Fitnah Akhir Zaman

63 2 0
                                    

Nabi Muhammad ﷺ telah memberi, anjuran ketika manusia berada didalam kemungkaran. Nabi Muhammad ﷺ mengatakan jauhi daripada fitnah. Apa yang berlaku di luar sana, pergaduhan, pembunuhan, perpecahan fitnah yang pelbagai. Jangan masuk campur, jangan kamu menyertai mereka.

Jauhi mereka. Jika kamu boleh jadi batu, maka jadilah batu. Maksudnya duduk di tempat kamu. Berpegang dan tazkiah diri kamu. Pada zaman yang penuh ketandusan yang mana ulama' juga bingung dan juga hairan dengan apa terjadi dengan zaman ini. Ulama' pd zaman ini dan begitu juga dgn org bukan ulama.

Maka mereka perlu memahami kepada fiqh tahawulat. Fikir mengenai akhir zaman. Apa yg telah dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Baginda mngatakan; 

"Pada zaman fitnah orang yg duduk lebih selamat daripada yang berdiri. Orang yang berdiri lebih selamat daripada yang berjalan. Orang yang berjalan lebih selamat daripada yang berlari. Itu menunjukkan seorang yang cuba nak hampir kepad fitnah, maka dikhuatiri akan terjerumus kepada fitnah tersebut."

Maka jaga lidah dan tangan kaki kita supaya jangan terlibat dengan mana-mana langsung pertumpahan darah. Dan ini adalah fitnah yg disebutkan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Kita mesti berpegang teguh dengan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah. InsyaAllah kita akan selamat.

Dan kita Istiqamah dengan bacaan Surah AlKahfi. Dan dajjal sedang menghampiri kita. Dajjal kecil yakni kuncu-kuncu dajjal telah muncul di zaman ini. Yang telah mngatur daripada bawah tanah. Mereka panggil rancangan bawah tanah untuk merosakkan kemanusian. Mereka merosakkan ilmu, akal dan rohani manusia.

Mereka mengkaji islam, tapi mereka mengkaji apakah kekurangan yang ada pada islam. Supaya mereka boleh masukkan, mereka letakkan racun dan mereka buang elemen-elemen yang menjadi jati diri umat islam iaitu ilmu Tasawwuf. Mereka mengkaji islam, tapi mereka kata, Tasawwuf adalah ilmu mistik yg mngarut. Mereka tukar term dan mereka tukar istilah. Maka berhati-hatilah.

Jika kamu berada dizaman itu, Rasulullah ﷺ mengatakan; 

"Sama ada kamu duduk didalam hutan beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى, sehingga Allah tarik nyawa kamu ataupun kamu berada didalam jemaah yang dipimpin oleh seorang "Amir." 

Siapakah golongan yang disebutkan oleh Rasulullah ﷺ?

Dan golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ diakhir zaman itu adalah, ada satu kelompok, satu jemaah yang mereka ini memperjuangkan keselamatan, kedamaian dan kasih sayang. Mereka memperjuangkan islam. Mereka memperjuangkan yang haq.

Dan diakhir zaman fitnah itu, terdapat seruan jihad diseluruh dunia. Dengan peperangan dan pertumpahan darah. Akan tetapi ada satu kelompok, yang memperjuangkan manhaj kedamaian, kasih sayang dan melarang untuk mencela orang lain dengan menjaga lidah. Mereka ini selalu mengajak manusia dengan jalan kedamaian.

Manusia melihat kelompok ini dengan pandangan yang asing. Kelompok yang lemah. Antara ciri-ciri mereka adalah mereka ini orang yang selamat. Dan mereka menumpukan diri mereka sendiri, ahli keluarga mereka dan anak-anak murid mereka dengan tarbiyah dan tazkiyah akan diri mereka. Dan golongan yang selamat diatas manhaj kedamaian tersebut adalah sedikit.

Masa kita sudah singkat. Kita berada difasa yang terakhir. Dan kita hanya menunggu kemunculan alamat kiamat yang besar. Diakhir zaman, antara ciri-ciri golongan ghuraba ini mereka sibuk dengan beramal. Mereka fokus didalam tazkiyah dan tarbiyah dengan hati mereka. Mengajak orang lain dengan kedamaian dan kasih sayang.

Tidak dinafikan kita memerlukan kekuatan fizikal. Akan tetapi diakhir zaman untuk kita berdepan dengan segala macam fitnah yang berlaku kita memerlukan kekuatan hati. Tarbiyah dan tazkiyah hati. Perkara ini telah disebut oleh Al-Habib Abu Bakar Al-Adni. Dizaman fitnah, kita hendaklah menjaga diri kita, tazkiyah diri kita dan ahli keluarga kita.

Daripada apa yang berlaku diluar sana. Jangan masuk campur dalam mana-mana pertelingkahan dan mana-mana pertumpahan darah. Jaga lidah daripada memcela. Kalau kamu boleh jadi batu jadilah batu. Jangan terlibat langsung. Kalau boleh gali terowong masuk kedalam tanah, masuk kedalam tanah.

Jangan kamu terlibat dalam mana mana pertumpahan darah dan pertelingkahan kerana ianya adalah fitnah. Jaga lidah kamu. Dan golongan yang asing tersebut adalah orang-orang yang selamat. Kelompok yang sibuk dengan amal, tarbiyah dan tazkiyah. Yang membawa manhaj keselamatan, kedamaian dan kasih sayang. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.

Terrorism dan extrimism tiada tempat dalam agama kita, agama kita adalah agama wasatiah. Kesederhanaan. Keadilan. Yakni apabila meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan pelampau. Al-Quran menyatakan; 

"Jika kamu membunuh satu nyawa, bermakna kamu membunuh seluruh kemanusiaan, dan begitulah sebaliknya." 

Roh adalah berbentuk halus dan mempunyai 'network' yang berhubungan antara sesama roh, jika satu sakit maka semua akan merasa akan kesakitannya.


Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.


Elmu dan ilmuWhere stories live. Discover now