Tanda Ilmu "Mati"

106 1 0
                                    

1. ILMU DUNIA utk dunia.
Ilmu yg diambil atau dipelajari di atas muka bumi ini semata2 utk menghiaskan diri dan memuaskan diri (nafsu) dgn nikmat dunia yg sedikit.   Hidup bahagia dgn kemewahan dan kesenangan wang ringgit dan harta ttp tiada keberkatan; lebih membawa kpd ISTIDRAJ (kurniaan Tuhan tanpa restunya). 
Dengan Ilmu dunia itu dia hidup dgn dunia; ilmu itu tidak membawanya kpd kehidupan yg abadi. Bila ilmu itu "mati" bererti ia tidak ada ruh tetapi sekadar memenuhi keperluan hidup jasmani - KOSONG dari kelangsungan bathin kerana ilmu itu x mampu sampai ke sana kerana berlainan arah. 
Ilmu yg MATI itu tidak mampu mendidiknya dan membawanya kpd ketaatan kpd Al-Khalik kerana sifatnya hanya "luaran" khusus utk JASAD bangsa jasmani.   Maka secara "tabiinya" ilmu yg mati itu tidak memberi apa2 pertunjuk atau cahaya kehidupan utk ke akhirat, kerana cahayanya bersifat  "gelap" atau zulmah.  
Secara lahiriahnya cahayanya sekadar (menerangi) di permukaan bumi semata2 dan merugikan pembawanya.  Lazimnya mereka2 jenis ini amat leka, langho dgn kehidupan dunia. Angkuh, sombong, megah adalah pakaian kehidupan mereka. Kerana ilmu yg mereka bawa itu zulmah maka hasilnya juga zulmah dan menzahirkan akhlak & kehidupana atau gaya hidup yg juga zulmah.  
Kita bukan di suruh supaya menilai org lain ttp utk melihat kerugian2 akibat dari kesilapan dari mengambil ilmu yg mati; kerana ilmu yg mati itu akan reput dan binasa. 

2. ILMU AGAMA
yg bersifat akhirat juga bila dijual dgn nilai wang yg sedikit utk menggamit keseronokan hidup di dunia juga akan mati ilmu itu meskipun pada hakikatnya ia adalah ilmu akhirat;  kerana "penyampainya" tidak ikhlas dan jujur akibat ada kepentingan duniawi dlm mencari "laba" utk dirinya. 
Kita boleh merasai ilmu2 yg sebegini di mana2 kuliah umum - Mungkin nampak hebat dari segi penyampaiannya tetapi tidak memberi manafaat pd yg mendengarnya.....habis ceramah terus lupa ttp penceramah dpt beratus malahan ada yg labanya beribu ringgit.  
Niat dan tujuan serta keikhlasan menentukan mati atau hidupnya ilmu2 tersebut. Lihatlah kesudahannya dimana ia berhenti; mabrur atau "mardud" (tertolak) kehidupannya itu.  

ILMU YG MATI memberi kita "KELALAIAN & KEALPAAN".

Ilmu yg mati itu merugikan penuntutnya kerana jenis CAHAYA GELAP dan akan menggelapkkan kehidupan penganutnya.  

Ilmu yg Hidup adalah ILMU AKHIRAT yakni mana2 ilmu di dunia ini utk ke akhirat. Akhirat bererti kehidupan baru selepas hidup di dunia dan hidup di akhirat itu kekal abadi selama2nya. 

Maka ilmu2 utk kehidupan inilah yg paling mulia dan paling utama kerana:
1. Ia memberi peringatan kpd kita ttg kehidupan yg kekal selama2nya. 
2. Ia memberi peringatan dan peluang utk kita beramal soleh sebanyak2nya sebagai BEKALAN ketika ke sana kelak.  

Hidupnya ilmu ini ia memberi peringatan dari kelalaian dan kealpaan tipu daya duniawi.  

