Tarbiyah anak

49 2 0
                                    

IBU PEMIMPIN HEBAT, SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

Ibunya mempunyai saham yang besar dalam kejayaannya. Pengorbanan, kehebatan, ketokohan bintang Islam itu sebahagian besarnya dibina oleh ibunya sendiri.

Sabda Rasulullah SAW:

"Konstantinopel(Instabul Turki) itu akan ditawan oleh tentera Islam. Pemimpinnya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera"

Ini sabda Rasulullah SAW, hampir 1000 tahun sebelum Konstantinopel ditawan.

Dan sabda Rasulullah SAW ini menjadi inspirasi kepada kaum Muslimin selepas zaman baginda untuk berusaha membuka Konstantinopel. 800 tahun kaum Muslimin berusaha, raja bertukar raja, jeneral bertukar jeneral, tetapi tetap tidakk mampu menakhluk Konstantinopel yang ampuh itu.

Sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera. Bukan mudah.

Dr Anas, ketika menyebut perihal Muhammad Al-Fateh dalam khutbah beliau, beliau ada menyebutkan betapa pentingnya ibu bapa mentarbiyah anak-anak sedari umur kecil. Bukan tunggu akil baligh, bukan tunggu boleh bersuara. Dari kandungan lagi sebenarnya sudah mula tarbiyah anak.

Malah, seorang guru pernah berkata:

"Tarbiyah anak itu sebenarnya, bermula dari pencarian pasangan kita"

Dr.Anas berkata:

"Lihatlah bagaimana ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakhluk Konstantinopel. Tahukah kamu apakah yang dia lakukan kepada Muhammad Al-Fateh?"

Diceritakan bahawa, semenjak Muhammad Al-Fateh lahir, ibunya akan membawa Muhammad Al-Fateh pergi keluar dari istana dan berdiri di sebuah tebing, di mana tebing itu menghadap ke arah Konstantinopel. Ibunya akan berkata:
"Wahai anakku, di sana terdapat kota Konstantinopel. Dan Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Raja yang Akan membuka us adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ketahuilah anakku, engkaulah orangnya"

Setiap hari, tanpa bosan, ibunya buat begitu. Dari dalam gendongan, hinggalah Muhammad Al-Fateh boleh berjalan. Dia akan membawa Muhammad Al-Fateh ke tebing itu dan menunjuk ke arah Konstantinopel kemudian membacakan Hadith Rasulullah SAW tadi.

Tidaklah ibu ini tahu bahawa hadith itu untuk Muhammad Al-Fateh. Namun tindakannya itu sebenarnya untuk memotivasikan anaknya agar menjadi lelaki yang mulia itu.

Akhirnya kita dapat melihat, dari tangan ibu yang juga bercita-cita besar, yang sabar dan tabah mendidik anak untuk menadi seorang yang hebat, lahirlah seorang Sultan, yang pada umurnya sangat muda, yakni 23 tahun, dia berjaya menawan Konstantinopel dalam masa sebulan lebih, sedangkan kaum muslimin telah berusaha 800 tahun sebelumnya dan tidak berjaya.

Hari ini, siapakah antara kita yang bercita-cita besar untuk Islam, seterusnya mendidik anak-anak kita degan didikan yang mampu merealisasikan cita-cita itu?

Siapa?

Salahuddin kedua?

Saya mendengar suara-suara melaung memanggil Salahuddin kedua.

Saya suka menyatakan bahawa Salahuddin Al-Ayubi kedua tidak wujud. Dia tiada. Tiada Salahuddin yang kedua. Sesiapa yang melaung-laungkan laungan seperti:

"Di manakah Salahuddin kedua?"

"Nanti Allah akan datangkan Salahuddin kedua untuk membela ummah ini"

Saya anggap mereka ini menyandarkan harapan kepada impian kosong.

Kerana Salahuddin Al-Ayubi kedua tiada. Yang ada hanyalah kita. Kita.

Jadi, kitalah sepatutnya bergerak mendidik diri menjadi Salahuddin Al-Ayubi yang kedua. Bukannya melaung-laung menunggu. Lihatlah ummat Islam berurusan dengan hadith Rasulullah SAW tadi. Mereka bukan menunggu munculnya raja terbaik dan tentera terbaik itu.

Mereka bergerak, berlumba, menjadi raja dan tentera yang terbaik itu.

Sabda Rasulullah "Sesungguhnya kawasan Syam(Syria dan sekelilingnya) akan dibebaskan, dan akan dibebaskan pula Baitul Maqdis (Al-Aqsa Palestin)". (Riwayat Mu'jam al-Kabir)

Hatta ibu-ibu yang ada pun mentarbiyah anak-anak mereka untuk menjadi apa yang hadith itu katakan.
Mereka bukannya menunggu. Mereka berlumba menjadi.


Kita, Sultan Muhammad Al-Fateh dan ibunya

Pengajaran yang besar dalam perkongsian ini adalah, tarbiyah anak-anak sedari kecil.

Kita selalu merungut anak kita tidak soleh, nakal. Kita sibuk cari ubat lembut hati dan sebagainya. Tetapi hakikatnya, kita terlupa, kita hakikatnya tidak mendidik mereka secara betul. Semasa kecil, kita terlalu manjakan mereka hingga semuanya kita beri. Didikan agama, kita serahkan pada sekolah agama semata-mata. Tidak kitaa usahakan dengan tangan kita, dengan akhlak kita, dengan qudwah kita.

Silap masyarakat adalah, pendidikan diserahkan 100% kepada sekolah. Sedangkan rumah adalah madrasah pertama manusia.

Kedua, bergerak menjadi. Muhammad Al-Fateh, inspirasinya adalah hadith tadi. Dengan hadith itu, dia berusaha untuk menjadi Sultan yang diramalkan. Bukan untuk kebanggaan diri. Tetapi untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Dia berusaha. Kalau Rasulullah kata sebaik-baik raja, pastinya sebaik-baik raja di sisi Allah. Rasulullah tiada katanya yang dusta.

Maka siapa antara kita yang bergerak menyahut ratusan janji-janji Allah SWT dan Rasulullah SAW di dalam Al-Quran dan hadis ?

Siapa?

Atau terus menunggu, menanti-nanti Salahuddin Al-Ayubi kedua yang tak kunjung tiba?

Sedangkan Salahuddin Al-Ayubi itu sendiri pun, dia bukan menunggu sesiapa, tetapi menggerakkan dirinya sendiri untuk menjadi pembuka Palestin(al-Quds). Caranya adalah dengan tarbiah hati dan jiwa serta pemantapan ilmu-ilmu Islam.

Elmu dan ilmuWhere stories live. Discover now