Proses hidup manusia.

149 1 0
                                    

Kehidupan manusia atas bumi ni bermula dgn hidup kemudian mati.

Tapi Allah susun kehidupan melalui PERJANJIAN Iman dgn semua manusia. Maka atas perjanjian iman itulah manusia di turunkan ke dunia ini utk diUJI perjanjian ("THE TREATY OF IMAN") Iman itu samaada TAAT atau DURHAKA. Kerana asal semua ruh telah MENGENAL Allah di alam ruh cuma jasad yg tidak kenal kerana ia dijadikan di alam bumi dari tanah; sdgkan ruh dijadikan dari NUR Allah yg mulia. 

Bagi yg memilih kebenaran mereka akan memilih menjadi Islam dan mengisi diri mereka dgn IMAN kerana dgn adanya Iman di sisi mereka, mereka meyakini sungguh2 kebenaran PERJANJIAN yang mereka sendiri lafazkan di hadapan Tuhan ketika di alam ruh. Dan sehingga kini boleh dilihat manusia beriman yakni yg bukan shj kenal Allah (makrifatullah dgn ruh dan jasad) malah mereka sungguh2 melaksanakan tuntutan agama (Islam) dlm hidup mereka kerana mereka sudah dpt melihat dgn 'ainul basyirah (pandangan mata hati) mereka sesungguhnya kematian itu benar, kubur dan siksa kubur itu benar, mahsyar itu benar, syurga neraka itu benar, akhirat itu benar.  Justeru mereka memilih ketaatan dan ketundukan itu sebagai suatu ubudiah dan uluhiyah yg sungguh2 benar dlm hidup mereka agar mereka tidak dan menerima AZAB Allah spt yg dijanji dan diberi amaran oleh Allah dan dipersampaikan oleh junjungan Nabi yg mursalin. 

Maka bagi yg merasai dunia ini tempat HIBURAN & BERSENDA GURAU mereka memilih sekadar beriman di BIBIR MULUT BERAJA DI HATI & BERTAHTA DI MATA dan bukan di hati yakni ruh. Maka mereka MELAYAN & MERAIKAN kehidupan di dunia ini spt seolah2 mereka tidak akan mati hanya apabila UMUR mereka semakin TUA barulah terasa kesuntukan masa utk berbuat baik yg mana ketika tubuh sudah dihinggapi penyakit dan kemampuan serta kekuatan sudah hampir lupus dan pupus; lalu berkatalah nafsu yg tak pernah tua "alangkah ruginya aku membuang masa muda ku"; alangkah4 ................ bertepuk tangan dan bersorak sorailah iblis dan syaitan kerana kemenangan mereka itu.

Kekadang mereka menunggu hingga umur mereka menjangkau series 6 atau 7 baru mau beribadat ketika tulang mula mereput.   Maka inilah rupanya manusia yg ditipu oleh kehidupan palsu. Bukan mereka tidak beriman tetapi mereka ENGGAN utk beriman kerana KEANGKUHAN mereka yg mahu MENCABAR Tuhan yg menjadikan diri mereka serta yg menjadikan tipu daya itu - bukan mereka tidak tahu dan tidak ingat perjanjian mereka dahulu tetapi kerana angkuhnya, mereka pura2 melupainya dgn harapan Tuhan akan MENGASIHANI mereka dan memberi syurga pada mereka.  

Perjanjian dgn Tuhan bukan perjanjian main2 spt permainan kanak2;  ia adalah perjanjian AGUNG antara hamba dgn Khalik yg disaksikan oleh para malaikat dan malaikat muqarrobin; kerana ketika perjanjian di ambil semua ruh berjanji dgn iman yg sempurna kerana ruh ketika itu sunyi dari sebarang syirik atau penyengutuan. Itulah yg dinamakan manusia atau "Al-Insan" yakni lemah.

Lemah segala2nya tetapi disebabkan NAFSU NAFSINYA yg Allah jadikan sebagai ujian atas dirinya ramai manusia yg dikatakan "lemah" itu TEWAS dgn harta, wanita dan tahta. Angkuh dgn pangkat dunia yg tak seberapa; megah dgn harta dunia yg tak seberapa. Maka jadilah manusia ini pencacai kpd Iblis2 dan nafsunya yg sama2 akan menghadapi azab Allah. 

Tak percaya tanyalah pada nafsu kamu sendiri
         "apakah kamu rasa takut kerana mengkhianati perjanjian kamu dgn Allah?"
Pasti dijwb oleh nafsu mu
          "buat masa sekarang tak ade rasa apa2 lagi samaada takut, bimbang atau gerun - mungkin bila sudah berada dlm ambulance baru terasa ketakutan itu";
sayang sudah terlambat kerana MAUT sudah menunggu di pintu hospital bersama beberapa lembaran kain kafan dan kapur barus. 

Ayuhai teman dan taulan. Bermulanya hidup ini mestilah dgn Iman dan Islam. Tanyalah diri mu secara jujur
         "kenalkah kamu akan Tuhan kamu yg suatu ketika di alam ruh kamu sudah mengenalinya?"

Hakikatnya kamu sudah mengenali Tuhanmu tetapi angkuh dan sombongmu pada agama mu menjadikan kamu tak kenal lagi Tuhan. Sekiranya kamu benar2 mengenali Tuhan mu kenapa kamu berbuat zalim, maksiat, kufur, khianat atas perjanjian dan amanah yg kamu pikul? Kenapa kamu jadi lalai dan leka dgn akhirat; kenapa kamu hanya asyik dgn khayalan dan fantasi dunia semata2?  Mana amal mu yg soleh kalau kamu benar2 beriman? Kamu persenda2kan syaariat Allah. Solat pun kamu tinggal, inikan pula amar ma'ruf nahi munkar. Hanya alasan2 sahaja yg kamu berikan utk menjustifikasikan perbuatan mu yg lagho dan sesat itu. Tunggulah saat kamu di ambang maut. ketika mana kamu akan melihat Jibril dtg mengepakkan sayapnya menunjukkan pada mu tempat akhirmu nanti syurga atau neraka. tiada lagi berguna penyelasan kerana sudah tiada ertinya penyesalan ketika itu. 

Elmu dan ilmuWhere stories live. Discover now