Di NIATkan utk mendapat ganjaran dan redho Allah. Apa sahaja kerja samaada bertukang, berkebun, berniaga dsbbya asalkan matlamat dan tujuannya ubudiah (ibadat) kpd Allah dan hasilnya manusia itu menjadi TAAT dan tidak DURHAKA kpd Allah.  
Maka pakaian bagi penghidup ilmu2 ini adalah redho, tawakkal, zuhud, merendah diri,  tidak sombong, berakhlak mulia, sopan santun, berpakaian elok dan subur dgn akhlak2 MAHMUDAH.
Jadi ilmu ini hidup oleh kerana sifatnya bercahaya dan akan menghidupkan pula pembawanya dgn menunjukkan padanya jalan2 kebaikan kerana pada Ilmu itu ada hidayah dan rahmat Allah. 

Ilmu yg hidup itu adalah spt PELITA; ia menerangkan kegelapan (duniawi) dgn cahayanya. Ia.menumbuhkan benih2 kehidupan kemuliaan kerana ia mempunyai "Air Kehidupan" dari Allah. Ilmu yg hidup ini sifatnya akhirat kerana itu ia diturunkan ke dunia ini utk kebaikan manusia.  Maka sesiapa sahaja yg mengambilnya maka org itu pastinya akan di bawa pulang semula ke akhirat di tempat mana ia dtg dulu bersama cahaya2 agung dari Ilmu Allah itu. 

Ilmu yg HIDUP ia akan mengajak dan menuntun manusia kembali ke jalan Allah kerana cahayanya terang benderang. Ilmu ini hanya berada pada "hati" yg bersih lagi suci.  Ia tidak boleh berada pada hati yg kasihkan kehidupan duniawi kerana perbezaan sifat kejadiannya.
Maka manusia itu sendiri harus mengenali ilmu ini dan bersedia menerimanya dgn ikhlas dan jujur.  

Keangkuhan dan kesombongan hanya menyebabkan kerugian kerana ilmu yg hidup ini tak mampu hendak bersama dgnnya.  Maka jalan pulang ke akhirat semakin sukar kerana x de cahaya pertunjuk.   

Sekeras mana pun hati manusia ini cubalah berlembut dan merendahkan diri utk mencari serta menghiaskan diri dgn ilmu2 yg hidup ini kerana itulah satu2nya jalan yg dpt menyelamatkan diri dan kehidupannya di dunia dan di akhirat kelak. 

MAKA ILMU YG HIDUP TIDAK BERADA PADA ORG YG MATI (HATINYA).

PADA ORG YG MATI ITU HANYALAH ILMU2 YG MATI. 

ILMU YG MATI HANYALAH UTK (KEHIDUPAN) DUNIA YG JUGA AKAN MATI (BINASA). 

ILMU YG HIDUP ADALAH UTK ORG2 YG HIDUP HATINYA BERSAMA2 DGN MANUSIA2 AHLILLAH YG BERSAMA2 DGN ZAT ALLAH YG HIDUP SELAMA-LAMANYA. 

Hendaklah kamu sentiasa bersama2 dgn Allah; sekiranya kamu tidak mampu (dpt) bersama2 dgn Allah hendaklah kamu sentiasa bersama2 dgn org2 yg sentiasa bersama2 dgn ALLAH.  (Agar kamu juga dpt bersama2 dgn Allah)  
Maka sentiasalah kamu menghidupkan hati kamu dgn zikrullah semoga dgn sentiasa berzikir itu kamu akan sentiasa pula ingat akan Allah.   Jika kamu tidak berzikir mala pastilah kamu akan lupa Allah.  

Cuba kamu sebut nama2 Allah atau kamu sebut kalimah Lailahaillallah sebanyak2nya pastilah kamu sdg ingat kpd Allah. 

Cuba kamu sebut juta juta.....juta.....ringgit pastilah yg kamu sdg ingat itu adalah duit.....  Semulia2 zikir adalah menyebut kalimah Lailahaillallah (sebanyak2nya).....  Sebutlah sebanyak2nya semoga kamu berbahagia. 

USTAZ AHMAD TAJUDDIN  KUALA KANGSAR

Elmu dan ilmuWhere stories live. Discover now