Definisi : Makna Masbuk ialah makmum yang ketinggalan. Iaitu makmum yang tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca al-Fatihah bersama imam.
Contoh dan gambaran Masbuk :
Ini disebabkan semasa ia masuk berjemaah imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan rukuk. Orang yang berkeadaan begini sekiranya ia dapati imam sedang rukuk maka hendaklah ia terus bertakbir serta niat sekali dan setelah berdiri sebentar (lamanya dalam kadar bacaan Subhanallah) teruskanlah rukuk bersama imam.
Sekiranya dapat berhenti bersama imam semasa rukuk, maka itu dikira satu rakaat walaupun tidak membaca al-Fatihah kerana orang yang masbuk al-Fatihahnya di tanggung oleh Imam.
Sekiranya ia berkesempatan berdiri bersama imam dalam masa yang singkat, maka hendaklah ia membaca al-Fatihah sekadar mana yang dapat dan teruskan mengikut imam dalam rukuk dengan syarat dapat berhenti bersama dalam rukuk itu.Makna muafiq pula ialah makmum yang mempunyai masa yang cukup bersama imam untuk membaca al-Fatihah dengan bacaan yang sederhana.
Contoh dan gambaran Muafiq:
Jika sekiranya muafik masih belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah ia menghabiskan al-Fatihah itu sehingga imam selesai sujud dan bangun daripada sujud yang kedua.
Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan imam sudah pun bangun berdiri ataupun duduk tahiyat akhir maka hendaklah makmum itu memilih sama ada berpisah dengan niat mufaraqah (berpisah) ataupun terus mengikut perbuatan imam dan rakaat itu tidak di ambil kira. Jika tidak berbuat salah satu antara kedua hal tersebut,maka batallah solatnya.Hukum orang muawiq
1) Hukum bagi orang muwafiq dimaaf kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya.Tidak termasuk rukun yang pendek.
Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahud awal dan duduk antara dua sujud.Hukum orang yang masbuq
Ma'mum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh ma'mum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya.
1) Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (ma'mum), dan jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan atas mereka". (hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)
2) Imam terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila ma'mum berdiri daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan Al- Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas ma'mum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu.
3) Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia membaca al fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu dan wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.Duduk Masbuq
Masbuq duduk mengikuti duduk imam. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: "Sesungguhnya imam itu diangkat untuk diikuti" (HR.Al-Bukhari dan Muslim).
Makmum masbuq masih mendapat pahala berjemaah, apabila makmum dapat mengikutnya sebelum imam memberi salam. Akan tetapi makmum yang mengikuti dari mula mendapat ganjaran lebih banyak daripada makmum yang mengikuti kemudian.
YOU ARE READING
Elmu dan ilmu
General FictionElmu itu pengetahuan dan pemantapan emosi. Ilmu itu adalah adalah pengetahuan. KakJah mohon korang share ilmu dalam ni. Jadikan ia bekalan untuk akhirat korang juga. Ilmu yang dikongsi kemudian dia kongsi dengan orang lain dan dia juga amalkan dan m...