AKHLAK AHLU BAIT RASULILLAH SAW

40 1 0
                                    



Imam Ali Zainal Abidin (cicit Baginda Nabi saw) suatu ketika pada zamannya , ada seorang hamba abdi yang diupah dan ditawarkan untuk ia dibebaskan merdeka dengan syarat ia pergi kepada Imam Ali Zainal Abidin untuk mencaci dan menghina beliau.

Maka ketika Sayyidina Imam Ali Zainal Abidin berjalan bersama para sahabarnya, lelaki itu mendatangi beliau lalu terus mencaci maki beliau . Imam Ali Zainal Abidin hanya berdiam sehingga si lelaki itu selesai berbicara .
Kemudian beliau bertanya,

"Apakah masih ada lagi yang kamu ingin katakan kepada saya atau sudah habis?"

Lelaki tadi telah begitu banyak mencela dan memaki Imam Ali sehingga ia tidak tahu lagi dengan perkataan apa lagi yang dimaki kepada beliau.

Lalu Imam Ali Zainal Abidin berkata kepadanya, "Ketahuilah bahawa apa yang telah kamu katakan kepadaku itu hanya sangat sedikit daripada keaibanku, adapun keaibanku yang ditutup oleh Allah daripada diketahui olehmu adalah tersangat banyak lagi"

Kemudian Imam Ali Zainal Abidin memanggil khadam beliau , dan menyuruhnya memberikan beberapa dirham kepada lelaki yang mencela beliau tadi .

Lantas lelaki yang pada asalnya hamba itu berasa sangat terkesan dan malu lantas ia mencium kaki Imam Ali Zainal Abidin .

Kemudian Imam Ali Zainal Abidin pun berdoa kepada Allah
"Ya Allah jika apa yang dikatakannya itu kepadaku benar, maka ampunilah aku wahai Allah. Dan sekiranya dia berdusta, maka ampunkanlah dia ya Allah"

Inilah Akhlak yang diwarisi oleh beliau daripada datuknya Rasulullah S.a.w .
Adalah antara Akhlak Mulia Baginda Nabi saw itu لا يجازي سيئة بسيئة
Tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi baginda memaafkan dan mengampunkan serta mendoakan kepada orang yang berbuat jahat kepada baginda.

Dan sifat inilah yang telah kami lihat pada guru guru kami daripada kalangan Para HABAIB yang mewarisi akhlak Datuk mereka Sayyidina Muhammad عليه صلاة وسلام.

#UstazIqbalZain

Elmu dan ilmuWhere stories live. Discover now