Pengilang/pengusaha/usahawan yang Beriman

64 1 0
                                    

1. Mempunyai I'tiqad jazam (putus)
bukan I'tiqad Nasoro, Yahudi atau Majusi; dan juga bukan bergantung kpd "Tahsinul aqli" (kekuatan aqal).

2. Berbetuli dgn I'tiqad Ahli Sunnah wal Jammah
dlm makrifat/mengenali Allah melalui mazhab yg rojeh samaada Al 'Asy'ariah atau Al-Maturidiah supaya berada di atas jalan yg benar dan tidak tersasar di atas I'tiqad yg sesat (Yahudi atau Syiah) spt mengatakan Tuhan "DUDUK" di atas 'arasy kerana "duduk" itu menunjukkan "tempat" sdgkan tiap2 tmpt itu muhdas yakni "baharu" dan tiap2 "baharu" itu adalah ciptaan dan dijadikan oleh Allah yg bersifat dgn qidam yg sedia ujud-Nya sejak azali lagi.

Maka jauhilah I'tiqad yg sesat itu supaya kamu tidak mensyirikan (menyengutukan) Tuhan Yang Maha Esa; dan Allah itu "Lai sakami lihi syaik" (tidak sama atau menyerupai mana2 makhluk); kerana kalau jika Allah sama spt makhluk maka Allah bukanlah tuhan pencipta; sdgkan Allah (itu adalah nama kpd zat yg Maha Pencipta "The Creator) itu adalah TUHAN MAHA AGUNG PENCIPTA SEKELIAN MAKHLUK.

3. Berdalilkan 'Aqliah & Naqliah.
Ada nas2 yg boleh dijadikan hujjah utk kenal Allah agar tidak ragu2 atau x yakin keujudan tuhan spt gulungan ATHEIS. Firman tuhan:

                       "Aku adalah adalah spt yg disangkakan oleh hamba Ku".

Maka Tuhan yg disembah adalah mengikut sangkaan2 manusia. Sptmana dlm sangkaannya manusia itu atau khyalannya maka itulah tuhan yg dia sembah (sdgkan sangkaan dlm kejahilan itu sudah pasti salah dan menyesatkan)....spt terjadi kpd penganut ugama Hindu yg percaya pd sangkaan mereka tuhan bertangan dan berbelalai spt gajah maka itulah tuhan mereka sdgkan hakikatnya tuhan itu tidak sptmana sangkaan2 manusia yg mensyirikan Allah - maka itu dinamakan SYIRIK JALI (penyengutuan yg nyata); manakala sangkaannya atau khayalannya tuhan yg diciptanya melalui khayalan atau imaginasinya secara bathin maka dinamakan SYIRIK KHUFI (penyengutuan tersembunyi). Maka kedua2 SYIRIK itu sesat lagi menyesatkan kerana tuhan itu di "dua"kan yakni satu tuhan ciptaan aqal manusia dan satu lagi tuhan yg sebenarnya.

Manusia itu akan mudah disesatkan bila cuba mengenali tuhan (zat yg maha agung) hanya dgn menggunakan aqalnya yg sangat terbatas sdgkan RUH itu lebih layak dan mampu mengenali tuhan yg Maha Agung kerana ruh dicipta utk makrifah kpd zat yg Maha Agung. Maka sebab itu tuhan tidak boleh dikenali dgn khayalan atau aqal manusia kerana aqal manusia ada hadnya (terbatas pada benda2 nyata shj) yakni hanya sekadar mampu memikirkan benda2 yg kena dan boleh difikirkan shj spt 2 + 2 = 4; manakala Allah itu "ghaib" dan hanya dapat dikenali melalui "rasa hati" iaitu dgn ruh kerana ruh sahajalah yg pernah mengenali Tuhan dan ruh juga bersifat ghaib walaupun jasad manusia tidak ghaib.

Manakala belajar mengenali tuhan dgn aqal itu adalah sebagai asas ilmu supaya dpt berpegang pada jalan yg benar sebelum menjelajah ke dalam alam ketuhanan yg lebih hebat, lebih luas dan lebih tinggi; kerana perjalanan menuju hadhrat ketuhanan memerlukan PEMBIMBING (guru yg mursyid) kerana jalan2 yg akan dilalui dan ditempuhi nanti teramatlah luas dan tak akan termampu berjalan secara sendirian kerana' KESESATAN, SESAT & PENIPUAN iblis dan syaitan lagilah hebat, dan laluan di sana teramatlah luas melebihi keluasan alam dan planet2 cakerawala melainkan dgn nur ilahiah yg bersendikan kekuatan Iman, Islam dan Ihsan; kerana cahaya zahir shj (cahaya aqal) atau "cahaya kejahilan" tewas di sana.

Justeru, tuhan yg dikenali di alam ajsam (nyata) ini adalah secara aqliah (dgn aqal) semata2 dan hanya dgn ILMU AQAL yg bila2 masa boleh hancur dan binasa dgn UGUTAN DUNIA, NAFSU DAN IBLIS. Apabila manusia itu asyik dgn tipudaya dunia mana munkin utk mereka sampai kpd Allah dan mereka2 yakni PENYEMBAH DUNIA & NAFSU ini hanyalah sebenarnya berangan2 kononnya telah mengenali tuhan maha pencipta disebabkan tuhan telah memberi kejayaan hidup pada mereka; berjaya sebagai usahahawan terbilang dan terhebat; tetapi hakikatnya kejayaan itu sebenarnya hanyalah ujian ALLAH dan musibahNya atas manusia utk menguji keimanan mereka. "ORG ISLAM BELUM TENTU LAGI MEREKA BERIMAN KPD ALLAH SDGKAN ORG BERIMAN PASTI MEREKA TELAH ISLAM" Maka bagaimana mencapai darjat makrifah yg sebenarnya dlm MENGENAL Allah zat yg Maha Agung supaya ruh dapat sampai dgn sempurna di sisi Allah Tuhan Yang Amat Mengasihani lagi Amat Penyayang?

Wallahuaklam.

Tazkirah USTAZ AHMAD TAJUDDIN FOUNDER OF IMP Halalan toyyibban

Elmu dan ilmuWhere stories live. Discover now