangak lah.Ni belakang badan abang ni sakit tahu tak?" kata Firash mengaduh sakit sambil mengurut badannya.sakit kot kalau kena hentam dengan penyapu macam tu.Orang tua-tua cakap kalau pukul pakai penyapu tak kahwin la orang tu.Hahaha.Alamatnya tak kahwin la si Firash ni.

"Padan dengan muka abang.Tu la tak bagi salam.Tak pasal-pasal chacha ingat abang ni pencuri lah apa lah.Kenapa balik tak bagitahu?" bebel Mawar.

"Abang saja jer nak buat surprise.Tak sangka pulak adik kesayangan abang ni tetiba pukul abang." kata Firash seakan merajuk.

Cinta Diam-diam?Where stories live. Discover now